.jpg)
Surat terbuka ini saya tujukan kepada Datuk Seri Najib Tun Abd Razak,
Suara Rakyat Kunak berharap Datuk Seri Najib Tun Abd Razak dapat mengambil perhatian di dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan DSN, Balai Polis memainkan peranan penting untuk mengatur Pentadbiran kepada semua anggota-anggota Polis yang bertugas di setiap Balai Polis.
Maka itu ingin saya memaklumkan kepada DSN bahawa Peruntukan setiap Balai Polis di setiap Daerah perlu ada peruntukan yang mencukupi untuk ditadbir oleh DSP yang menjalankan pentadbiran di setiap Balai Polis.
DSN juga tahu, bahawa jika di setiap Balai Polis peruntukan tak mencukupi, macam mana sese orang DSP boleh menjalankan tangunggjawabnya dengan mudah dan cepat.
Misalnya, kemudahan air di dalam tandas lokap.
Perkara semacam ini sepatutnya tidak akan terjadi kekurangan air, kekurangan peruntukan di setiap Balai Polis, apakah slogan DSN, masih diguna pakai, Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Di Utamakan, saya rasa Rakyat tak akan menerima Slogan ini, kerana di abad ke 21 ini masih ada lagi di bawah sektor Kerajaan tak cukup peruntukan.
Di mana silapnya Kerajaan sekarang? bahawa Polis memainkan peranan yang amat penting, menjaga kententeraman awam tidak di berikan secukupnya peruntukan .
Suara Rakyat Kunak berharap agar DSN dapat menambah peruntukan Khas di setiap Balai Polis di seluruh Malaysia, terutamanya di Daerah Kunak.
Masalah air perlu diutamakan di Balai Polis Kunak.