
Pangzoe Lee ( Lorensius )
Artikel yang disiarkan menerusi laman portal (clik sini) tempatan hari ini jauh menyonsang arus kebenaran apabila melaporkan kononnya mengaitkan penerima sijil penghargaan di Hari Polis ke 203 di Kunak kelmarin tidak sepatutnya dijadikan bahan polemik oleh penulis Pangazoe di sabahkini.net semata-mata mahu mencari populariti murahan.
Penulis sepatutnya menggunakan mindanya untuk berfikir dengan rasional bahawa penerima sijil penghargaan tidak sepatutnya dilibatkan dengan kes-kes yang dilakukan oleh individu terdekat ataupun yang berkaitan kekeluargaan.
Mungkin disebabkan rasa kurang senang dan sengaja menimbulkan persepsi negatif masyarakat terhadap pasukan Polis menyebabkan penulis Pangazoe melemparkan tuduhan sebegitu kerana sebab-sebab tertentu.
Untuk makluman si Pangazoe, orang yang dia cuba kaitkan dalam artikel yang disiarkan Sabahkini itu adalah 'mata dan telinga' pihak Polis untuk mengelakkan timbulnya kekacauan atau pergaduhan yang sering berlaku sebelum-sebelum ini di Tingkayu.
Penulis jangan terlalu mengikut perasaan ketika menulis artikel itu. Jangan ibaratkan diri seperti 'melempar batu ditangan sendiri kemudian sembunyikan tangan dibelakang'
Untuk pengetahuan juga, orang yang bernama Pangazau, telah membuat penipuan besar kepada orang yang dituduhnya menerima sijil dari pihak Polis Kunak sejumlah Rm20 Ribu kerana di janjikannya kawasan untuk diberi kontrak bagi mengambil buah sawit.
Sehingga sekarang kawasan yang dijanjikan tidak ada, dan wang yang telah diambilnya dari saya pun lesap, manusia seperti Pangzoe Lee (gambar atas?) ini tak harus dipercayai kata-katanya, kerana dia sendiri pun Otak tak betul, seorang Penagih, Penipu dan Pemabuk, jika kita hendak melemparkan tuduhan kepada orang lain, sebaik nya kita harus cermin dulu diri kita, apa kah kita bersih dari segala gala jenayah.
Saya memberi peringatan supaya penulis menarik balik kenyataannya di dalam portal sabahkini. sekian, harap maklum.