Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Isnin, 1 Februari 2016

19 ADUN Kedah kekal mahu Mukhriz disingkir – Bashah Mohamad Fadli ShareTweet+ 1Mail

19 ADUN Kedah kekal mahu Mukhriz disingkir – Bashah
Mohamad Fadli
ShareTweet+ 1Mail

ALOR SETAR: 19 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kedah kekal dengan pendirian menolak Datuk Seri Mukhriz Mahathir seperti yang ditandatangani dalam akuan bersumpah sebelum ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, beliau difahamkan, majoriti ADUN berkenaan berpendirian demikian selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.
Beliau turut mengesahkan 18 ADUN BN dan Speaker Kedah mengadakan pertemuan dengan Najib di Jalan Langgak Duta, petang semalam.

“Ya semalam ada perjumpaan dengan Najib. Kebetulan kami di sana dan Najib baru balik dari Miri.

“Semua daripada 19 ADUN BN hanya seorang sahaja tidak hadir iaitu ADUN Jitra (Aminuddin Omar) dan seorang Speaker Kedah hadir.

“19 ADUN itu tetap berpendirian hilang kepercayaan terhadap Mukhriz. Semalamlah, hari ini tidak tahulah kalau ada yang tukar fikiran,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, di sini hari ini.
Beliau tiba di Lapangan Terbang berkenaan kira-kira jam 11.30 pagi tadi dan disambut oleh penyokongnya.

Dalam pada itu beliau berkata, tidak mengetahui bahawa akan ada pelantikan menteri besar yang baru hari ini.

“Saya tidak tahu, itu cakap-cakap sahaja,” katanya lagi.

Bashah juga enggan mengulas mengenai kenyataan bahawa Sultan Kedah murka terhadap kumpulan anti Mukhriz.

“Saya tidak mahu komen. Hari ini kita jumpa jemaah Istana Kedah di Wisma Darul Aman jam 2.30 petang, kita akan tanya nanti sendiri dengan Jemaah Istana dalam pertemuan itu,” jelasnya.

Sementara itu, ADUN Tanjong Dawai Datuk Tajul Urus Mat Zain pula meminta agar Ketua Cawangan di Kedah mematuhi peraturan disiplin dan menunggu penjelasan daripada ketua-ketua Bahagian UMNO Kedah.

“Diharap ketua-ketua cawangan mengikut disiplin parti dan perlu ikut pucuk pimpinan. Ketua bahagian akan jumpa ketua cawangan nanti. Apa kita buat sekarang, adalah terbaik untuk diselesaikan,” ujarnya.

Tiada ulasan: