Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Khamis, 3 Mac 2016

3 Amalan Yang Tidak Terputus Pahalanya Walaupun Kita Sudah Dialam Baza.

3 Amalan Yang Tidak Terputus
Pahalanya Walaupun Kita Sudah Dialam Baza.

ﻋﻦ ﺃﺑﻲ ﻫﺮﻳﺮﺓ ﺭﺿﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ ﺃﻥ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ
ﻗﺎﻝ : ﺇﺫﺍ ﻣﺎﺕ ﺍﺑﻦ ﺁﺩﻡ ﺍﻧﻘﻄﻊ ﻋﻤﻠﻪ ﺇﻻ ﻣﻦ ﺛﻼﺙ : ﺻﺪﻗﺔ ﺟﺎﺭﻳﺔ ﺃﻭ ﻋﻠﻢ
ﻳﻨﺘﻔﻊ ﻳﻪ ﺃﻭ ﻭﻟﺪ ﺻﺎﻟﺢ ﻳﺪﻋﻮ ﻟﻪ
Maksud hadis :
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu
katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika
anak Adam meninggal, maka amalnya terputus
kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah
(wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh
yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).
PENJELASAN HADITH :
Sesungguhnya kita diciptakan oleh Allah
mempunyai matlamat yang tertentu iaitu agar
kita sentiasa mengabdikan diri kepada Allah
serta mentaatinya dengan melakukan perkara
yang disuruh dan meninggalkan perkara yang
dilarang.
Firman Allah Ta’ala dalam surah Adz –
Dzaariyaat ayat 56 , berbunyi :
ﻭﻣﺎ ﺧﻠﻘﺖ ﺍﻟﺠﻦ ﻭﺍﻹﻧﺲ ﺇﻻ ﻟﻴﻌﺒﺪﻭﻥ
Kira-kira maksudnya: “Dan tidaklah Aku
menciptakan jin dan manusia melainkan
untuk menyembah-Ku.”
Allah telah menjanjikan pahala bagi mereka yang
sentiasa beriman dan bertakwa kepadanya
sebagai jaminan untuk mencium bau syurga dan
juga memberikan dosa dan api neraka kepada
mereka yang mengkufuri perintahnya. Segala
amalan kita didunia akan terputus apabila kita
kembali menghadap ilahi. Namun terdapat 3
amalan sahaja yang masih dterima allah sebagai
pahala kita di akhirat nanti meskipun kita sudah
meninggalkan dunia fana ini. Amalan-amalan
tersebut adalah:
1) amal jariyah
2) ilmu yang bermanfaat
3) anak soleh yang mendoakan ibu bapanya.
Di sini jelas menunjukkan kepada kita betapa
tingginya nilai rahmat dan kasih Allah terhadap
hambanya, memberikan peluang untuk
memperolehi pahala walaupun kita sudah berada
di alam barzakh. Sekarang terserahlah kepada
kita untuk mengambil peluang keemasan ini
selagi hayat masih ada.
AMAL JARIYAH
Amal jariyyah menurut bahasa ialah perbuatan
yang baik.
Menurut istilah ulama syara’ amal jariyyah juga
di sebut sebagai wakaf iaitu menahan sesuatu
yang bolah dimanfaatkan bagi tujuan
kemaslahatan serta kekal zatnya sebagai
( taqarrub) pendekatan diri terhadap Allah.
Hukum melakukannya adalah sunat.
Firman Allah Ta’ala yang berbunyi :
ﻟﻦ ﺗﻨﺎﻟﻮﺍ ﺍﻟﺒﺮ ﺣﺘﻰ ﺗﻨﻔﻘﻮﺍ ﻣﻤﺎ ﺗﺤﺒﻮﻥ ﻭﻣﺎ ﺗﻨﻔﻘﻮﺍ ﻣﻦ ﺷﻲﺀ ﻓﺈﻥ ﺍﻟﻠﻪ ﺑﻪ
ﻋﻠﻴﻢ
Yang kira-kira bermaksud : Kamu sekali-kali
tidak sampai kepada kebajikan (yang
sempurna), sebelum kamu menafkahkan
sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa
saja yang kamu nafkahkan, maka
sesungguhnya Allah mengetahuinya . (Surah
Ali ‘Imran, ayat 92)
Amal jariyah merupakan amalan yang terpuji
disisi Allah antaranya ialah membangun masjid
atau sekolah, mewakafkan kitab-kitab
bermanfaat kepada masjid dan lain-lain lagi.
Perkara ini ada disebutkan dalam hadith, riwayat
Ibn Majah bahawa Rasulullah SAW bersabda
yang kira-kira bermaksud:
''Sesungguhnya amal dan kebaikan yang
terus mengiringi seseorang ketika meninggal
dunia adalah ilmu yang bermanfaat, anak
yang dididik agar menjadi orang shaleh,
mewakafkan Al-Quran, masjid, membangun
tempat penginapan bagi para musafir,
membuat irigasi, dan bersedekah .'' (HR Ibn
Majah).
Berikut disenaraikan antara fadilat-fadilat amal
jariyyah berbentuk sedekah ialah :
1) Bersedekah merupakan jalan kepada pintu-
pintu kebaikan dan menutup pintu-pintu
kejahatan.
2) Ikhlasnya bersedekah dapat meringankan
kesusahan seseorang.
3) Harta orang yang bersedekah tidak akan
berkurangan malah ianya akan bertambah.
4) Dengan bersedekah, kita akan terhindar dari
bala dan umur juga diberkati serta menjadi
panjang.
5) Merahsiakan sedekah memadam kemurkaan
Allah manakala sedekah secara terang-terangan
pendinding api neraka.
Oleh itu, kita diseru agar sentiasa melakukan
amal jariyah dengan penuh keikhlasan kerna
ianya bukan sahaja memberikan maslahat
kepada masyarakat amnya.Bahkan pahalanya
akan sentiasa mengalir walaupun kita telah
menghembuskan nafas terakhir. Maka tidak
rugilah harta yang telah disedekahkan pada jalan
Allah sesuai dengan firman Allah dalam surah
Al-Baqarah, ayat 262 yang kira-kira bermaksud :
Orang-orang yang menafkahkan hartanya di
jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi
apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-
nyebut pemberiannya dan tidak menyakiti
perasaan si penerima, mereka memperolehi
pahala di sisi tuhan mereka. Tidak ada
kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula
mereka bersedih hati.
Dan sabda nabi yang berbunyi :
ﻻ ﺗﺴﺘﺤﻴﻮﺍ ﻣﻦ ﺇﻋﻄﺎﺀ ﺍﻟﻘﻠﻴﻞ ﻓﺈﻥ ﺍﻟﺤﺮﻣﺎﻥ ﺃﻗﻞ ﻣﻨﻪ
Maksudnya : Jangan kamu malu dengan
pemberian yang sedikit kerana tidak
memberi langsung lebih sedikit daripadanya.
ILMU YANG BERMANFAAT.
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah
bersabda:
Maksudnya: Sesiapa yang melalui jalan ke
arah menuntut ilmu maka Allah mudahkan
untuknya jalan ke syurga . (Hadith Riwayat
Muslim)
Pepatah juga ada mengatakan:
Kerjakanlah amal ibadah seolah-olah kamu
mati pada keesokan harinya dan tuntulah
ilmu tu seolah kamu hidup seribu tahun
lagi.
Menuntut ilmu adalah amat digalakkan tidak
kiralah ilmu pengetahuan itu berbentuk
keagamaan mahupun saintifik atau ekonomi. Apa
jua ilmu bermanfaat yang telah kita pelajari
sewajarnya kita aplikasikan dalam kehidupan
seharian. Dan amat beruntung lagi jika ilmu
sedemikian disebarkan dan diajarkan dengan
meluasnya kepada orang ramai bersesuaian
dengan sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi
Wasallam :
ﺑﻠﻐﻮﺍ ﻋﻨﻲ ﻭﻟﻮ ﺀﺍﻳﺔ
Yang kira-kira bermaksud : Sampaikanlah
dariku walau sepotong ayat.
Diriwayatkan oleh al-Imam Ibnu Majah daripada
Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:
"Pelajarilah oleh kamu ilmu faraidh itu,
kerana ia adalah sebahagian daripada
agama dan ia adalah setengah daripada
ilmu. Ia juga adalah ilmu yang pertama
dicabut daripada umatku"
Kedua-dua hadith di atas menuntut kita agar
sentiasa mengajarkan ilmu yang dipelajari
kepada yang jahil dan memerlukan kerana
kelebihan menuntut ilmu dan mengajarkannya itu
amat luas di sisi masyarakat dan juga disisi
maha pencipta, Allah Subhanahu Wata’ala.
Sesungguhnya mereka yang berilmu dan
menyembunyikannya adalah termasuk daripada
orang-orang yang rugi. Hidup mereka cuma
setakat mendapat kepuasan diri sendiri dan
pahalanya hanya setakat didunia sahaja. Begitu
juga mereka yang luas ilmunya akan tetapi
kurang mempunyai adab dalam menuntut ilmu
seperti melawan guru bermegah-megah dan
merasakan ilmu yang diperolehinya sudah cukup
hebat, ilmu yang mereka perolehi hanyalah sia-
sia dan tidak mendapat berkat dari yang Maha
Esa. Oleh yang demikian, tuntutlah ilmu dengan
penuh adab dan rasa rendah diri kerana
sesungguhnya ilmu itu adalah milik Allah
Subhanahu Wata’ala.
Firman Allah Subhanahu Wataala :
ﻗﺎﻝ ﻓﺈﻥ ﺍﺗﺒﻌﺘﻨﻰ ﻓﻼ ﺗﺴﺄﻟﻨﻰ ﻋﻦ ﺷﻲﺀ ﺣﺘﻰ ﺃﺣﺪﺙ ﻟﻚ ﻣﻨﻪ ﺫﻛﺮﺍ
Ertinya : Berkata Khidr (selaku guru), jika
kamu ingin ikutiku maka jangan kamu
bertanya apa-apa sehinggalah aku
menceritakannya kepadamu." ( Al-Kahfi, ayat
70)
Ayat ini tidak bermaksud kita sebagai murid
tidak boleh bertanya semasa waktu
pembelajaran, namun adab yang dimaksudkan di
sini hendaklah dengan cara meminta izin terlebih
dahulu.
Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi ada
mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud:
"Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia
menyembunyikannya akan diikat mulutnya
(meletakkan kekang di mulutnya seperti
kuda) dengan kekang dari api neraka pada
Hari Kiamat."
Berlainan dengan mereka yang ikhlas
memberikan ilmu yang bermanfaat sebagai
contoh pensyarah dan guru. Tidak terbatas
hanya mengharapkan imbalan gaji yang
diterima.Generasi ilmuan seperti ini perlulah
mempunyai hati yang ikhlas demi mengharap
redha dan berkat Allah dalam menjalani
kehidupan. Dan ingatlah Allah Maha Mengetahui
apa jua yang kita sembunyikan.
Di sebabkan nilai keikhlasan amalan seseorang
dalam mengajarkan ilmu mereka inilah, Allah
mengangkat darjat para ilmuan dikalangan para
sahabat dan ulama dan menjanjikan pahala yang
besar kepada kita baik semasa kita hidup
ataupun telah meninggal dunia.
DOA ANAK YANG SOLEH.
Ibu bapa mempunyai amanah yang besar dalam
mendidik anak-anak mereka.Jika baik
tarbiyahnya maka solehlah anak tersebut namun
jika sebaliknya, akan mendatangkan kerugian
kepada diri mereka sendiri.
Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, dari Abu
Hurairah radhiallahu 'anhu, Rasulullah Sallallahu
'Alaihi Wasallam bersabda, maksudnya:
"Setiap anak dilahirkan atas fitrah, maka
kedua ibu bapanyalah yang meyahudikannya
atau menasranikannya atau
memajusikannya".
Anak merupakan amanah Allah yang amat
bernilai kepada kita bagi mencorak dan
melahirkan generasi yang bakal menerajui dunia
yang penuh pancaroba. Didikan agama yang
betul adalah amat dititik beratkan. Insyaallah
anak yang soleh, baik budi pekerti dan
agamanya bukan sahaja menjadi harapan
bangsa dan masyarakat Islam malah
kepentingannya kembali kepada orang tuanya itu
sendiri. Dengan ini, tidak rugilah mereka yang
mempunyai anak yang soleh dan solehah kerna
mereka lah yang akan sentiasa mendoakan orang
tuanya setelah mereka meninggal dunia dan
berikutan ini bertambahlah pahala orang tua
tersebut hanya kerana sebuah doa dari anaknya.
PENGAJARAN YANG DAPAT KITA AMBIL DARI
HADITH DI ATAS :
1) Islam menggalakkan hambanya agar sentiasa
bersifat ikhlas dalam melakukan amalan-amalan
yang terpuji.
2) Galakan terhadap semua umat islam agar
menggunakan kesempatan hidupnya dengan
melakukan 3 perkara tadi iaitu amal jariyah, ilmu
yang bermanfaat dan doa anak yang soleh
kerana pahala daripada melakukan amalan-
amalan ini tidak akan putus sekalipun kita sudah
tiada.
3) Seruan kepada kedua orang tua agar sentiasa
menitikberatkan dalam mendidik anak-anak
mereka dengan tarbiyah yang baik.
4) Amal jariyah seperti bersedekah mempunyai
fadilat yang banyak sepertimana yang disebutkan
didalam ayat-ayat al-quran dan hadith-hadith.
5) Ilmu yang berkat adalah bersumber dari
keikhlasan, kecekalan hati dalam menimba ilmu
pengetahuan disamping menjaga adab dan
displin ketika belajar.
Wallahuallam

Tiada ulasan: