Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Suara Rakyat Kunak ( Google+ Followers )

Sabtu, 19 Mac 2016

Sejarah Silam Sabah: Kaitan Dengan Tuntutan Kesultanan Sulu

Sejarah Silam Sabah: Kaitan Dengan Tuntutan Kesultanan Sulu

Hanya bahagian berwarna hijau dalam peta ini yang pernah berada di bawah kekuasaan Kesultanan Sulu dan Malaysia patut menghentikan bayaran RM5000.00 setahun kepada waris-waris Sultan Sulu kerana kesultanan ini sudah pupus.

Bahagian Sabah yang pernah berada dalam Kesultanan Sulu ialah bahagian timur sahaja, khususnya bahagian dari Sungai Pandasan di barat laut hingga Sungai Sibuku di selatan.

Hanya bahagian timur Sabah saja dalam peta ini yang terlibat dalam tuntutan Filipina atau tuntutan waris-waris Sultan Sulu ke atas Sabah. Apabila Sultan Sulu pajak wilayahnya di Sabah pada Baron Von Overbeck pada 1878, hanya bahagian timur saja yang terlibat kerana bahagian itu saja milik Kesultanan Sulu.

Sehingga 1658, seluruh Sabah adalah milik Kesultanan Brunei. Sultan Brunei menyerahkan bahagian timur Sabah pada Kesultanan Sulu pada 1658 sebagai ganjaran untuk Sulu kerana membantu Brunei mematahkan satu pemberontakan di Brunei.

Pada 1878 pula, Kesultanan Sulu pajak bahagian timur Sabah kepada Gustavus Von Overbeck, seorang rakyat Austria. Pajakan ini dibuat melalui sebuah syarikat milik Alfred Dent, rakan kongsi niaga Von Overbeck, dan kemudian melalui Syarikat Borneo Utara British.

Untuk pajakan ini, Syarikat Borneo Utara British bayar RM5000.00 setahun pada Sultan Sulu. Pada 1885, Britain, Jerman dan Sepanyol menandatangani Protokol Madrid yang mengikitiraf kedaulatan Sepanyol di seluruh Kepulauan Sulu dengan syarat Sepanyol menarik semua tuntutan ke atas Borneo Utara.

Pada tahun 1888, Sabah sepenuhnya menjadi tanah lindungan Britain. Kesultanan Sulu pula pupus pada 1917, di era penjajahan Amerika di Filipina yang turut meliputi Kepulauan Sulu. Dengan kepupusan ini, Kesultanan Sulu sudah tidak wujud.

Yang wujud hanya bekas Sultan, yakni orang yang menjadi Sultan Sulu terakhir sebelum kesultanan ini pupus. Sultan terakhir Sulu mati pada 1930-an dan British menghentikan bayaran pajak. Sabah diserap dalam Malaysia pada 1963 melalui pembentukkan Malaysia.

Filipina dan Indonesia menentang pembentukkan Malaysia. Indonesia melancarkan konfrontasi. Filipina pula secara rasmi memulakan tuntutan ke atas Sabah pada 1962, setahun sebelum Malaysia. Beberapa calon sultan dicari untuk diistiharkan sebagai Sultan Sulu bagi membolehkan Filipina tuntut Sabah bagi pihak Kesultanan Sulu yang pupus.

Namun, Filipina sendiri tidak pernah berhasrat untuk mewujudkan semula Kesultanan Sulu. Jika Filipina mendapat Sabah sekalipun, ia sekadar akan menjadi wilayah baru Filipina tetapi Kesultanan Sulu tetap tidak akan diwujudkan. Sultan Sulu hanya relevan pada Filipina sebagai alat menuntut Sabah tanpa sebarang niat pada Filipina untuk mewujudkan semula kesultanan ini.

Malaysia sepatutnya berhenti membayar RM5000.00 setahun pada waris Sultan Sulu kerana kesultanan ini sudah pupus dan Sultan terkahir sudah mati. Sekarang ini ada 60 orang yang mengaku mereka Sultan Sulu, semata-mata hanya untuk tuntut Sabah demi kekayaannya.

http://one-kotabelud.blogspot.my/2013/03/sejarah-silam-sabah-kaitan-dengan.html?m=1

Tiada ulasan: