Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Isnin, 22 Februari 2010

'AYAM PEROMPAK GUNA KASUT' .


Sebagai sebuah bandar yang telah dinaik taraf menjadi Bandaraya Kota Kinabalu di Sabah, terdapat satu tempat yang di panggil Kg Air. Kg Air adalah tempat persinggahan biasa bagi orang-orang yang datang dari Pantai Timur Sabah. Di Kg Air hotel-hotelnyanya selalu saja dipenuhi dengan pengunjung yang datang dari luar kawasan. Keistimewaan Kg Air pada waktu malam terlalu ramai 'AYAM PAKAI KASUT' berkeliaran mancari mangsanya. Macam2 gelagat AYAM ini buat untuk mencari mangsa terutama di belakang MayBank Kg Air?. Ayam di situ, 'Ayam perompak, Bapak-bapak Ayam di situ menggunakan Ayam yang masih muda-muda @ low-fresh, ada yang belum tumbuh putingnya. Tetapi itu hanyalah di gunakan untuk memikat Lelaki yang nampak Loaded?. Pada suatu malam, lebih kurang jam 12 malam, saya bertemu seorang yang baru saja pulang dari tempat 'ayam-ayam' itu memeras ugut.

Saya bertanya, "kenapa Om?",
dia jawab, "Dompet, telepon dan wang habis kena kebas dengan sindiket Ayam-ayam yang berkeliaran di belakang Maybank Kg Air", jawab si Om.
. Saya tanya dia semula , "mengapa boleh jadi begitu?,
Dia menjawab, waktu dia lalu dekat ayam-ayam di situ, dia pun di tawarkan dengan harga murah Full Servis Rm20.00, apa lagi dia cakap, mana ada buaya lapar tolak bangkai. Lepas itu dia pun di bawa ke lorong bangunan, sampai di pintu bangunan, dia pun terus naik, sampai saja di tingkat dua bangunan, dia lihat ramai lelaki seperti Penagih yang menakutkan. Lepas itu, dia pun dipelawa masuk oleh Ayam ke se buah bilik gelap, mau tak mau, terpaksa masuk. Katanya si Om pada saya, didalam bilik ada 1 kotak kayu tempat letak pakaian, dan sebuah katil busuk. Dia cakap ayam itu pandai, dia cuma urut-urut saja, lepas itu ada yang mengetuk pintu, saya tanya kenapa, ayam itu jawab nak ambil kondom.

Pada waktu yang sama, rupa2 nya Dompet dan Telepon bimbit dah kena kebas, ada orang yang bersembunyi di dalam kotak kayu tempat letak pakaian. Dia cakap lagi ayam tadi yang mengatakan nak ambil kondom tak muncul tiba. Lepas itu, masuk seorang lelaki, mengatakan, ayam tadi suda pulang, suaminya panggil.
Baru lah si Om tahu kehilangan semua barangnya sesudah ia turun dari bangunan tempat Ayam tadi. Rupa2 nya si Om cakap, ayam-ayam yang bekeliaran dengan Bapa ayam di belakang Maybank semuanya Perompak?. Saya tanya dia, mengapa tak buat laporan Polis, dia cakap kau gila kah, malu lah aku.

Dia cakap tak ada wang nak makan dan menginap, dengan rasa simpati, saya pun menghulurkan Rm50 untuk kegunaannya pada malam itu. Dia cakap dengan saya, tolong kasi tahu kawan-kawan jangan terpikat dengan ayam-ayam Perompak di belakang Maybank.

Dengan iktibar ini, saya menyeru kepada pasukan cegah Maksiat, pihak Jaheins, Polis Anti narkotik dan Pasukan Pencegah Jenayah Kota Kinabalu untuk menyerbu tempat ayam-ayam Perompak itu.

2 ulasan:

Pak Runa berkata...

Ishhk...Pemurah sangat ngko, Yong. Jangan-jangan si "Om" tu pun, kaki tipu juga. Dia buat-buat cerita tarik simpati. Melayang ngko punya "pelantar minyak" kalau bukan "pokok kelapa sawit".

kunakpress.blogspot berkata...

Ayam, bermacam ayam...
ada-ada saja...