Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Jumaat, 5 Februari 2016

Pembicaraan kes pencerobohan bersenjata di Tanduo Lahad Datu

KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini memerintahkan 19 daripada 30 individu yang didakwa melakukan pelbagai kesalahan berkaitan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu tiga tahun lepas, untuk membela diri.

Hakim Stephen Chung membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap 16 warga Filipina termasuk seorang wanita dan tiga lelaki tempatan.

Mahkamah menetapkan tiga minggu mulai 22 Februari untuk perbicaraan. Sembilan daripada 16 warga Filipina yang diperintah membela diri, didakwa melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, yang memperuntukkan hukuman mati.

Mereka ialah Atik Hussin Abu Bakar, Basad H. Manuel, Ismail Yasin, Virgilio Nemar Patulada @ Mohammad Alam Patulada, Salib Akhmad Emali, Al Wazir Osman @ Abdul, Tani Lahaddahi, Julham Rashid dan Datu Amirbahar Hushin Kiram.

Mereka juga menghadapi hukuman penjara seumur hidup dan denda kerana didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas dengan enam yang lain, termasuk seorang lelaki tempatan.

Tertuduh ialah Lin Mad Salleh, Holland Kalbi, Habil Suhaili, Timhar Hadir, Aiman Radie dan lelaki tempatan, Abd Hadi Mawan.

Wanita tunggal warga Filipina dalam kes itu, Norhaida Ibnahi diperintah membela diri kerana didakwa melindungi individu yang dia tahu adalah anggota kumpulan pengganas, yang boleh dipenjara 20 tahun sehingga seumur hidup dan denda.

Chung juga melepas dan membebaskan dua rakyat tempatan dan seorang warga Filipina atas tuduhan melancarkan perang dan menjadi anggota kumpulan pengganas, tetapi pertuduhan terhadap mereka dipinda dan memerintahkan mereka membela diri.

Hakim berkata pihak pendakwaan telah menunjukkan bukti bahawa Basil Samiul dan rakyat tempatan, Mohamad Ali Ahmad membantu atau memberi sokongan kepada kumpulan pengganas itu, dan mereka boleh dihukum penjara seumur hidup dan boleh dikenakan denda.

Kedua-dua lelaki itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan baharu itu dibacakan oleh jurubahasa. 

Chung juga meminda pertuduhan terhadap warga tempatan, Pabblo Alie yang didakwa membantu kumpulan pengganas dengan menyalurkan dana, iaitu kesalahan yang boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan denda.

Dia mengaku tidak bersalah dan hakim memerintahkan dia untuk membela diri. - Bernama

Tiada ulasan: