Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Khamis, 28 Januari 2016

Gaji Orang Minyak Mahal

Gaji Orang Minyak Mahal
Persepsi ramai ialah orang yang kerja di sektor minyak dan gas gajinya mahal. Tapi mahal dan murah bergantung kepada nilai yang diberi sebagai pertukaran dengan nilai gaji.

Mari kita jejaki ke mana perginya hasil satu tong minyak dan daripada bahagian mana gaji dibayar.

Pembahagian Hasil Satu Tong Minyak

Ilustrasi yang saya gunakan adalah berdasarkan generic Production Sharing Contract sepertimana yang saya gunakan untuk mengajar Petroleum Contract di universiti.

Andaikan harga minyak satu tong ialah RM 100. Maka setelah ditolak royalti dan kos dapatlah untung kasar sebanyak RM 50.

pembahagian hasil minyak mentah malaysia royalti PETRONAS
Pembahagian Hasil RM 100 satu tong minyak
Untung kasar ini pula dibahagi antara Petronas sebagai National Oil Company dengan Syarikat minyak seperti Shell, Exxon Mobil dan Nippon Oil. Petronas juga ada anak syarikat minyak iaitu Petronas Carigali.

Pembahagian 70:30 memberi Petronas sebanyak RM 35 dan syarikat minyak RM 15.

Untung kasar syarikat minyak RM 15 ini pula dikenakan cukai sebanyak 40%, maka tinggal lah untung bersih sebanyak RM 9.

Siapa yang paling banyak dapat bahagian?

Kerajaan mendapat hasil melalui royalti + cukai dan secara tidak langsung melalui Petronas.

Oleh itu Kerajaan mendapat RM 10 +RM 35 +RM 6 dengan jumlah RM 51. Manakala syarikat minyak hanya mendapat RM 9.

Ini menjadikan kerajaan mendapat bahagian yang terbesar dalam pembahagian hasil minyak.

Hasil bumi sama ada di darat atau di laut adalah milik setiap rakyat Malaysia. Maka Kerajaan adalah pemegang amanah hasil anugerah Allah kepada negara.

Siapa bayar gaji kakitangan Petronas?
Gaji kakitangan Petronas, syarikat minyak dan kontraktor yang membina pelantar minyak adalah termasuk dalam kos.

Termasuk kos latihan, kos perjalanan, tambang helicopter, kos membina pelantar minyak atau segala bolt dan nut dibayar melalui bahagian kos minyak.

Oleh kerana minyak adalah milik negara maka semua kos ini ditanggung semua rakyat sebagai balasan hasil usaha, kepakaran dan teknologi untuk mengeluarkan minyak.

Walaubagaimanapun kos gaji adalah kecil berbanding dengan hasil yang Kerajaan dapat. Dalam hal ini kerajaan hanya mendapat economic rent, bermaksud mendapat keuntungan walaupun tidak menyumbang usaha dan modal untuk mengeluarkan minyak.

Kerajaan pula bertanggungjawab membelanjakan hasil ini untuk kesejahteraan rakyat umumnya. Antara perbelanjaan kerajaan yang terbesar ialah menanggung gaji kakitangan kerajaan di sektor pendidikan dan kesihatan.

Kesimpulan
Kalau bayar harga kacang mana kan dapat durian. Nilai berbeza dengan harga. Jika harga lebih tinggi daripada nilai, maka harga yang di bayar adalah mahal.

Umpamanya, pekerja dengan gaji RM 2000 adalah mahal jika hanya punch in dan punch out sahaja. Tetapi seorang CEO bergaji RM 100,000 adalah murah kerana membawa keuntungan RM 100 juta kepada syarikat

Tiada ulasan: