Selasa, 1 Julai 2014
Peguam Salah Guna Kuasa?
Salam 1 Malaysia Dan Salam Refomasi.
Satu lagi kes penipuan jual beli tanah yang melibatkan lebih kurang 80 peserta di Ulu Tungku Lahad Datu dimana kes tersebut melibatkan Jabatab Tanah Lahad Datu dan sebuah syarikat perumahan yang masih beroprasi di Lahad Datu sehinggah sekarang.
Semua peserta yang memiliki kebun tersebut lebihkurang 14 ekar setiap seorang dengan keluasa keseluruhan 1178 ekar, yang melibatkan 80 orang peserta yang berasal dari daerah Tungku dan ada sebahagian peserta tersebut telah meninggal dunia.
kebun ini terletak di Tanjung berjaya ulu Tungku yang telah dipohon oleh peserta pada tahun 1980 dan telah diluluskan oleh jabatan Tanah lahad datu pada 1983 pada masa yang sama sebuah syarikat pembalakan telah membuat surat perjanjian untuk mengambil kayu balaknya, dalam pengetahuan saya mereka peserta hanaya membenarkan untuk mengambil kayu balaknya, bukan tanahnaya.
Sebelum bertemu tauklea syarikat tersebut saya ada ke jabatan tanah Lahad Datu untuk mengambil potokopi gran peserta, apa bila sya periksa, tanah tersebut telah pun bertukar nama kepada syarikat tersebut tanpa diketahui oleh peserta tanah tersebut, yang menghiraqnkan saya tanah tersebut besetatus NT Native Title, pada pengatuhan saya tanah NT tidak boleh diberimilik kepada suku tersebut.
Semalam saya ada bertemu dengan anak taukea tersebut dipejabatnya di Lahad Datu, menerangkan bahawa syarikatnya telah membuat kes penipuan keatas peserta yang saya maksudkan, anak taukea tersebut memberitahu saya dia akan maklumkan dengan bapanya yang tinggal di Kota Kinabalu dan meminta saya meninggalkan nombor telepon saya.
Dalam kes tersebut,, peserta seramai 80 orang tidak pernah membuat perjanjian bahawa tanah tersebut untuk dijual kepada syarikat tersebut dan mana mana pun syarikat lain di Lahad Datu. tapi malangnya telah pun berpindah milik kepada syarikat lain.
Jika taukea tersebut tidak ada menelepon saya sehinggah esok untuk memberi keputusan, saya sudah buat keputusan untuk memfailkan kes tersebut melalui peguam PKR di kota Kinabalu.
Ada beberapa lagi surat mengenai tanah tersebut perlu saya dapatkan di jjabatan Tanah Lahad Datu sebelum saya berangkat ke Kota Kinabalu untuk bertemu dengan peguam Parti Keadilan Rakyat.
Saya juga berharap ada diantara pemimpin yang baca atikel ini agar dapat memberi bantuan kepada peserta tersebut yang kehilangan harta tanpa pengetahuan mereka.. sekian terima kasih, bersambung dilain lembaran.
Suara Rakyat Kunak
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan