Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Rabu, 27 Januari 2016

13 MAYAT DITEMUI TERDAMPAR DI TANJUNG BALAU-KUALA SEDILI

13 MAYAT DITEMUI TERDAMPAR DI TANJUNG BALAU-KUALA SEDILI

Kota Tinggi,26 Januari 2016- Seorang penduduk tempatan telah dikejutkan dengan penemuan (13) mayat dipercayai Warganegara Indonesia yang cuba pulang ke Indonesia melalui jalan laut yang tidak diwartakan.

Mayat tersebut antaranya (4) lelaki dewasa dan (9) perempuan dewasa dijumpai di kawasan persisir pantai diantara Tanjung Balau dan Kuala Sedili.

Turut dijumpai dikawasan berhampiran sebuah bot pancung  dengan (2) buah enjin 200 kuasa kuda yang telah mengalami kerosakkan teruk dipercayai digunakan sebagai kenderaan untuk keluar dari Malaysia. 

Keadaan laut yang bergelora dan ombak besar dipercayai menjadi punca bot tersebut terbalik dan menyebabkan kesemua mangsa lemas.

Sekiranya sesiapa mempunyai maklumat kehilangan ahli keluarga atau kenalan boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Kota Tinggi ditalian 07-8837222.

Tiada ulasan: