Kerana,
Pemimpin yang ada sekarang tidak mengambil berat keperluan hak hak rakyat Sabah, sedangkan Sabah kalau di tadkbir dengan penuh amanah mempunyi kekayaan Hasil Bumi yang melimpah ruah melebihi dari Negeri Negeri lain di Malaysia.
Pemimpin tidak mengambil berat masallah PT. Permohonan Tanah walau pun banyak kali di isukan di surat kabar dan di Blog Blog, mereka Jabatan Tanah tidak mengambil perhatian permasalahan Rakyat yang hanya seperti menunggu Bulan Jatuh Ke Riba.
Saya hanya contohkan satu tempat di Sungai Koyah, Saya dan Rombongan mendapat PT pada tahun 1995 dengan 6 borang rakan yang lain, dan salah se orang pemohon lagi memohon kawasan yang sama dengan mengunakan Taukea taukea kaya dari pada Sandakan pada tahun 1998, mereka dengan serta merta terus mendapat Geran, sedang kan kawasan tersebut telah di penuhi tanaman sawit dari hasil dari keringat kami, di mana keadilan Jabatan Tanah?
Walau pun ini hanya lah 1 tampat yang saya maklumkan, tetapi sebenarnya perkara semacam ini terlalu ramai berlaku di Negeri Sabah, tanpa di ambil Perhatian oleh Pemimpin sekarang, itu lah sebabnya saya cadangkan pemimpin di Sabah perlu ganti dengan Pemimpin yang boleh mengembalikan Hak rakyat Sabah.
Salah satu janji BN di waktu pilihan Raya ke 12 di Dun N. 51 Kunak, Bakal Calon waktu itu telah menjanjikan untuk membahagikan kepada penduduk Kunak di Skim Pekebun Kecil Tngkayu seluas 5200 ekar kepada yang berhak memiliki nya, tetapi, sehinggah hampir PRU ke 13 pun belun lagi di ambil perhatian, di mana silap nya Pemimpin?
Isu hutan simpan yang Rakyat di berikan PT oleh Jabatan Tanah seterus nya Rakyat menanam Sawit dengan mengeluarkan banyak modal, tetapi dengan sewenang wenang nya Jabatan perhutanan merampas dan menumbang pokok Sawit mereka tanpa rasa belas kesihan seperti lah Undang Undang Jabatan Perhutanan Tuhan yang cipta.
Pengagihan Area balak hanya lah di bahagikan kepada Sanak Saudara dan Keroni Keroni Pemimpin, sikit pun tak memikirkan kesusahan Rakyat Sabah, yang penting mereka kaya raya.
Ingat lah wahai Pemimpin yang hanya pentingkan diri sendiri, PRU ke 13 dah hampir tiba, jika anda masih lagi tak mengambil tindakan keperluan Rakyat Sabah, maka tunggu lah hukuman Rakyat kepada anda yang bergelar YB Yang Berhormat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan