Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Khamis, 11 Februari 2016

PKR Sarawak rayu semua kaum Dayak supaya mengundi Pakatan Harapan untuk Pilihanraya Negeri Sarawak ke 11 akan datang.

PKR Sarawak rayu semua kaum Dayak supaya mengundi Pakatan Harapan untuk Pilihanraya Negeri Sarawak ke 11 akan datang.

Tiba masanya masyarakat Dayak di negeri ini bermain politik seperti mana kaum-kaum lain, kerana sistem dua parti telah wujud untuk rakyat membuat pilihan.

Justeru, PKR Sarawak merayu agar kaum Dayak memberi peluang kepada gabungan Pakatan Harapan (PH) untuk jadi parti pemerintah.

“Fikirkan tentang gambaran masa hadapan yang lebih besar .

“Ramai orang Dayak telah mengundi Barisan Nasional (BN) selama 52 tahun, namun tiada apa yang berubah,” katanya

PKR Sarawak memuat naik rayuan tersebut menerusi akaun Facebook “PKR Sarawak” pada selasa.

Dalam kenyataan tersebut, PKR Sarawak turut memberi jaminan hak kaum Dayak akan dipertahan jika PH diberi peluang untuk memerintah.

“Berilah kerajaan Sarawak kepada PH pada pilihan raya yang akan datang, kemudian anda boleh membuat tuntutan terhadap PH untuk mengiktiraf hak Dayak , hak NCR dan semua jenis hak yang berkaitan dengan kaum Dayak.

“Jika PH tidak memberi yang terbaik dalam tempoh 5 tahun, pilihanraya akan datang
anda boleh menolak kami dan kembali kepada BN... Cuba,” tegasnya.

Kenyataan itu menambah, Berilah peluang kepada PH, bertahan dan buatlah apa-apa tuntutan kepada PH hanya untuk 5 tahun dan jika PH tidak dapat membantu, kembalilah kepada BN.

“Jangan biarkan emosi mengawal undi kita ,

“Akhirnya kita punyai peluang untuk berubah, maka kita harus gunakannya dengan bijak,” katanya

Sebelum ini parti DAP menggesa parti gabungan PH menolak politik sempit yang bersifat perkauman dengan menjadikan kaum tertentu sebagai teras perjuangan. Namun PKR merasakan dalam politik Sarawak perlunya sentimen dayakisme untuk bergerak ke hadapan. –

Sumber : Sarawak Live

Tiada ulasan: