Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Isnin, 21 Mac 2016

Kelemahan Najib Razak Sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO?

Kelemahan Najib Razak Sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO?

Dilihat terlalu banyak skandal sepanjang menjadi Perdana Menteri Malaysia
Terlalu senyap dalam banyak isu yang berbangkit dan tidak dapat jawab sesuai dengan kapasiti sebagai Perdana Menteri sebuah negara yang sepatutnya mesti berani berhadapan dengan sebarang persoalan dengan rakyat atau sesiapa sahaja.
Ketika Najib Razak pimpin Malaysia, hari ini media dan akhbar luar negara melabelkan Malaysia “The Most Corrupt Country In The World” sedangkan ketika Mahathir bersama-sama Anwar Ibrahim memimpin Malaysia di era 90an, telah berjaya menagngkat Malaysia menjadi “Harimau Asia” dalam ekonomi bersama Singapura, Korea Selatan
Ada lagi mahu tambah?
Sambungannya boleh semak paparan tulisan Chedet di bahagian atas
P/S : Rupanya bagi bagi pendapat seoarang menteri ________
Soal pembunuhan tanpa motif, soal kerugian syarikat pelaburan kerajaan, soal berbelanja mewah di saat rakyat hidup susah adalah berkait rapat SOAL DALAMAN UMNO SAHAJA. Jadi, ia hanya perlu diselesaikan dan bincang sesama mereka sahaja secara dalaman dan tertutup. Kata Menteri Malaysia. Ermmmm….

PP/S : Ada juga mengatakan jikalau kritik kerajaan disamakan usaha jatuhkan kerajaan. Pemikiran apakah yang cuba ditunjukkan sekarang ini?

PPP/S : Sementara di luar sana kritikan bertali arus dari Daim Zainuddin, Kadir Jasin, Mahathir Mohamad dan yang lain-lain, Datuk Seri Najib Tun Razak sangat tenang di Seri Perdana. Mengecapi kejayaan kerjaya dan bebas kewangan atas usaha bertahun dalam politik.

Tiada ulasan: