Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Selasa, 15 Mac 2016

Mahathir bagi sebab kenapa Najib Tak Layak jadi PM.

Mahathir bagi sebab kenapa Najib Tak Layak jadi PM.

Nampak lawak dan sangat pelik bila orang yang paling tak suka pada Presiden UMNO dan Perdana Menteri tercongok didepan pentas untuk mendengar ucapan di Perhimpunan Agung UMNO.

Nak kata dia muka tak malu, nanti meroyan pula sekalian macai penyembahnya. Nak dikatakan orang tua tak sedar diri, nanti habis histeria pula kaki-kaki ampu yang siang malam meratib memuja nama beliau.

Yang lawaknya ialah, orang tua tu kata Najib Razak tak layak jadi Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri. Habis tu.., siapa yang layak? Muhyiddin? Shafie Apdal? Mahfuf Omar? Ataupun yang layak cuma wujud dalam imaginasi liar sang mantan sahaja?

Kalau nak ikutkan, semuanya dikatakan tak layak menjadi Perdana Menteri. Yang paling layak hanyalah satu-satunya manusia istimewa dan lagi barokah iaitu tak lain tak bukan ialah dirinya sendiri. Nampak tak permainan orang tua ni disitu?

Mungkin lepas dia mati, baru ada manusia lain yang kurang barokah untuk dilantik jadi Perdana Menteri Malaysia serta Presiden UMNO. Tapiiii..., orang tu hanyalah Mukhriz Mahathir. Selain daripada tu semuanya tak layak juga. Tak percaya pergi tanya orang tua tu sendiri ye.

Mantan Presiden tu kata Najib tak layak jadi Perdana Menteri bukannya kerana dia tak suka Najib.., cuma dia kata macam tu sebab dia nakkan jawatan tu untuk diberikan pada proksinya. Ye lah.., Najib susah nak ikut cakap dia.. Suruh buat Jambatan bengkok.., taknak. Suruh bagi duit kat Proton.., tak nak. Suruh hentikan bantuan BR1M dan bagi duit pada kroni.., pun taknak!

So.., orang yang tak ikut cakap mantan Mamak Bendahara tu memang la tak layak jadi Perdana Menteri. Bagi Mamak Bendahara, yang boleh dicocok hidung serta yang tunggul kayu saja mampu jadi Perdana Menteri dengan jayanya.

Eloklah pun bila Perwakilan dari P.Pinang kutuk mantan Presiden secara depan-depan semasa PAU semalam. Tapi rasanya orang tua tu takkan terasa punyalah.. Maklumlah dah tuaa.., kulit pun dah liat dan processor pun dah slow.. Confirm dia tak peduli punya selagi apa yang dia nak tak dapat.. - Big B/Utaranews.com

http://www.utaranews.com/2015/12/mahathir-bagi-sebab-kenapa-najib-tak.html?m=1

Tiada ulasan: