Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Suara Rakyat Kunak ( Google+ Followers )

Jumaat, 18 Mac 2016

Pemerintah yang zalim adalah dari Pengundi yang zalim & jahil.

Pemerintah yang zalim adalah dari Pengundi yang zalim & jahil.

Hari ini di seluruh dunia hampir semua pemimpin dan pemerintah sama ada dari kalangan Muslim atau non Muslim naik berkuasa melalui pilihanraya.Iaitu melalui pengundian yang dilakukan oleh rakyat.Mana mana pemimpin yang mendapat lebih undi samada dia itu seorang yang baik atau jahat, dia lah naik jadi pemerintah untuk Negara tersebut.Bererti dalam sistem pemilihan ideologi barat berasaskan demokrasi terbuka, rakyat lah yang menentukan samada mereka mahu memilih pemimpin dan pemerintah yang baik atau yang jahat.

Realiti nya apa yang kita lihat, di peringkat persatuan, jemaah, parti,kampong, daerah, negeri ,negara dan dunia (PBB & IOC?) yang naik adalah pemimpin yang jahat atau yang kurang baik.Walhal bukan tidak ada pemimpin yang baik baik.Tetapi pemimpin yang baik tidak terpilih.

Apa sebab nya? Sebab majoriti rakyat dunia hari ini sudah tidak baik.Kalau adapun mereka kaum minoriti.Mana boleh pemimpin yang baik naik kalau majoriti rakyat yang mengundi jahat jahat belaka? Pada logik akal ada benarnya.Contoh, rakyat yang penipu akan pilih pemimpin yang penipu.Rakyat yang perasuah akan pilih pemimpin yang rasuah.Rakyat yang perompak akan memilih pemimpin yang perompak (merompak harta rakyat).Rakyat yang kaki maksiat yang suka ketempat maksiat akan pilih pemimpin yang serupa perangai macam dia.Sudah tentu dia tak akan pilih pemimpin yang berkopiah dan berserban yang kaki masjid .

Benar kata kata ulama bahawa “pemerintah yang jahat adalah untuk rakyat yang jahat”.Sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: “Jika sekiranya penduduk (rakyat) sesebuah negeri/negara itu benar benar baik (bertaqwa), pasti Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi tetapi mereka telah mendustakan ayat ayat Kami maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatan mereka sendiri” (al Quran Surah Al’Araaf ayat 96).

Maka kalau rakyat sesebuah Negara mempunyai pemerintah yang jahat maka kena kembalikan persoalan ini kepada rakyat .Siapa yang memilih pemimpin dan pememerintah yang zalim itu?

Tiada ulasan: