Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Selasa, 9 Mac 2010

Keperitan penduduk Kg.Balung Kokos tidak diambil perhatian?

Surat terbuka ini saya tujukan kepada YB Datuk Syed Abbas Ali.

Pada 09/03/2010 tujuan saya dari Kunak menuju ke Balung Kokos untuk mencari kawan lama yang sekian lama terpisah sejak 20 tahun yang lalu.

Waktu saya sampai di Kg Balung Kokos, saya pun singgah di s buah kedai runcit yang terletak di tepi jalan di kawasan Kg tersebut, setelah tiba di kedai tersebut, saya bertanya nama kawan saya kepada tuan punya kedai runcit.

Dia memberitahu saya, kawan yang saya cari telah pun berhijrah ke KL, oleh kerana kawan yang saya cari tak ada maka sempat juga saya maklumkan kepada tuan punya kedai bahawa Kg Balung Kokos sewaktu saya ke sini 20 tahun yang lalu tak ada perubahan.. kampung itu sama juga seperti dulu.

Sempat juga saya bertanya, Kampung ini wujud bermula tahun berapa? dia menjawab, Kg Balung Kokos ini bermula pada tahun 1968.

Saya pun bertanya lagi, apa permasalahan di Kampung ini? Dia menjawab, sejak Kampung ini bermula dari tahun 1968 sehinggah sekarang permasalahan Penduduk Kampung lebih kurang 100 lebih buah rumah tak dapat air bersih.

Dia menjawab lagi, orang kampung mendapatkan air melalui penjualan air dari lori2 tangki dengan harga RM50 setangki yang 400 liter, purata Penduduk kampung membeli air dalam sebulan dari RM400 hingga RM 600.

Saya pun bertanya lagi, apa kah permasalahan kamu tak pernah kamu utarakan dengan YB Abas Ali? dia menjawab, dah muak Penduduk Kg merayu, tapi tak di ambil perhatian oleh YB.

Persoalan nya di sini, Kg Balung Kokos dibawah seliaan MPT Tawau atau dibawah jagaan YB Balung Datuk Abas Ali?, Mengapakah YB Abas Ali membiarkan Penduduk Kg Balung Kokos Menderita? siapakah yang mengangkat Datuk menjadi seorang YB di Balung? tentu lah sebahagiannya dari Penduduk Balung Kokos yang purata adalah Penyokong BN Umno.

Kg Balung Kokos ini wujud sudah 42 tahun, tetapi masih lagi jauh ketinggalan dari kampung-kampung yang lengkap dengan Infrastruktur seperti paip air.
Ada paip pun kalau angin saja didalam buat apa? Orang kampung mau air bah...

Saya berharap YB Datuk Abas Ali mempercepatkan penyambungan paip air sampai ke semua rumah-rumah di Balung Kokos sebelum Penduduk Kawasan Balung menarik balik gelaran YB yang mereka berikan kepada Datuk pada PRU ke11 dan PRU ke 12, pada PRU ke 13 nanti mereka akan tarek balek...

Sekian,

Suara Rakyat Kunak



5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah menjadi YB, jangan pula lupa daratan, ingat, Rakyat Hakim Negara.

Penduduk Balung Kokos Yang Kecewa.

Tanpa Nama berkata...

Ingat lah wahai Pengundi2 Balung, jika permasalahan air tak di ambil perhatian oleh YB Abas Ali, tarik balik YB nya dalam PRU 13.

GADIS SUNTI berkata...

Wahai YB Abas, jangan hanya lena diulit intan dan mimpi?///

GADIS SUNTI

Tanpa Nama berkata...

YB macam YB ABBAS YB tak sedar diri, pulaukan dia, tarik balik gelaran nya di PRU 13.

Pak Pandir

Tanpa Nama berkata...

Nampak gambar nya pun tidur, macam mana dia tahu di Balung Kokos tak ada air, YB pemalas.