Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Ahad, 14 Mac 2010

Warkah Keramat kepada bakal bakal calon yang akan terpilih dalam PRU 13 di DUN dan Parlimen di seluruh Malaysia.





Salam kepada semua bakal-bakal calon PRU13 baik dari parti pemerintah ataupun parti pembangkang..........


Warkah keramat ini adalah ditujukan kepada semua bakal bakal calon yang bakal terpilih didalam PRU13 bagi kawasan Dun dan Parlimen yang akan bergelar "Yang Berhormat"  di seluruh Malaysia, baik dari parti pembangkang ataupun parti pemerintah.

Pertama kali yang perlu kita ingat bahawa gelaran "YB" yang anda terima adalah lantikan daripada para pengundi di Dun dan Parlimen masing masing.. Mereka ini telah memberi amanah yang sangat besar kepada anda untuk mewakili masyarakat di Dun dan Parlimen sebagai "Wakil Rakyat" kepada mereka. Sehubungan dengan itu, anda perlu sedar bahawa anda berkhidmat @ bekerja untuk masyarakat. Lazimnya atau kebiasaanya rata-rata "YB" yang telah dipilih akan terlupa dengan kuasa lantikan yang dibuat oleh para pengundi. Kenapa ini berlaku? kerana mereka dengan megah dan takbur berkata mereka dipilih oleh Pucuk Pimpinan Tertinggi walhal budak pra-sekolah di Tadika KEMAS pun tahu yang mereka dipilih oleh para pengundi !.

Keduanya, dalam proses berkempen rata-rata para calon akan mengeluarkan segala janji-janji kosong yang belum pasti dapat ditunaikan. Lakukanlah sedikit perubahan....anda boleh mengeluarkan janji tetapi pastikan apa yang anda janjikan akan dapat dilaksanakan. Contoh janji palsu "saya akan pastikan penduduk Kunak akan mendapat kemudahan jalanraya yang sempurna jika saya dipilih menjadi YB" dan Contoh janji yang masuk akal "saya mendapat maklumat bahawa daerah Kunak mendapat peruntukan bagi menaiktaraf pembangunan sistem jalanraya oleh KPLB pada tahun ini, sehubungan dengan itu saya akan pastikan peruntukan ini akan disalurkan dengan telus dan teratur". Maksudnya disini berkempenlah dengan cara yang matang dan janganlah menggunakan konsep berkempen seperti yang lepas.

Ketiga-nya, semasa dalam pemerintahan pastikan jentera pentadbiran anda adalah daripada golongan yang berpendidikan dan mereka juga berkhidmat@ berkerja untuk masyarakat. Apa yang biasa berlaku....jentera pentadbiran biasanya akan mengambil kesempatan keatas jawatan yang diberikan kepada mereka seperti melobi semua projek-projek pembangunan yang diturunkan, gagal mengagihkan peruntukan kepada mereka yang betul-betul layak menerima nya, merancang projek yang tidak menguntungkan rakyat sebaliknya menguntungkan keluarga atau sahabat handai dan kroni terdekat. Jika jentera pentadbiran ini gagal berfungsi dengan baik maka ianya akan menjadi RACUN bukan saja kepada YB tetapi kepada masyarakat itu sendiri. Dalam mana-mana pentadbiran di dunia ini, jentera pentadbiran amat penting kerana mereka inilah yang akan melaksanakan segala urusan pentadbiran pemerintahan YB, jika mereka ini tidak dikawal atau diselia dengan sempurna maka hancurlah pentadbiran itu.

Keempatnya, perhubungan YB dengan Ketua pentadbiran daerah seperti DO,OCPD,Pengarah Kesihatan dan sebagainya haruslah kukuh. Kenapa ianya sangat penting? kerana mereka ini adalah orang-orang yang sangat penting di sesebuah daerah, merekalah yang mentadbir dan mengurus Daerah yang didiami oleh para pengundi. Maka dengan itu YB harus sentiasa berhubung rapat dengan ketua-ketua pentadbiran ini supaya segala perancangan untuk sesuatu daerah dapat dilaksanakan dengan Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang dan seterusnya mencapai wawasan 1 Malaysia.

Kelimanya, perhubungan dengan para pemimpin masyarakat dan NGO setempat harus diberi keutamaan kerana segala masalah yang dihadapi oleh masyarakat akan disalurkan kepada para pemimpin ini. Kegagalan dari segi perhubungan dengan para pemimpin masyarakat dan NGO akan memberi satu kerugian dari segi maklumat yang perlu diketahui oleh YB.

Keenamnya, meluangkan masa bersama rakyat.........apakah pemimpin mampu melaksanakan perkara ini? Sepatutnya bukan meluangkan masa dengan rakyat, memang YB perlu sentiasa bersama-sama rakyat setiap masa kerana YB adalah berkhidmat kepada rakyat. Sehubungan dengan itu YB harus pandai mengatur masa agar dapat bersama-sama rakyat apabila diperlukan. Contoh yang boleh dilakukan, diadakan KLINIK BERSAMA YB. Jika ini dapat dilakukan maka rakyat akan terasa YB yang dipilih benar-benar berkhidmat untuk mereka.

Akhir kata, ini bukan warkah terakhir kerana selepas ini akan muncul lagi warkah keramat untuk bakal YB supaya suatu pembaharuan akan dapat dilaksanakan kerana rakyat sudah mulai bosan dengan sistem yang sedia-ada.

Salam buat semua bakal bakal YB di Dun .dan Parlimen di seluruh Malaysia...

3 ulasan:

PIPT berkata...

aca mau kasitau semua, jangan sibuk2 lagi pasal mau calon. PIPIT bilang 10 yb konfom kekal lah... sekarang dia punya pkr, cdo dan addo bole trus bgaduh hantam projek. Kenapa klu kunak ni kamu telan semua. Apa takut sama SPRM, yb bole cover ba. Klu pun datang SPRM, btapuk la ba dlm celana yb.

ANAKELING

Tanpa Nama berkata...

Betul itu PIPIT, sekalang semua itu ketu ketua tungu itu pelojek mila lagi sampai, Tangki, Zeng, Injin Sangkut menyampah aku tengok, kalau mau pilihan laya latang lumah pigi buat janji janji O, lia calap kalau BN melang lia mau kasi semu Penluluk Kunak naik itu Bulan, sulah sampai atas Mulan, lengak Kunak sulah kalah undi, lia cakap lu semua atas Mulan tulun senlili la sebab saya sudah kala undi. MENYAMPAH


Kelopok

Tanpa Nama berkata...

Jika di amati Warkah ini, Anda SRK layak Menjadi Calon dalam Pru ke 13, Salam hormat dari saya,

Anak Kunak di Perantauan