Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Jumaat, 5 Mac 2010



Salam, Surat terbuka ini saya tujukan kepada semua Blogger-blogger dan pemilik Facebook, yang di rahmati Allah.

Tujuan saya menulis warkah ini adalah bertujuan sekadar memperingati pada diri saya dan semua blogger dan tuan punya Facebook agar memilih Judul Blog atau Facebook yang sedap dan sesuai ditatap bersama.

Diharap jangan gunakan Nama Binatang untuk menyatakan individu atau organisasi ataupun dalam blog atau facebook anda, kerana negara kita Malaysia dikenali di mata dunia bahawa Malaysia punya 'Rakyat berbudi Bahasa'. Bahasa itu jiwa bangsa.
Begitu juga dengan komentar-komentar yang menghantar ulasan @ komen ke tajuk yang disiarkan dalam blog, mereka (komentar) perlu juga menggunakan bahasa yang sesuai dan elok sebagai menggambarkan yang kita ini punya jati diri. Walaupun sesetengah komentar tidak bersetuju dengan apa yang dipaparkan dalam blog tertentu, namun mereka bebas untuk menyatakan komen tetapi biarlah dengan bahasa yang baik.

Kita harus menghormati para pembaca dari dalam mahupun luar negara yang memerhati blog kita menerusi internet ini.

Saya terpanggil menulis catatan ini kerana apabila saya terbaca catatan sesetengah blog dan Facebook yang menggunakan bahasa kesat dan keterlaluan sehingga menggelarkan manusia sebagai 'haiwan', menyampah membaca blog seperti itu, terus saya tutup blog atau Facebook tersebut.

Sekian, dariku yang ikhlas - Suara Rakyat Kunak.

Tiada ulasan: