Denda tangkapan bagi pengih tak membawa kesan kepada penagih, sama juga seperti meludah kelangit, yang susah bukan penagih tetapi keluarga penagih.
Tahu kah pihak yang berwajib, bahawa setiap penagih yang telah di denda di Mahkamah di dapati Positif penagih selepas itu mereka menagih kembali, jika tak tahu, buatlah penyilidikan, atau sengaja taknak tahu untuk menambah hasil wang kerajaan.
Perkara semacam ini pihak Kerajaan harus mengambil perhatian, kerana ini masallah jenarasi yang akan datang sama jenarasi yang terdahulu menagih juga.
Kalau di lihat para Penagih di dalam satu Daerah menjangkau 60% menjadi penagih, kerana Undang Undang di mahkamah hanya lah denda dan penjara yang sangat singkat.
Dari akibat Penagih ini lah maka jenayah bertambah di setiap Daerah, yang sengsara adalah Keluarga penagih dan Pengedar pulak jadi Kaya raya hasil jualan benda Haram.
Didalam penjara pulak, Penagih tak di beri penawar Dadah agar bebas nanti menyentuh Dadah pun dia tak mampu, apa lagi memakan nya.
Seperti Pemadam dan ADK yang di lantik oleh pihak Kerajaan dengan Perbelanjaan yang besar seperti tak berfungsi untuk membantu pihak Nakotik untuk menbenteras Penagih, kerana kita lihat Penagih semakin bertambah, bukan berkurangan.
Saya cadangkan, Denda Mahkamah tak di perlukan bagi Penagih, tetapi Penjara harus di perpanjangkan agar Penagih mendapat keinsapan jika lama di tahan di penjara, pihak Kerajaan jangan perlukan keuntungan demi masa depan Penagih dan jenerasi yang akan datang.
Jika perkara ini tidak di ambil perhatian oleh pihak Kerajaan, maka tunggulah nanti di Wawasan 2020 maka 80% Penduduk Malaysia menjadi Penagih Dadah jika denda Mahkamah masih di teruskan dan penjara tak di perpanjangkan.
Saya memohon maaf jika ada pihak yang tersinggung dalam tulisan saya, kerana ini semua masalah kehidupan manusia yang tak bermeruah dan tak punya masa depan, biarlah mereka (Penagih) menjadi penghuni penjara untuk selamanya, sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan