Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Khamis, 3 Mac 2016

Ranjau Kehidupan

Ranjau Kehidupan

Di bumi ciptaan Allah yang indah ini, ada
bermacam-macam perkara yang dapat kita
perhatikan dan tadabbur padanya; daripada
ciptaan langit, malam dan siang kepada ciptaan
manusia, lelaki dan perempuan dan seterusnya
kepada binatang dan tumbuh-tumbuhan yang
pelbagai. Begitulah indahnya ciptaan Allah bagi
orang yang mahu berfikir.
Tetapi di sebalik semua ini Allah menyelitkan
rahsia di sebaliknya. Ketahuilah bahawa Allah
menjadikan sesuatu itu hanya untuk menyembah
dan berzikir kepadaNya.
Bukan itu sahaja bahkan Allah menurunkan
sebuah kemanisan yang terkesan sekali dalam
hidup kita selamanya iaitu ujian. Ujian perlu ada
dalam hidup kita. Ini kerana untuk mencapai
sesuatu yang baik pada akhirnya perlulah ada
ujian dan dugaan untuk sampai kepadanya.
Seperti peperiksaan, ujiannya kita harus
membaca dan mengulangkaji dengan lebih
mantap untuk mendapat kejayaan, bukan begitu?
Allah berfirman ;
‘Patutkah manusia menyangka bahawa
mereka akan dibiarkan dengan hanya
berkata: “Kami beriman”, sedang mereka
tidak diuji (dengan sesuatu
cubaan)?’ (Ankabut:2)
Jelas di sini bahawa hidup bukan hanya sekadar
untuk ‘enjoy’ atau dalam erti kata lain bersuka
ria tapi bersedialah menghadapi segala
rintangan dan dugaan yang Allah beri dengan
sabar dan solat.
Allah berfirman ;
‘Dan mintalah pertolongan (kepada Allah)
dengan jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya
sembahyang itu amatlah berat kecuali
kepada orang-orang yang khusyuk’ (2:45)
Ayat di atas jelas menerangkan bahawa Allah
memerintahkan kita untuk mendirikan solat dan
sentiasa sabar dalam mengharungi kehidupan
kita seharian. Selain dari itu perbanyakkanlah
amal kebaikan. Orang selalu berkata, berbuat
baik kepada semua orang insyaAllah orang akan
berbuat baik kepada kita. Tetapi jika orang buat
jahat dan menimbulkan kemarahan kita, maka
balaslah dengan kebaikan. InsyaAllah kita akan
mndapat rahmat dariNya jua. Kerana menahan
kemarahan itu di galakkan sekali dalam islam.
Allah berfirman ;
“…dan orang-orang yang menahan
kemarahannya, dan orang-orang yang
memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah),
Allah mengasihi orang-orang yang berbuat
perkara-perkara yang baik; Dan juga orang-
orang yang apabila melakukan perbuatan
keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka
segera ingat kepada Allah lalu memohon
ampun akan dosa mereka - dan
sememangnya tidak ada yang
mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah
- dan mereka juga tidak meneruskan
perbuatan keji yang mereka telah lakukan
itu, sedang mereka mengetahui (akan
salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang
demikian sifatnya, balasannya ialah
keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-
syurga yang mengalir di bawahnya beberapa
sungai, mereka kekal di dalam; dan yang
demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi)
orang-orang yang beramal" ( Ali Imran
134-136)
Saya percaya semua orang pernah menghadapi
dan pernah marah akan tetapi ingatlah akan
ganjaran Allah bagi orang yang selalu
memaafkan dan menahan kemarahannya.
Di antara ujian yang lain pula ialah kekurangan
harta. Sebenarnya apa yang sudah kita miliki kini
lebih dari apa yang kita inginkan, bukan begitu?
Tapi memang sebagai manusia kita sentiasa
tidak merasa cukup dengan apa yang ada.
Kemudian bila ditimpa kesusahan kita selalu
merungut. Kenapa begitu? Sehingga ada yang di
dalam hatinya merasa iri hati akan kesenangan
orang lain. Bukankah Allah berfirman ;
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji
kamu dengan sedikit perasaan takut
(kepada musuh) dan (dengan merasai)
kelaparan, dan (dengan berlakunya)
kekurangan dari harta benda dan jiwa serta
hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira
kepada orang-orang yang sabar” (Al
Baqarah :155 )
Serta percayalah bahawa apa yang berlaku itu
adalah semua perancangan Allah. Dan ketahuilah
Allah sudah pun menjamin rezeki kita sebelum
kita menjejakkan kaki kedunia. Seperti dalam
firmanNya:
“Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-
makhluk yang bergerak di bumi melainkan
Allah jualah yang menanggung
rezekinya” (Hud :6 )
Kesimpulannya di mana sahaja kita berada ujian
pasti akan menimpa kita walaupun kita berbuat
sebaik mana untuk kehidupan ini. Ingatlah
bahawa ujian itu menandakan Allah ingat kepada
kita dan masih menunjukkan hidayahNya kepada
kita. Percayalah pintu taubat akan sentiasa
terbuka, maka bersegeralah ke arahnya untuk
beroleh keampunan Rabbul ‘Izzati.
Allah berfirman :
“… dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah
(dengan mengerjakan suruhanNya dan
meninggalkan laranganNya), nescaya Allah
akan mengadakan baginya jalan keluar (dari
segala perkara yang menyusahkannya),
Serta memberinya rezeki dari jalan yang
tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah),
sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada
Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk
menolong dan menyelamatkannya).
Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala
perkara yang dikehendakiNya. Allah
telahpun menentukan kadar dan masa bagi
berlakunya tiap-tiap sesuatu.” (At Talaq:
2-3)
Ayat ini menunjukkan bahawa hanya dengan
bertaqwa kepada Allah,Allah akan tunjukkan
baginya jalan keluar. Dengan ketaqwaaan juga
kita akan menemukan kemanisan iman dan
selalu bersabar akan dugaan dan ujian yang
ditimpakan. InsyaAllah.
"Tidak ada sesuatu kesusahan yang
dtimpakn di bumi dan tidak juga yang
menimpa diri kmu,melainkan telah sedia ada
di dalam Kitab sebelum Kami
menjadikannya; sesungguhnya mengadakan
yang demikian adalah mudah bagi Allah.
(Kamu diberitahu tentang itu)supaya kamu
tidak brsedih hati akan apa yang telah luput
daripada kamu & tidak pula bergembira
dengan apa yang diberikan kepada kamu.
Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada
orang yang sombong takbur, lagi
membanggakan diri"(Al Hadid :22-23)

Tiada ulasan: