Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Khamis, 4 Mac 2010

Astro Hanya Pentingkan Keuntungan?


Pihak Astro hanya pentingkan keuntungan semata-mata, tanpa memikirkan pelanggan yang berdaftar dengan Astro.

Sebagai syarikat penyiaran yang diberi kelulusan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang berdaftar dengan Astro, syarikat itu tidak seharusnya membebankan pengguna!.

Salah satu siaran yang dikurangkan secara culas ialah siaran Astro Aruna di channel 121, jika pelanggan nak melanggan semula dikenakan pula kos penambahan sewa bulanan sebanyak Rm10.00 . Bayangkan, misalnya sewa bulanan pelanggan Astro RM 59.xx , tetapi apabila pelanggan yang meminati saluran 121 Astro Aruna dikenakan tambahan bayaran sebanyak RM10.xx

Astro saluran Aruna 121 sebelum ini merupakan saluran yang diminati ramai bukan sahaja oleh penduduk Kunak malah kawasan-kawasan lain di Sabah dan Malaysia amnya, mungkin?..
Ini suatu bentuk eksploitasi oleh syarikat seperti itu di Malaysia yang telah mengaut untung berjuta-juta ringgit daripada wang rakyat.

Saya difahamkan, di negara luar, tidak ada siaran berbayar diberikan untuk satu syarikat sahaja seperti Astro di Malaysia. Ini bagi membolehkan Tidak wujud eksploitasi dan cengkaman kuasa daripada mana-mana syarikat penyiaran berbayar .

Apakah Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak boleh mengatasi masalah ini demi kepentingan pengguna??.. jika tak boleh, tak payah guna slogan, Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan. Mungkin sesuai gunakan slogan ; Keuntungan Diutamakan, Rakyat Biar Sengsara' disebabkan wujudnya eksploitasi dan kuasa jajahan moden dalam syarikat penyiaran berbayar itu.

Sebagai Rakyat Malaysia saya harus bersuara, jika apa-apa yang Kerajaan buat menyusah dan merumitkan pengguna, kerana Suara Rakyat, Suara Keramat.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Politik harus di ketepikan demi kepentingan Rakyat, kerana Rakyat akan merasa bahang nya. Lupa kan, Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Di Utamakan, Jika Kerajaan tak ambil tindakan kepada Astro yang tamak.