Surat terbuka ini saya tujukan kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, (SPR). Sebagai Pengundi, saya berhak memberi pandangan yang bernas. Setiap Parti Politik yang di luluskan oleh (ROS) mempunyai Presiden masing-masing. Setiap Calon yang hendak bertanding mestilah di sahkan oleh Setiausaha Agung Parti masing-masing?. Setelah selesai semua, barulah di hantar kepada SPR untuk penamaan Calon, dengan seorang Pencadang dan seorang Penyokong.
Jika pada masa itu dalam tempoh bertenang tidak ada bantahan dari mana-mana pihak, atau tidak ada sebarang surat-menyurat yang diragui maka sah lah Individu itu menjadi Calon DUN ataupun Parlimen yang memewakili Parti masing-masing. Di dalam Pilihan Raya, seorang Calon mestilah mewakili Parti masing-masing, barulah Calon itu di iktiraf oleh SPR menjadi Calon. Amat susah sekali untuk menjadi Calon untuk bertanding, melobi sana, melobi sini, bagi wang sana, bagi wang sini, itu pun belum tentu dapat jadi Calon. Persoalannya di sini, mengapa kah SPR jika seorang Calon yang sudah menang dalam pilihan Raya mewakili Parti yang diikutinya, mudah saja melompat Parti?, sedangkan ketika mula mereka hendak menjadi Calon merujuk kepada Setiausaha Agung Parti masing-masing.
Pandangan saya sebagai seorang Pengundi, Undang-undang lompat Parti harus di perketatkan, demi menjaga hati Pengundi kerana berdasarkan telitian saya mendapati Pengundi yang turun mengundi banyak faktor2 yang mereka (Pengundi) nilai sebelum mengundi seseorang calon antaranya: mungkin mereka akan melihat dari sudut tertentu seperti ; 50% Lambang Parti, 30% dari aspek diri Calon yang bertanding dan 20% Peruntukan untuk pergi mengundi. Untuk memperbaiki kewibawaan SPR saya cadangkan, setiap Calon yang melompat Parti harus di senarai hitamkan menjadi Calon untuk selama-lamanya sebagai 'bentuk peraturan' supaya mereka tidak wewenang untuk melompat walaupun pada dasarnya alasan yang sering diberikan oleh 'pelompat' itu ialah kerana DEMOKRASI kononnya ?. Kawasan DUN atau Parlimen yang mereka tandingi harus di kosongkan dan diadakan Pilihan Raya kecil semula demi menjaga hati Pengundi, dan Rakyat nampak keberkesanan Demokerasi yang sebenar wujud di Bumi Malaysia yang kita cintai. Untuk pandangan saya yang terakhir, SPR adalah amanah yang dipertangungjawab sebagai 'Hakim' di dalam Pilihan raya dan semua YB-YB yang telah menjadi Calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti masing-masing.
Di dalam Hadis ada menyatakan, jika kita telah di lantik untuk memutuskan sesuatu amanat yang di beri kepada kita. kita kenalah Adil, dan jika kita tidak dapat memutuskan maka hendaklah kita bermusyawarah, Jika kita tak sanggup di Hukum di Alam Akhirat maka jalankanlah amanat yang di beri dengan seadil-adil nya.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan