Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Jumaat, 26 Mac 2010

Masjid An-Nur Kg Getah perlukan peruntukan Khas

Surat terbuka ini saya tujukan kepada Ahli Parlimen P.188 Silam Hj Salleh kalbi dan YB Dun N.51 Kunak Datuk Nilwan Kabang. Saya menulis surat ini kerana saya Suara Rakyat Kunak berasa terpanggil untuk memaklumkan kepada Yang Berhormat.

Tujuan saya menulis surat terbuka ini, adalah untuk memaklumkan Yang Berhormat bahawa, Masjid An-Nur Kg Getah dah terlalu uzur dan sempit sehingga sebilangan para jemaah bersembahyang di luar kawasan Masjid.

Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa lalu Masjid An-Nur Kg Getah masih berstatus Surau, dan lebih kurang tahun 2004 surau itu telah dinaiktaraf menjadi Masjid.

Setahu saya, sekitar tahun 1999 sahaja rumah ibadat itu ada menerima peruntukan untuk pembaikan semula Surau dari Kerajaan persekutuan Rm30 Ribu dan Rm10 Ribu dari kerajaan Negeri selepas itu sehinggah sekarang ini hanya dijanji sahaja untuk pembuatan semula Masjid An-Nur Kg Getah.

Untuk pengetahuanYang Berhormat, bahawa hampir 90% penduduk Kg Getah adalah penyokong kepada kedua-dua Yang Berhormat ini semasa pilihanraya PRU 12.

Saya Suara Rakyat Kunak berharap agar Peruntukan Khas perlu diberikan untuk pembikinan semula Masjid An-Nur Kg Getah agar kesesakan jemaah bersolat tidak timbul lagi. Cadangan untuk diperluasakan ruang bersolat di Masjid itu mengikut kesesuaian ruang yang ada berhampiran bangunan Masjid.
Saya difahamkan, ada balairaya berdekatan. Eloklah jika Balairaya yang tidak lagi digunakan itu dapat dirubuhkan bagi memperluaskan kawasan Masjid.
Wassalam

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Itu lua olang YB aaa, yangang talak maca ini mau minta peluntukan aaa, lanti aaa itu Tuhan manyak mala ooo, kalu lu lua olang YB aaa talak kasi mikin itu Masjid aaa Olang Kg aaa talak mau Unli lagi ooo sama BN ooo.


Kelomok