Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Suara Rakyat Kunak ( Google+ Followers )

Jumaat, 5 Februari 2016

Cinta Lelaki Ditolak Karena Miskin,10 Tahun Kemudian Sesuatu Mengejutkan Si gadis.

Cinta Lelaki Ditolak Karena Miskin,10 Tahun Kemudian Sesuatu Mengejutkan Si gadis.

Setiap gadis mengimpikan lelaki yang ideal sebagai teman hidup mereka. Ada yang mahukan lelaki yang kacak bergaya, ada pula yang mengharapkan lelaki yang dicintai setia dan menyayanginya dengan sepenuh hati.

Seorang lelaki miskin telah jatuh cinta dengan anak gadis yang kaya raya. Satu hari lelaki ini telah mengambil keputusan untuk meluahkan rasa hatinya pada si gadis.Tapi standard yang diletakkan gadis ini berbeza dah lebih tinggi dari gadis-gadis yang lain.

Jawapan si gadis ; “Macam mana awak boleh terfikir semua ni? Saya tak mungkin dapat mencintai awak. Lupakan saya dan carilah gadis lain yag sama level dengan awak.”

Cintanya ditolak oleh si gadis dengan alasan dia tak sanggup untuk hidup dengan lelaki yang tidak mampu menampung gaya hidup sebagaimana yang disediakan oleh orang tuanya.

Atas rasa cintanya yang mendalam kepada si gadis, lelaki miskin tak dapat lupakan cinta pandang pertamanya ini.

10 tahun kemudian mereka terserempak di sebuah pusat membeli-belah. Si gadis dengan segera dapat mengenali siapakah lelaki yangberdiri di depannya dan berkata;

“Awak apa khabar? Saya sekarang dah kahwin dengan seorang lelaki yang bijak dan gaji dia $15,700 sebulan. Awak boleh lawan ke gaji banyak tu?”

Si lelaki hanya mendiamkan diri dan cuba menahan air matanya dari menitis apabila mendengar ucapan berbisa bak sembilu dari wanita yang pernah bertakhta di hatinya ini. Tiada sepatah kata yang keluar dari mulutnya.

Beberapa ketika kemudian, muncul suami kepada wanita ini. Tetapi sebelum si wanita sempat berkata-kata, suaminya telah menegur lelaki ini terlebih dahulu dengan nada girang;

“Selamat petang tuan. Nampaknya tuan dah berkenalan dengan isteri saya”

Si lelaki membalas sambil tersenyum

“ Selamat petang kembali Tuan…….?“Saya Kamal tuan!”

Si suami kemudiannya berpaling kepada isterinya dan berkata;

“Sayang, kenalkan ni lah boss abang. Dialah pemilik projek bernilai $100 juta yang abang uruskan tu.”

Si wanita terdiam kaku apabila mendengar apa yang suaminya telah perkatakan. Kemudiannya si lelaki berkata sambil meminta diri;

“Tuan Kamal, saya ada urusan penting perlu diuruskan. Seronok dapat bertemu dengan tuan di sini dan berkenalan dengan isteri tuan. Saya minta diri dulu.”

Untuk beberapa minit, pasangan ini hanya mampu memandang si lelaki yang sedang berlalu pergi. Baru tersedar dari kejutan yang berlaku, si wanita bertanya kepada suaminya dalam nada tidak percaya;

“Itu boss abang?”

“Ya sayang. Dia seorang yang sangat merendah diri tapi hidupnya agak menyedihkan. Dengar cerita satu ketika dulu dia pernah jatuh cinta pada seorang gadis tapi cintanya ditolak mentah-mentah hanya kerana dia seorang yang miskin.”

“Disebabkan itu, dia bekerja keras. Oleh kerana dia juga seorang yang bijak, kini dia seorang yang berjaya. Pendapatan bulanan dia bernilai jutaan ringgit sebulan tapi malangnya dia masih tak dapat lupakan gadis yang pernah dicintainya satu ketika dulu. Sampai sekarang dia masih tak kahwin.”

Si suami kemudian menyambung lagi;

“Beruntungnya perempuan tu jika dia terima lelaki ni dulu.”

Terkejut mendengar ucapan suaminya, si wanita hanya mendiamkan diri. Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua. Jangan pernah menghukum dan menghina seseorang hanya kerana kemiskinannya pada ketika ini. Mereka juga berhak untuk berusaha bagi merubah nasib diri sehingga berjaya dan berada di puncak.

credit:

http://eberita.org

Tiada ulasan: