Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Sabtu, 13 Mac 2010

Bakal-bakal Calon PKR dalam PRU Ke-13?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, atas permintaan ramai, maka di sini ingin saya maklumkan dan memohon ulasan-ulasan dan komen-komen penduduk daerah Kunak agar berilah komen yang berhemah agar dapat sama-sama kita mendapat Bakal Calon PKR di Dun N. 51 Kunak akan datang.

Di dalam kesempatan ini juga saya akan senaraikan beberapanama bakal Calon PKR yang akan berentap di dalam PRU ke 13 nanti, nama-nama yang tercatit di bawah adalah sebahagian sahaja, selepas Mesyuarat Agung nanti akan ditambah dari masa ke semasa, ingatlah, yang baik datangnya dari Allah, dan yang buruk datangnya dari kita sendiri.

Senarai Bakal Calon-Calon PKR yang akan bertanding dalam PRU ke 13?

(1) Hj Bedu Kudusa, Mantan Calon PKR di Dun N.51 Kunak dalam PRU ke 12.

(2) Ustaz Badrul Amin Baharom , Mantan Calon PKR dalam Parlimen P.188 Silam dalam PRU ke 11.

(3) Citra Masadi, Mantan Calon PKR di Dun N.51 Kunak dalam PRU ke 11.

(4) Abdul Wahid Jainal, Timbalan Ketua Bahagian PKR P.188 Silam.

(5) Rosli Tangka, Seorang ahli Perniagaan.


Diharap para pengundi di Dun Kunak dapat memberi pandangan terhadap senarai nama-nama diatas, serta apakah kemahuan para pengundi terhadap mereka-mereka yang akan bertanding nanti jika dicalonkan?