Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Khamis, 3 Mac 2016

Jawatan Perdana Menteri Cuma Dua Penggal.

Jawatan Perdana Menteri Cuma Dua Penggal.
-----------------

Banyak negara di dunia menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri atau Presiden kepada dua penggal sahaja.

Contohnya Amerika Syarikat. Yang terdekat dengan negara kita di Indonesia juga sudah ikut memutuskan jawatan Presiden cuma boleh dipegang oleh seseorang maksima dua penggal.

Presiden Obama akan tamat tempoh jawatan Presidennya awal tahun hadapan.

Begitu juga Susilo Bambang telah diganti dengan Jokowi sebagai Presiden Indonesia.

Sebenarnya kedua2 Obama dan Bambang masih muda dan masih mampu menjawat jawatan Presiden di negara masing2.

Mengapa mereka tidak boleh meneruskan memegang jawatan Presiden ?

Ini disebabkan dari segi undang2 di Amerika Syarikat dan di Indonesia seseorang itu cuma dibenarkan memegang jawatan Presiden selama maksima dua penggal sahaja. Itu pun jika rakyat merestui.

Seorang Perdana Menteri atau seorang Presiden yang memegang terlalu lama jawatannya sudah pasti akan mewujud dan mempunyai pengikut2 yang ramai dan setia. Pengikut2 yang setia ini akan wujud dari peringkat atas hingga ke bawah (ke akar umbi).

Ini perlu supaya pemimpin nombor satu akan sentiasa kukuh dan kuat dan mempunyai pengikut hardcore yang ramai lagi setia.

Ukuran setia ini tidaklah semestinya mereka cerdik dan pandai. Pengikut yang cerdik dan pandai kadangkala boleh menyusahkan pemimpin di atas.

Cukup sekadar ramai pengikut hardcore dan fanatik tapi setia.

Rakyat di Amerika Syarikat dan di Indonesia barangkali sudah sedar bahawa membenarkan seseorang itu memegang jawatan tertinggi di negara masing2   terlalu lama lebih banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan.

Bila seseorang itu memegang jawatan tertinggi terlalu lama sudah tentu dia memerlukan sokongan yang kuat dari pengikut2.

Dia akan mewujudkan kumpulan pengikut yang setia membuta tuli. Yang tidak sehaluan dengan dia akan disisih dan tidak diendahkan.

Lama kelamaan pemimpin ini akan menjadi angkuh kerana dia berasa dia sangat kuat. Dia akan hanya dikelilingi dengan 'Yes man'.

Dia akan bertambah angkuh dan tidak lagi menjadi seorang yang mudah ditegur.

Pemimpin Dua Penggal
-----------------

Jika seseorang pemimpin itu sedar bahawa dia cuma akan menjawat jawatan tertinggi maksima dua penggal dia tidak perlu mencari dan mewujudkan begitu ramai pengikut yang setia.

Sebaliknya dia boleh melantik ramai pemimpin yang cerdik dan boleh membantu beliau untuk memajukan negara. Sama ada seseorang itu pengikut beliau atau tidak, tidaklah penting. Yang lebih penting pimpinannya baik dan diterima oleh rakyat.

Selepas beliau tamat tempoh maksima dua penggal orang lain boleh mengambil alih jawatan beliau.

Orang yang mengambil alih jawatan ini juga kemudian boleh  melantik orang2 yang cerdik dan berkeliber ikut sama mentadbir negara. Dia tidak perlu risau sama ada dia mempunyai pengikut atau tidak. Cukup dua penggal dia boleh diganti dengan orang lain pula. Begitulah seterusnya.

Bagi di Malaysia munkin di peringkat awal dahulu seseorang pemimpin boleh memegang jawatan Perdana Menteri selama dua puluh dua tahun.

Tapi saya berpendapat sudah sampai masanya negara hari ini perlu menghadkan seseorang itu dari menjawat jawatan tertinggi terlalu lama melebihi lebih dari dua penggal. Sama ada dia boleh menyambung ke penggal ke dua bergantung sama ada pemimpin itu dapat sokongan dari rakyat atau tidak.

Pemimpin perlu berkhidmat dengan baik untuk rakyat dan negara. Untuk itu dia tidak perlu memegang jawatan tertinggi terlalu lama dan mewujudkan pengikut2 yang ramai dan fanatik.

Apa yang diperlukan oleh negara ialah pemimpin yang dipilih untuk memegang jawatan tertinggi ini menumpu sepenuh tenaga untuk memajukan rakyat dan negara. Dia tidak perlu kepada pengikut dan penyokong hardcore dan fanatik.

TS Muhammad Muhammad Taib

Tiada ulasan: