Mesyuarat Agung tahunan PKR P-188 Silam yang di adakan pada 28/03/2010 di Dewan Hotel Royal Palm yang dihadiri kira-kira 120 orang perwakilan dari Dun Tungku, Dun Lahad Datu dan Dun Kunak.
Acara tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Perhubungan PKR Sabah, Ahmad Thamrin Hj.Jaini Di majlis itu turut hadir, Ketua Cabang Libaran, Ketua Cabang Kinabatangan, Dif Dif Kehormat PKR Sabah.
Dalam ucapan Ketua Cabang P-188 Silam Johani Abd Halim, berkata buat masa ini ahli PKR Silam telah menjangkau 4000 ahli berdaftar. Pada masa yang sama katanya, walaupun kehadiran ahli perwakilan tidak memberangsangkan, ia mungkin dipengaruhi oleh perkara-perkara tertentu termasuklah katanya 'setiap langkah atas nama Pembangkang' semua diperhatikan oleh 'pihak tertentu'.
Ahmad Tamrin dalam ucapannya menjelaskan jika pada PRU ke 13, Pakatan dapat memerintah Negeri Sabah :
1. Hasil minyak Sabah akan diberi 20% kepada negeri Sabah
2. Ada 2000 ribu hekter tanah Sabah akan diagih-agihkan kepada Rakyat Sabah
3. Jawatan pekerjaan diisi kepada anak-anak Sabah (keutamaan diberikan kepada anak Sabah)
4. Mempastikan semua Jabatan Tanah Daerah mempercepatkan pengurusan PT untuk diproses bagi mendapatkan Geran.
5. Mempastikan semua sijil Amanah Rakyat Sabah akan diagih-agihkan mengikut hasil keuntungan Yayasan Sabah.
6. Memastikan tidak ada lagi miskin tegar di Sabah atau mengurangkannya ke tahap yang semaksima mungkin.
Pada Mesyuarat Agung tersebut pemilihan Perwakilan dan Pemerhati ke Kuala lumpur di jangka diadakan di Kelantan, pada 28, 29 dan 30 May, 5 Orang perwakilan dan 7 Orang Pemerhati.
Majlis selesai pada jam 12 tengahari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan