Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Selasa, 2 Mac 2010

Di Tawau tak ada gula, di Nunukan bertaburan gula bersubsidi dari Tawau?


Dimana silapnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Lahad Datu dan Tawau?
(Kawasan Kunak terletak dibawah seliaan KPDNKK Lahad Datu).

Penduduk Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu, amat susah mendapatkan sumber Gula, jika ke kedai runcit pun, kalau ada pun peniaga cuma membenarkan hanya 1 kilo untuk dibeli oleh seorang.

Negara kita telah Merdeka lebih 50 tahun, mengapakah kita masih kekurangan Gula? di mana silapnya Kementerian yang bertangunggjawab menjaga keperluan pengguna? seperti Gula bersubsidi, Tepung Cempaka Bersubsidi, Minyak Makan Bersubsidi dan Beras Bersubsidi.

Di sini saya nak huraikan barang Bersubsidi di Tawau amat susah sekali diperolehi.

1. Gula Bersubsidi, Tepung Cempaka Bersubsidi, saya hanya ceritakan di Bahagian Pantai Timur, amat susah sekali untuk mendapat Gula Bersubsidi, tetapi cuba anda meninjau ke Nunukan Indonesia, mungkin anda terkejut, sebab Gula Bersubsidi dan Tepung Cempaka Bersubsidi dari Malaysia bertaburan dijual di Nunukan, lagi pun di sana tidak pernah kehabisan Gula seperti kita di Sabah. Adakah penyeludupan gula masih berlaku di perairan kita? Dimana Kastam?

Mengapakah Barang Bersubsidi ini boleh lolos sampai ke Nunukan? sedangkan Pegawai Kementerian KPDNKK memeriksa dengan teliti setiap peruncit yang datang membeli Gula di tempat yang diKhaskan peruncit membeli Gula di Tawau.

Kalau anda nak tahu, Gula bersubsidi ini dapat sampai ke Nunukan Indonesia, broker-broker Gula ini menyalin Gula tersebut ke dalam karung baja, Gula yang telah disalin ke karung baja diangkut dari satu tempat kemudian dihantar ke belakang Supermaket Tai Yun Tawau atau Kedai Don Pen.

Di belakang kedai tersebut lah broker-broker ini berurusniaga dengan pembeli dari Nunukan, broker-broker ini menggunakan Lori-lori kecil Kontena untuk mengangkut Gula tadi menghantarnya ke belakang Supermaket Tai Yun dan Kedai Don Pen untuk berurusniaga.

Yang menghairankan, mengapa pihak yang dipertangunggjawabkan tidak tahu hal ini, mungkinkah mata mereka sudah ditutup dengan kertas yang bernilai? mungkin juga.

Tapi kalau anda tidak percaya, ikuti episod broker-broker ini pada hari Sabtu akan datang, saya berharap anda sebagai pengguna berhak 'menangkap' mereka dan hantar ke Balai Polis yang terdekat, jangan tunggu Pegawai Kementerian terbabit untuk bertindak, kerana mereka mungkin tidak nampak episod ini?, maklumlah mata sudah ditampal dengan Kertas yang bernilai .


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini lah masallah nya penguatkuasa, saya rasa lebih baik semua subsidi di tarik balik, bagi saja Rakyat wang tunai, dari hasil Minyak Petronas, Rm 84 Belion, setiap Rakyat Malaysia akan dapat Rm 750 se bulan. Daripada Robet Kok saja yang kaya raya mengumpul wang hasil Gula Rm42 Bilion. Rakyat cari gula pun susah. Malaysia bukan Kerajaan bersubsidi, tetapi Kerajaan KUKU BESI?