Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Khamis, 4 Mac 2010

Tembuni di Sabah, tapi status kerakyatan jadi orang asing?



Surat terbuka ini saya tujukan kepada Datuk Seri Hisamuddin Tun Hussin, Menteri Dalam Negeri.

Surat terbuka ini bertujuan, agar dapat Kementerian yang diterajui Datuk, memberi kemudahan kepada kanak-kanak yang lahir di negeri Sabah, tetapi orang tua kanak-kanak ini mempunyai Passport dan anak mereka memiliki surat beranak, sementara dalam status surat beranak tertulis status Ibubapanya Passport atau Warga asing.

Saya berharap Kementerian Datuk dapat memberi kelonggaran kepada kanak-kanak tersebut untuk mendapatkan Status Kerakyatan Sementara, kerana buat masa ini semua Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Sabah yang dibawah Kementerian Datuk tidak mengiktiraf kanak kanak tersebut untuk mendapatkan Status kerakyatan.

Semua Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Sabah menyeru kanak-kanak tersebut untuk mengambil Passport, apakah kesalahan kanak-kanak tersebut? sedangkan mereka dilahirkan di bumi negeri Sabah, dan tembuni mereka ditanam di negeri ini.

Saya berharap Kementerian Datuk Seri dapat menimbangkan kerakyatan kanak-kanak tersebut, agar mereka dapat menyumbang tenaga untuk mencapai saranan Mantan Perdana Menteri yang kita sayangi Tun Dr. Mahathir Mohamad, agar Rakyat Malaysia mencapai 70 juta penduduk pada masa akan datang.

Sabah ini wujud daripada pergerakan tanah besar seterusnya memisahkannya menjadi beberapa bahagian sehingga wujud dinamakan kepulauan Borneo . Jadi, soal siapa sebenarnya penduduk benar-benar asli di Sabah mungkin sukar dinyatakan secara detail sehingga hak kerakyatan bagi kanak-kanak yang lahir di negeri ini ketika ini dan sebelumnya disisih daripada mendapat hak secara tuntas dan adil.

Untuk pengetahuan datuk seri, negara kita Malaysia dikenali oleh negara jiran sebagai negara prihatin.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan harus ambil perhatian hal ini, demi masa depan anak2 yang tak berdosa.