Gambar : Air Terjun Madai antara tarikan semulajadi anugerah ciptaan Tuhan yang menjadi kebanggan bagi penduduk Kunak
Surat terbuka ini saya tujukan kepada Penduduk Daerah Kunak,
Asalamualaikum dan Salam Sejahtera, terlebih dahulu ingin saya mengambil kesempatan ini agar mungkin ada diantara Penduduk Daerah Kunak, yang tak faham atau pun sengaja tak faham.
(1) Di setiap Daerah mempunyi seorang Yang Berhormat YB yang telah dilantik oleh Pengundi di Daerah Kunak, seperti Datuk Nilwan kabang yang mewakili Parti BN.
Tanggungjawabnya, mewakili Penduduk Kunak untuk memohon kepada Kerajaan Negeri Sabah segala keperluan yang belum dilaksanakan oleh YB yang terdahulu, dari segi Pembangunan di dalam Daerah Kunak.
(2) Di Daerah Kunak juga terdapat Seorang Pemimpin yang bergelar DO (District Officer)atau Majistret iaitu En.Susilo Sumatro, yang menyelia setiap segala, Peruntukan Pembangunan yang telah diperuntukan oleh Kerajaan Negeri kepada Daerah Kunak.
(3) Di setiap Daerah juga mempunyai Ketua Polis Daerah @ OCPD seperti DSP M. Radzali Mahmud, Beliau di pertangungjawabkan untuk mentadbir Balai Polis Kunak kepada anggotanya untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam dari segala jenis Jenayah, Kesalahan jalan raya, Pengedaran Dadah, Penyuludupan Rokok dan semua jenis Judi Haram.
Maka itu kepada Penduduk Daerah Kunak, berilah mereka bertiga itu kekuatan dan semangat agar dapat memajukan Daerah Kunak semuga menjadi Daerah Contoh dari kaca mata Rakyat Malaysia.
Untuk itu, jangan ada diantara Penduduk Daerah Kunak yang mencaci, menghina dan segala macam tomahan kepada Pemimpin yang kita kasihi, semuga Allah memberikan mereka kekuatan dari segi pemikiran agar dapat memajukan Daerah Kunak.
Bab kata pepata menyatakan, Di Mana Bumi Di Pijak, Di Situ Langit Di Junjung.
Di Catat Oleh,
Suara Rakyat Kunak.
2 ulasan:
Ingatan sdr SRK amat berguna dan izinkan saya menambah; Seperti kata pepatah, "Bumi mana tak ditimpa hujan", setiap manusia biasa tidak akan dapat lari dari membuat kesilapan. Yang membuat kesilapan biarlah rela ditegur dan memperbaiki kesilapan itu, yang menegur biarlah berhemah dan bukan mencaci. Semoga Daerah Kunak terus maju dalam keadaan aman damai dan kita semua dapat menikmati kemakmuran fil ardhi wal akhirah.
Sebenar nya KK, saya terpangil untuk menulis agar Pemimpin kita harus di hormati.
Sebab ada di antara Orang kita terlalu mementingkan diri mereka sendiri tanpa memikirkan Orang yang mereka Caci, Hina dan bermacam macam tomahan kepada Pemimpin kita, semuga peringatan ini akan menjadi peringatan kepada Orang kita, belajar menghormati Pemimpin kita, mana lah tahu 1 hari nanti Orang yang mencaci ini jadi Pemimpin, baru lah dia tahu bertapa susah nya jadi se Orang Pemimpin yang di kelilingi dengan Rakyat Jelata.
Catat Ulasan