Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Suara Rakyat Kunak ( Google+ Followers )

Selasa, 22 Mac 2016

ANWAR TARIK BALIK SAMAN RM100 JUTA SELEPAS NALLAKARUPPAN

ANWAR TARIK BALIK SAMAN RM100 JUTA SELEPAS NALLAKARUPPAN DAKWA MEDIA PUTARBELITKAN KATA KATANYA

Bekas pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim tarik balik saman fitnah RM100 juta terhadap Presiden Parti Bersatu India Malaysia S Nallakaruppan

Anwar, yang mewakili dirinya sendiri, berkata dia bersetuju untuk menarik diri selepas Nallakaruppan menafikan membuat kenyataan kontroversi itu , dengan mendakwa bahawa kata-kata beliau telah diputarbelitkan oleh media.

Anwar juga berkata beliau gembira kerana dakwaan bahawa beliau adalah pengkhianat seperti afidavit oleh Penolong Pesuruhjaya Kanan Musa Hassan telah dinafikan oleh Nallakaruppan.

Terdahulu, ketika disoal Anwar (mewakili diri sendiri), Nallakaruppan berkata 30 anggota polis menyerbu rumahnya pada 31 Julai, 1998 dan merampas pelbagai barangan.

Anwar secara berseloroh menyoal mengapa ini berlaku sedangkan "awak bukan pengganas IS”.

Nallakaruppan berkata polis mahu mencari bukti bahawa beliau telah meminta maklumat daripada Timbalan Perdana Menteri (Anwar) untuk diberikan kepada kerajaan asing.

Anwar: Adakah dakwaan ini benar?

Nallakaruppan: Tidak, ini tak benar kerana saya tidak mahu kaitkan rakan saya (Anwar) kerana saya juga diugut untuk membuat pengakuan ini atau saya akan diletakkan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Untuk ini, saya ditahan selama 38 hari.

Anwar: Apa yang berlaku sepanjang 38 hari tahanan?

Nallakaruppan: Polis cuba paksa saya untuk tandatangani kenyataan kosong dan mahu saya mengakui bahawa saya bertindak untuk negara asing dan Anwar menyediakan saya dengan maklumat. Anwar tidak memberikan apa-apa maklumat dan saya enggan buat kenyataan palsu atau menandatangani dokumen kosong itu.

Anwar kemudiannya mencelah "awak seorang yang sangat berani" dan ini diikuti gelak ketawa di dalam bilik mahkamah.

Anwar: Adakah awak sedar ada satu afidavit oleh SAC II tan Sri Musa Hassan yang kemudiannya menjadi ketua polis negara yang mendakwa bahawa awak (Nallakaruppan) memberi saya RM60 juta.

Nallakaruppan: Saya tidak tahu. Mereka ugut saya dengan ISA, (tetapi) saya tak berganjak untuk kaitkan Anwar.

Tiada ulasan: