Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Selasa, 16 Mac 2010

Mesyuarat Agung Tahunan PKR P-188 Silam


NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR) KAWASAN P.188 SILAM TAHUN 2010.

Menemui Saudara dan Saudari, tuan tuan dan puan-puan dan semua ahli Parti Keadilan Rakyat, (PKR) P.188 Silam, Dun Kunak, Dun Lahad Datu dan Dun Tungku.

Dengan izin Allah, bertemu kita semua Ahli PKR P-188 Silam untuk mesyuarat Agung tahunan seperti berikut :
Tarikh : 28-03-2010

Masa : 09.00 Pagi

Tempat Mesyuarat : Dewan Hotel Royal Palm
Jalan Singgah Mata Lahad Datu, Sabah.


Agenda Mesyuarat :

1. Bacaan Doa,

2.Kata Aluan Pengerusi Mesyuarat,

3.Ucapan Ketua Cabang PKR P-188 Silam,

4.Ucapan Perasmian,

5.Membentangkan dan Mengesahkan Minit MATC yang lalu,

6.Membentangkan dan Mengesahkan Penyata Cabang,

7.Membentang dan Mengesahkan Penyata Kira-kira,

8.Memilih Perwakilan @ Pemerhati ke Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat Pusat,

9.Perbahasan dan Usul,

10. Ucapan Penangguhan Mesyuarat.

Dengan kehadiran Ahli-Ahli PKR P.188 Silam ke Mesyuarat itu nanti, maka dapatlah kita sama- sama menyumbangkan buah fikiran, agar Parti PKR memperolehi Kemenangan di Silam Khas nya dan Negeri Sabah amnya.

Dengan akhir kata, Jangan Sebut Soal Perjuangan kalau Tidak Berani Tanggung Risiko, Sekian Terima Kasih.

Yang Menjemput,

Ketua Cabang PKR Silam,
Johani Abd Halim