Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Isnin, 29 Mac 2010

Bakal Bakal Calon BN Dun N.51 Kunak untuk PRU 13, Dalam Pusingan Ke 3?


Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Surat terbuka ini saya tujukan kepada Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak,
Salam Datuk, saya Suara Rakyat Kunak menulis senarai nama Bakal-bakal Calon BN di Dun N-51 untuk PRU ke 13 adalah untuk memberi peluang Penduduk Daerah Kunak, menyuarakan pendapat mereka yang mana individu atau Calon jadi pilihan mereka.

Saya berbuat sedemikian atas dasar kerana Suara Rakyat Kunak melihat pemilihan yang biasa berlaku sebelum ini dalam musim pilihanraya-pilihanraya lepas ke atas Calon BN menggunakan pendekatan seperti melalui agensi-agensi tertentu dalam kerajaan yang mungkin ada di antara agensi itu 'terlepas pandang' bakal atau individu yang sesuai untuk dicalonkan sehingga wujud perkara yang lari dari kriteria yang sewajarnya dinilai???..

Pada masa masa lalu jika Pilihanraya sudah hampir tiba, ada diantaranya bakal Calon @ pelobi juga banyak mengeluarkan wang ringgit kepada 'pihak tertentu' yang mengaku dirinya konon atau dikenali 'Perisik dari Atasan'?

Suara Rakyat Kunak cuba mengikuti kisah lalu itu dan kini cuba mendapatkan respon menerusi blog berkaitan pendapat penduduk Kunak khasnya pengundi bahawa siapa individu sebenarnya yang mereka mahu untuk dicalonkan dalam PRU 13 akan datang di DUN Kunak ini.

Nama senarai bakal-bakal Calon didalam pusingan ke 3?
Barisan Kemungkinan :

1. Datuk Nilwan Kabang, Wakil Rakyat di Dun N-51 (sekarang Adun Kunak).

2. Dr.Nuraini Abd Rahman - Doktor klinik Swasta berkhidmat di Daerah Kunak.

3. Cikgu Zahari Lorong, Penolong Kanan di SMK Kunak.

4. En.Abdul Rahim Wahab, Pegawai kesihatan di Jabatan Kesihatan Kunak yang juga Pengerusi USBO Kunak.

5. En.Industan Lumantang, Pesara MPT Tawau, Seorang Kontraktor tempatan (bekas Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kunak)

6. En. Eyuki Ugi, P.Pegawai perubatan di Hospital Kunak,


Kepada nama-nama yang tidak tersenarai dalam pusingan ke 3 ini, cuba tampilkan diri dan berjinak-jinak dengan penduduk Kunak khasnya masyarakat di luar sana , kerana anggaplah diri kita (pelobi) mengibaratkan Rakyat adalah Taukey di dalam sebuah Syarikat, dan YB adalah Pekerja untuk Rakyat, maka itu sebagai YB, berkerjalah dengan tekun kepada Taukey anda (Rakyat) Kerana 'Taukey' anda memerhati anda setiap saat.

Kepada semua komentar @ pengulas di blog Suara Rakyat Kunak, sila beri komen secara berhemah dan hindari daripada mengaibkan orang lain semasa mengemukakan komen anda. Wassalam.

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Waw, hali ili ngua manyak chinsng ati ooo, ngua punya Makat Calong Loktok Luluani masi ala ooo, he he hee.


Kelomok

Tanpa Nama berkata...

TIKUS BASAH, Kuala Tingkayu.
UUwaa.. luu manyak sokong loktol Lulaini Aaaa Kelomok.
Luu suka sebab manyak kali suntik ngaa?...

Tanpa Nama berkata...

Lu tikut masa aaa, lu talak makai payung ka, Lu jali masa, selia payung melung ujan oooo.


Kelomok

Tanpa Nama berkata...

Salam, beri lah peluang kepada Calon Wanita pada PRU ke 13.


Wakil Wanita Kunak

Tanpa Nama berkata...

kepada pemimpin atasan,lantiklah calon BN yg ada kaliber atau dikenali rakyat kunak.

Tanpa Nama berkata...

Saya berharap, calon yang di pilih untuk PRU ke 13, Zahri Lorong

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong Doktor Noraini calon BN kunak akan datang.
Gadis Mostyn

Tanpa Nama berkata...

sy mahu Rahim Wahab calon BN pru 13
Orang Giram

Tanpa Nama berkata...

Saya amat setuju jika Wanita di Calon kan di Dun Kunak.


Kunak

Tanpa Nama berkata...

sukung sama rahim wahab calun bn kunak masa pru 13
Tukang Kebun, Kg.Madai

Tanpa Nama berkata...

Selamat malam kepada SRK, saya berpendapat, Calon yang paling layak untuk Calon BN dalam PRU ke 13. D. Nuraini.

Simpang 4 Kunak

Tanpa Nama berkata...

Salamt malang Taukea SRK, Ngua malu malek lali Umela ooo, Ngua tengok aaa, Ngua munya Lkto Luluini manyak olang sukung oooo, Ngua manyak cinang ati oooo.


Kelomok

Tanpa Nama berkata...

salam SRK...
saya lebih sukung itu Tuan Industan jadi calon BN dun 51..dia memang orang tempatan kunak.ciri ciri kepimpinan pun ada serta berpendidikan lagi... jadi mari la kita sokong beliau....salam

Tanpa Nama berkata...

aku dengar2 kunak peres mau tanding Bebas?
BELALANG...2

kunakpress.blogspot berkata...

Uwaa.. macam 'terasa' pula aku oleh komen si BELALANG...2 ini di blog SRK.

Kunak Press berkata, "Belum lagi terfikir nak tanding sebagai calon atau melobi di mana-mana parti"?

Tanpa Nama berkata...

Ngua talak chokong Kula Pele yali Chalong BN ooo, lia mamut yali calong iyu Loket ooo, Ngua mau jali lia munya pailot oooo. Ngua mau mawa itu Loktok Luluani kaik itu mulan ooo, manyak cinang ati ooo.


Kelomok

Tanpa Nama berkata...

pada pendapat saya..biarlah Datuk YB Nilwan kabang yang akn mnjdi calon BN N.51 KUNAK untuk PRU 13..nti..kerana beliau adalah ank jati kunak,dan mempnyai pengalman yg bnyk dalam bidang politik khasnya,selain itu juga beliau juga seorang yang layak bergelar pemimpin kunak kerana berwatakan yg baik,ikhlas,jujur,amanah dalam pekerjaan,dan sering membntu rakyat kunak. beliau juga berusaha membngunkn masyarakat kunak agar tidak ketinggln dari arus pmbngunan globalisasi pada hari ini..dan juga berusaha membngnkan kunak pada hari ini agar kunak terkenal di mata dunia..sememangnya beliau memang layak di gelar pemimpin.sekian...wasalam..

Tanpa Nama berkata...

pada pendapat saya biar la datuk nilwan kabang yang akan memegang jawatan sebagai pemimpin daerah kunak nanti untuk PRU-13.kerana beliau merupakan anak jati rakyat kunak sendiri.selain itu,beliau juga seorang yang layak bergelar PEMIMPIN..serta beliau seorang yang berwawasan yang tinggi,amanah,tekun bekerja serta seorang yang mulia dengan ringan tulang membantu rakyat kunak serta berusaha membangunkan dearah kunak agar tidak ketinggalan dari arus pembangunan globalisasi pada hari ini.sememangnya beliau seorang yang layak bergelar pemimpin..SEKIAN

Tanpa Nama berkata...

aku rasa Datuk Nilwan ndak ngam jadi calon sudah.... tua sudah dia..nanti jadi cam Datuk Bong...sudah sudah lah.... bagi la kaum wanita yang jadi calon kali ini

Tanpa Nama berkata...

bagi peluang pada yg belum pernah jd pemimpin,, apa pun pilih yg betul-betul boleh diharap,, ini demi masa depan kunak,, kunak perlukan pembaharuan yg seiring dengan kemajuan malaysia dan dunia amnya,,