Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Selasa, 2 Februari 2016

AKTA 355 DAN HUDUD DI MALAYSIA SIRI AKHIR - KESIMPULAN

AKTA 355 DAN HUDUD DI MALAYSIA SIRI AKHIR - KESIMPULAN

Usaha Pas untuk meminda Akta 355 melalui RUU Persendirian hanyalah sekadar melaung azan di luar waktu solat. Sejarah menunjukkan ahli parlimen di msia mengundi mengikut blok, jika suatu usul dibawa oleh blok pemerintah, maka semua MP Kerajaan akan menyokong dan jika suatu usul itu dibawa oleh pembangkang, hanya MP yg berjiwa pembangkang shj yg akan menyokong.

Kerajaan Kelantan sepatutnya memulakan langkah pelaksanaan hudud ini dengan menyempurnakan segala apa yg bersangkut paut dgn kjs ii (1993) 2015 terlebih dahulu spt memperlengkapkan enakmen2 sokongan dan Kaedah- Kaedah bagi menyokong pelaksanaan Enakmen Hudud spt enakmen acara jenayah hudud,enakmen keterangan, kaedah pelaksanaan hukuman, tatacara penyiasatan, pendakwaan dan perbicaraan kesalahan2 hudud dan qisas dll.

Halangan sebenar kpd enakmen hudud @ kjs ii ( 1993) 2015 ialah kesohihannya mengikut Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan. Ianya bukan sekadar hukuman yg diperuntukkan dlm kjs ii ( 1993) 2015 melangkaui kuasa hukuman yg diperuntukkan dlm Akta 355,  namun kesalahan2 yg diperuntukkan dlm enakmen tersebut telah melangkaui kuasa kuasa negeri sptmana yg disenaraikan dlm Senarai II Perlembagaan Persekutuan. Kuasa jenayah dan acara jenayah termasuklah bagi kesalahan2 hudud dan qisas adalah tertakluk kpd item (4), Senarai I Perlembagaan Persekutuan iaitu di bawah senarai kuasa persekutuan.

Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan mana2 undang-undang negeri yg bercanggah dgn undang-undang persekutuan, maka undang-undang negeri hendaklah dianggap terbatal dan tidak sah setakat yg bercanggah itu. Kesalahan2 mencuri, merompak, membunuh dan mencederakan yg diperuntukkan dlm kjs ii (1993)2015 adalah jelas bertentangan dgn Kanun Kesiksaan dan boleh dianggap tidak sah dan terbatal jika ada mana2 pihak mencabarnya di mahkamah.

Undang-Undang jenayah Islam termasuk hudud dan qisas hanya boleh dilaksanakan jika ianya dilakukan oleh Kerajaan Pusat, Ianya boleh dilaksanakan melalui cara-cara berikut:
1. Parlimen menggubal dan meluluskan satu Akta Jenayah Syariah untuk digunapakai sbg undang-undang jenayah alternatif selain drp undang-undang jenayah yg sedia ada sptmana yg telah diamalkan dlm sistem perbankan iaitu Sistem Perbankan Islam dan Sistem Perbankan Kovensional.
2. Parlimen meminda Kanun Kesiksaan dan Undang-Undang jenayah yg lain termasuk Akta Dadah Merbahaya dll dgn menggantikan hukuman2 bagi kesalahan2 hudud dan qisas mengikut hukum syarak
3. Parlimen membuat satu akta dibawah Perkara 76A untuk memperluaskan kuasa Persekutuan ke negeri2 bagi membolehkan kerajaan kelantan melaksanakan undang-undang jenayahnya sendiri.

Wahai sahabat sahabat ku;
Ketahuilah hukum hudud hanya wajib dilaksanakan bila kita telah berjaya menubuhkan sebuah kerajaan mutlak yg dikuasai sepenuhnya oleh orang Islam, tanpa sebuah kerajaan yg berkuasa penuh, kita tidak dituntut untuk melaksanakan hudud. Ibadat haji, walaupun ianya merupakan rukun kpd Islam dan wajib bila ada kemampuan, namun kita tetap tidak dapat melaksanakannya tanpa visa yg sah dari penguasa Mekah.
Perjuangan menegakkan Islam bukannya bermakna menegakkan hukum hudud, tetapi apa yg lebih penting kita tegakkan Islam terlebih dahulu sblm kita berusaha menegakkan syariatnya.
Tanggungjawab kita skrg ialah mengeluarkan manusia drp kegelapan dunia kpd keindahan Islam, membebaskan manusia drp perhambaan kpd sesama manusia kpd menjadi hamba kpd Allah, mengenyangkan mereka yg lapar dan mendidik mereka yg jahil, membebaskan rakyat dari kezaliman pemerintah kpd keadilan Islam, itulah kewajipan yg menjadi tuntutan kita sekarang.

Penulis ialah Naib Pengerusi merangkap Pengarah Panel Syariah Parti Amanah Negara Negeri Kelantan.

Che Ibrahim Mohamed

Tiada ulasan: