Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Jumaat, 19 Februari 2010

25% Royalti Hasil Minyak Sabah?

'Surat terbuka' ini saya tujukan kepada Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman dan semua wakil-wakil rakyat di semua DUN di Sabah. Saya sebagai rakyat Sabah berhak memberi pendapat kepada anda semua, walau pun anda semua bergelar YB, kerana anda semua telah 'dilantik' oleh rakyat Sabah untuk menyampaikan amanat rakyat Sabah.

Negeri Sabah telah 50 tahun merdeka daripada Malaysia, tetapi masih lagi mendapat hasil minyak 5% dari Kerajaan Persekutuan. Yang ingin saya maklumkan di sini ialah, Royalti minyak sebanyak 5% yang diberi daripada Kerajaan persekutuan tidak cukup untuk Rakyat Sabah, Sedangkan harga barang dan minyak tiap2 tahun naik. Saya berharap kepada Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman dan YB nya semua yang berhikdmat untuk Rakyat Sabah, memohonlah kepada Kerajaan persekutuan sebanyak 25% Royalti hasil minyak Sabah. Saya tahu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak adalah Pemimpin yang berjiwa Rakyat, mendahulukan Rakyat daripada VIP.

Jika anda semua hanya berdiam diri tanpa memohon 25% Royalti minyak kepada Kerajaan Persekutuan, maka Rakyat Sabah akan menghukum anda semua di PRU ke 13. Ingat, (RAKYAT HAKIM NEGARA), Rakyat boleh melantik dan menjatuhkan Pemimpin. Untuk diambil perhatian, Sabah adalah Negeri yang terkaya dengan hasil buminya, tetapi 'Negeri Sabah negeri yang paling mundur di antara negeri-negeri di Malaysia. Di mana silapnya? jangan cari Rakyat di waktu Pilihan Raya sahaja, dekatilah rakyat sepanjang masa, agar rakyat senantiasa mengenang jasa anda yang bergelar YB, (Yang Berhormat). Jadi lah Pemimpin berjiwa Rakyat.

Tiada ulasan: