Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Suara Rakyat Kunak ( Google+ Followers )

Ahad, 21 Februari 2010

GERAN TANAH DILULUSKAN MELALUI PINTU BELAKANG JABATAN TANAH NEGERI SABAH?


Surat "terbuka ini" saya tujukan kepada Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Datuk Osman Hj.Jamal. Perkara yang ingin saya ajukan ialah, Kes Tanah di Sungai Koyah Kinabatangan. Pada tahu 1995 saya Djapri Kudosat PT .95091799. Mahran Japar Ketua Peserta PT. 95091797. Arifin Ganing PT. 95091803. Rosmine Mohd Farhan PT. 95091798. Raona Mattu PT. 95091802. Rudi Hj Raona PT. 95091801 telah Memohon Tanah Kerajaan di Sungai Koyah Kinabatangan pada tahun 1995. Bil Tuan. LOKM/243/14. Bil Kami.JUDS/PT.95091797-1803/22. MNR.133/130/31 Vol.118/51. Ulasan daripada Penolong Pemungut Hasil Tanah Kinabatangan Iman Bin Ali, sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Tanah Tuan telah di bawa dalam mesyuarat JKPT Ke 3/97 dan keputusannya di tangguhkan untuk ulasan semula dari Jurukur Daerah Sandakan, sedangkan ulasan dari Jurukur Sandakan En. Mohd Amin Hj Laihi, tanah yang kami pohon adalah masih tersedia 46 Hektar.

Pegawai Pertanian Kinabatangan telah mengesahkan, bahawa tanah yang di pohon 100 ekar sesuai untuk tanaman sawit Rujuk. JPKK : 600-1/1/Vol.3/266. Percanggahan laporan Jurukur Daerah Sandakan Bil JUDS/PT 95091/97-1803/22 bertarikh 12/3/01 kepada kami 6 Peserta dengan tarikh OFFER TO ALIENATE LAND di keluarkan pada 20 Oktober 2000 kepada Laila Hj.Kamlun dan 3 Peserta lain oleh Jabatan Pengawas Tanah dan Ukur, Kota Kinabalu.

Persoalannya, pada tahun 1998 En Laila Hj Kamlun PT.98093904 (Ketua peserta) bersama, Hang Mui Lan PT. 98093905. Fan Ka Mei PT. 98093906. Chang Nyok Piew PT. 98093907 memohon 180 ekar Rujuk. PTDKN. 600-2/606 . Pada tahun 2000 Geran tanah mereka telah dikeluarkan oleh Jabatan Tanah Kota Kinabalu. Hanya 2 Geran yang saya dapat kesan Chang Nyuk Piew CL. 095332675. Fan Ka Mei CL. 095332666 dan 2 Geran lagi tak dapat dikesan. Persoalannya disini, mengapakah kami memohon PT pada tahun 1995 dan mereka memohon PT 1998 mereka pulak yang dapat Offer pada tahun yang sama?. Yang saya ketahui, Geran yang mereka dapat melalui pintu belakang Jabatan Tanah.
Saya berharap Pengarah Tanah dan Ukur Kota Kinabalu Datuk Osman Hj Jamal dapat menyelesaikan perkara ini, dan mengembalikan tanah tersebut kepada yang berhak. Untuk makluman Datuk, penama itu - En. Laila Hj Kamlun telah dijadikan jambatan oleh pesertanya berbangsa Cina, tetapi ada pegawai Jabatan Tanah yang terlibat dalam hal ini. Jika perkara ini tidak di ambil tindakan saya akan merujuk perkara ini kepada Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Didalam Hadis ada menyatakan, jika seorang Ketua Pemimpin mengetahui orang dibawah kepimpinannya tak amanah, lalu dia tak ambil tindakan, maka sama-samalah mereka menjawab di Akhirat kelak. Wassalam

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Susah kalau Pemimpin suda di kuasi RM