Surat terbuka ini saya tujukan kepada Editor SabahKini Mutalib MD. Saya 'Suara Rakyat Kunak' sama sekali tidak setuju dengan tajuk menamakan Polis sebagai Anjing. Walaupun secara umumnya anda fikir SabahKini tidak terlibat dalam hal ini, tetapi pada dasarnya Anda bertangung jawab. Anda, Mutalib MD mungkin bertanya mengapa saya terlibat? Saya jawab, sebab orang yang bernama Jefree Jinol dan Pardan Singh menyangkal sekeras-kerasnya tentang apa yang tersiar di SabahKini memanggil Polis Anjing dan semua perkataan yang tak sedap didengar dari bacaan umum.
Yang ke 2 kenyataan dari Wartawan Kunak, menyangkal sekeras-kerasnya atas tuduhan Polis banyak buang masa di kedai kopi dan tak berdisiplin?. Saya sendiri menelipon Ibrahim Tabir yang menyatakan SabahKini yang mungkin menambah sikit crita untuk menjatuhkan maruah Polis Kunak?
Yang ke 3, Orang yang bernama Pardan Singh dan Jefree Jinol ada di Kunak selepas keluar dari penjara mereka tak pernah ke mana-mana, apa lagi muka Mutalib MD pun mereka tak kenal. Kalau Pardan Singh dia tinggal di rumah saya, dia tak pernah pergi Lahad Datu. Dia kata dia diperkudakan oleh seseorang yang tak bertangungjawab menjadi kuda. Persoalannya disini, mengapakah Editor SabahKini.Net tidak mengedit apa yang baik atau pun yang tak baik dibaca dari pandangan umum?. Mengapa ka SabahKini tak siasat dulu apakah betul nama orang yang memberi maklumat, sama dengan orang yang pemberi maklumat? Janganlah kita menjatuhkan nama orang lain tanpa usul periksa.
Ingat, Memfitnah, mengaibkan dan menjatuhkan nama seseorang dan mengubah nama Manusia dengan nama Binatang tidak akan mencium bau Shorga. Jangan pandang remeh kepada pihak Polis, sebab atas nama Polis, tanpa Polis Negara kita Malaysia takkan Aman seperti sekarang ini. Jangan hanya nak memanaskan Ruangan Sabah Kini, Polis jadi mangsa. Fikir-fikir kan lah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan