Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Jumaat, 26 Februari 2016

2.6 Billion Adalah RASUAH Jika Penderma Putera Turki...Kenapa?...Sila Baca

2.6 Billion Adalah RASUAH Jika Penderma Putera Turki...Kenapa?...Sila Baca

Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir mengatakan wang RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadi Najib Razak adalah suatu bentuk pelaburan dan bukannya derma, Peguam Negara, Apandi Ali pula mendedahkan penderma tersebut ialah salah seorang daripada anak lelaki Almarhum Raja Abdullah.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identitinya, cuma berkata, "kami tahu nama penderma itu. Dia bukan Almarhum Raja Saudi yang mangkat itu, tetapi anak lelakinya. Dia masih hidup."

Almarhum Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud ialah pemerintah Arab Saudi yang mangkat pada Januari 2015 lalu.

Melalui dapatan di wikipedia, Raja Abdullah dikesan mempunyai 18 anak iaitu lapan lelaki dan 10 perempuan. Anak-anak lelakinya ialah Putera Khalid, Putera Mutaib, Putera Mishal, Putera Abdulaziz, Putera Turki, Putera Badr, Putera Saud dan Putera Bandar.

Jadi, anak Raja Abdulllah yang mana satu yang dimaksudkan oleh Apandi sebagai penderma itu?

Siapakah di kalangan putera-putera itu yang diketahui begitu baik, dermawan dan  murah hati?

Berapa pula kekayaan dan harta-harta mereka sehingga sanggup menyumbang derma sebanyak RM2,600 juta?

Mungkinkah penderma itu bernama Putera Turki Abdullah Al Saud, salah seorang putera Almarhum Raja Abdullah yang merupakan pemilik syarikat PetroSaudi yang diketahui ada menjalin kerjasama dengan 1MDB?

Dalam pada itu, Sarawak Report sebelum ini pernah mendedahkan mengenai gambar-gambar percutian Najib Razak bersama keluarganya di atas kapal layar mewah dengan Putera Turki yang turut juga disertai oleh Jho Low.

Berita yang turut disiarkan oleh portal Malaysiakini itu menyebut gambar-gambar tersebut dirakam pada Ogos 2009 dan sekiranya tarikh itu tepat, ia adalah kira-kira sebulan sebelum 1MDB menandatangani perjanjian dengan PetroSaudi yang melibatkan pelaburan bernilai AS$1 biliion.

Pernahkah diketahui Najib mempunyai hubungan dengan anak-anak Raja Abdullah yang lain selain Putera Turki?

Jika benar sumbangan itu diterima itu daripada Putera Turki, bolehkah ia dianggap sebagai derma yang dibuat tanpa mengharapkan sebarang balasan sedangkan syarikatnya, PetroSaudi mempunyai perjanjian perniagaan dengan 1MDB yang mana Najib adalah Pengerusi Lembaga Penasihatnya?

Yang lebih misteri, jika benar wang yang diberi itu sebagai derma, mengapa pula sebahagian besar daripadanya dipulangkan semata-mata kerana tidak digunapakai?

Atau barangkali memang benar seperti yang dikatakan oleh Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir bahawa wang itu bukannya derma, tetapi adalah suatu bentuk pelaburan.

Tetapi, jika ianya pelaburan, mengapa dimasukkan ke akaun peribadi dan kemudian dikembalikan?

Kalau derma bukan dan pelaburan juga bukan, kategori apakah wang tersebut?

Yang pasti, hari demi hari semakin banyak perkara-perkara pelik terdedah akhirnya?

http://suarakamiletakjawatan.blogspot.my/2016/02/26-billion-adalah-rasuah-jika-penderma.html?m=1

Tiada ulasan: