
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pada kesempatan ini, ingin saya maklumkan bahawa di daerah Kunak tidak ada tempat Pelawat-pelawat dari dalam mahu pun luar negara untuk dilawati atau tempat persinggahan?. Jika Air Terjun Madai jawapannya sahaja, sudah jemuh orang mendengarnya...
Jadi kita berharap kepada sesiapa sahaja yang mempunyi cadangan-cadangan yang berhubung kait dengan tempat-tempat yang boleh dimajukan untuk pelawat-pelawat melawatinya jika datang ke daerah Kunak.
Saya juga diberitahu daripada seorang pemimpin tertentu, sesiapa yang mempunyai cadangan yang boleh diterima pakai oleh Jawatan Kuasa Pemilihan nanti, maka nama yang mempunyai cadangan yang dipilih akan tertulis di sebuah papan tanda di kawasan pembinaan kelak dan wang tunai Rm500. dihadiahkan oleh Suara Rakyat Kunak.
Maka itu marilah kita sama-sama memikirkan apa yang perlu dibuat di kawasan daerah Kunak agar pelancong @ pelawat mahu datang ke daerah Kunak,
Terima Kasih.