TAKDIR BUKAN MENENTUKAN SEGALANYA
SIKAP orang kita bila gagal selalu saja ada alasan mengatakan TAKDIR telah menentukan begitu dan itu jelas sengaja takdir digunakan untuk berdalih, padahal biasanya kelemahan sendiri.
Ini juga dijadikan rasionalisasi untuk menyakinkan dirinya sendiri tidak bersalah kesan tidak berusaha lebih seperti bangsa lain yang maju dan ke depan kesan usaha agak lebih dan berkerja keras secara serius.
Jika inilah alasan bangsa kita, maka jelas bangsa kita agak susah atau kalau majupun agak jauh tertinggal di belakang banding bangsa lain dan apakah sanggup bersaing dengan bangsa hebat bila tppa dilaksana?
Kerana itulah saya agak bertentangan fikir dengan pendirian kalau ada yang mengatakan kesan gagal takdir menentukan segalanya.
Saya tertarik dengan kenyataan ARNOLD TOYNBEE yang menyatakan bahawa lahirnya sivilizasi di kalangan bangsa manusia bukan kerana faktor keturunan atau "biological factor" atau kerana faktor tetapi lebih besar dan penting disebabkan oleh kemampuan bangsa atau diri sendiri menghadapi cabaran2.
Jika kita kaji pepatah melayu dahulu kala jelas seolah manusia ini sudah ditentukan takdirnya dan kita boleh saja rujuk pepatah seperti:- sejengkal tak akan jadi sedepa, malang tak boleh ditolak, untung sabut timbul dan batu tenggelam dan banyak lagi.
Beda pula dengan pepatah cina yang terus berusaha dan contohnya seperti:- baik jahat adalah hasil kelakuan sendiri, duka suka bergantung kepada diri kita sendiri, kerajinan dan jimat, kemiskinan adalah semua kesan tangan dan banyak lagi.
Kenyataan kedua pepatah dari bangsa Melayu dan bangsa cina jelas kita ini hanya menyerahkan sama nasib sedang bangsa cina terus berusaha dan kesannya bangsa cina dan bangsa lain lagi jauh ke depan meninggalkan kita terutama dalam bidang perniagaan.
Inilah hakikat yang jelas dan kita kena perhatikan dan semula meneliti dan semula berusaha mengubah sikap untuk maju ke depan.
ISMAILY BUNGSU
sabah
201/1/2016
8:55pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan