Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Suara Rakyat Kunak ( Google+ Followers )

Ahad, 23 Mei 2010

Hari Ini Di malaysia, Esok Di Seberang, Lusa Di Malaysia Lagi?

SAYANGILAH WANG RAKYAT

Penangkapan PTI yang tak ada penghujungnya di seluruh Malaysia seperti siaran ulangan Astro siaran ulangan yang tak ada penghujungnya.

Tidak kah kerajaan terfikir, perbelanjaan penangkapan PTI memakan perbelanjaan yang sangat besar? adakah penangkapan ini berjaya? pendapat saya tidak, kerana PTI yang sudah di tangkap sehinggah berbulan bulan di tahan, memerlukan perbelanjaan yang sangat besar.

Adakah pihak Kerajaan tahu, PTI yang sudah di hantar pulang ke Negara asal lebih 80% kembali semula ke Malaysia dengan cara yang sama untuk datang ke Malaysia untuk mencari pekerjaan.

Jika perkara ini tidak di ubah dengan cara lain, begitu lah seterusnya se hinggah malapetaka besar menimpah Negara kerana dihuni oleh PTI yang memerlukan pekerjaan.

saya cadangkan agar tangkapan PTI perlu di buat perubahan agar Kerajaan Malaysia, Indonesia dan Filipina mendapat hasil dari tangkapan, bukan tak ada hasil seperti yang di jalankan seperti sekarang.

Caranya ialah, setiap tangkapan di berikan Pas Khas dan bayaran Pas Khas dalam jangka masa 6 bulan untuk di kurantin kelakuan kepada yang benar benar inginkan pekerjaan sahaja, jika dalam masa 6 bulan di dapati menjalankan kerja yang bertentangan dengan undang undang Malaysia maka Pas Khas tidak perlu di sambung lagi.

Saya memohon maaf jika ada di antara cadangan saya menyingung mana mana pihak, kerana ini adalah cadangan, bukan di wajibkan untuk agar wang Rakyat tidak habis hanya untuk menangkap PTI, seperti siaran Astro hanya mengaut keuntungan sahaja, banyak siaran ulangan ditayangkan kembali di siaran Astro, sama seperti PTI, lepas di kembalikan hari ini, esok nampak lagi batang hidung nya di Malaysia.


2 ulasan:

Kunak Press berkata...

macam ada betulnya...?
pendapat bah itu gaman/
saya pun busan tinguk siaran ulangan astro, macam la penonton itu budak-budak diberi gula-gula berulang-ulang sampai gigi rusak mereput...

Suara Rakyat Kunak berkata...

Macam itu lah kalau hanya satu Penyiaran Berbayar di benarkan oleh pihak Kerajaan, kita Rakyat tak tahu apa masallahnya pihak Kerajaan tak membenarkan Penyiaran Berbayar yang lain. munkin ada udang di sebalik batu.