Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Rabu, 24 Februari 2010

KELULUSAN GERAN TANAH KOPERASI TINGKAYU IKUT PINTU BELAKANG?


Part (1)
Bermulanya sejarah Koperasi Tingkayu ini, yang dipengerusikan oleh Hj Mangkuator dan rakannya Hj.Kalakam. Pada masa dipohon Koperasi Tingkayu ini lebih kurang dalam tahun 1970-an ketika itu atas nama Koperasi, mereka memohon Tol untuk memungut kayu Balak, di sebabkan kawasan itu banyak spesies kayu kertas yang berharga!. Setelah selesai kerja-kerja pemungutan kayu pada penghujung 70-an, kawasan itu terbiar.. Oleh kerana kawasan itu adalah tanah Kerajaan, maka masuklah sekumpulan pekebun-pekebun dari Daerah Kunak yang di ketuai Hj.Ramli, Hj.Awang dan Hj.Kalakam dalam tahun 1981 (kalau saya tidak silap) . PT - Permohonan Tanah yang pekebun-pekebun kecil pohon adalah sah melalui Jabatan Tanah Kunak, ADO Kunak pada masa itu Edwin Bolingin orang yang tersenarai namanya dalam pekebun kecil Tingkayu. Hari demi hari makin bertambahlah ahli pekebun Kecil Tingkayu untuk mengusahakan tanaman Sawit.

Dalam waktu pembesaran sawit pekebun-pekebun kecil, maka Pengerusi Koperasi Hj.Mangkuator mungkin setiap hari ulang-alik dari Kunak ke Lahad Datu. Kalau hari-hari ulang alik dia mungkin melihat kawasan yang dipohonnya dulu untuk membalak kini dipenuhi dengan kelapa sawit, terbukalah hatinya untuk menukar Permohonannya dari Tol membalak ke Pertanian di kawasan Koperasi Tingkayu itu. Tetapi ini tidak mungkin boleh terjadi tanpa sokongan dari Taukey kaya. Pada masa yang sama, muncullah seorang taukey yang bernama Lee Chu Peng menawarkan diri untuk membeli kawasan yang bernama Koperasi Tingkayu dengan keluasan 3311 ekar dengan harga Rm 300.00 seekar.

Dalam pengetahuan saya, pembayaran dibuat mengikut peratus pengurusan di Jabatan Tanah dan Ukur, Kota Kinabalu. Pada waktu pengurusan, ada seorang YB (Yang Berhormat) kawasan Silam yang terlibat pada masa itu untuk mendapatkan kelulusan Tanah Koperasi Tingkayu. Para pekebun kecil hanya mengharapkan ketua mereka untuk mendapatkan kelulusan melalui saluran yang betul, seperti mengharapkan Bulan Jatuh Ke Riba.
Setelah kuasa Wang berjalan maka diluluskan Permohonan Koperasi Tingkayu untuk pengukuran. Maka si taukey yang membeli tadi membayar wang pengukuran untuk mendapatkan Geran atas nama Koperasi Tingkayu yang di pengerusikan Hj.Mangkuator. Didalam kelulusan pengeluaran Geran Koperasi Tingkayu , maka taukey yang mengeluarkan wang tadi ada masalah pembelian?, kerana koperasi Tingkayu tidak boleh dijual. Maka terlibatlah lagi seorang YB itu yang saya maksudkan tadi yang menjawat jawatan sebagai Setiausaha Parlimen kementerian di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi ketika itu untuk mengeluarkan surat dari jabatan tertentu - yakni surat yang bermaksud, Koperasi Tingkayu boleh dijual?. Surat Boleh dijual dengan nilai surat RM 5 Juta?. Tetapi masalah masih ada, kerana Koperasi memerlukan Ahli, maka sibuklah Setiausaha Koperasi ketika itu yang bernama Cikgu Wahab membuat sijil dan mencari nama-nama Ahli untuk disenarai dan dimasukkan atas nama Koperasi Tingkayu. Walaupun jualan Koperasi Tingkayu Rm300.00 ia melebihi dari jangkaan. Maka si taukey yang mula-mula membeli tadi menjual Koperasi Tingkayu kepada seorang lagi taukey dari Semenanjung dengan harga Rm1,000.oo seekar?

Waktu dah menunjukkan jam 3 pagi maka saya akan mengupas semua pembohongan Koperasi Tingkayu pada tulisan yang akan datang, agar kebenaran memihak kepada Pekebun-pekebun Kecil Tingkayu?

Tiada ulasan: