Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Suara Rakyat Kunak ( Google+ Followers )

Selasa, 1 Julai 2014

MAKNA 2020 DI SABAH. PERKARA 20 TAK SAH, 20% ROYALTI TAK DAPAT!

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT
Ada dua berita menarik yang menimbulkan sedikit kontroversi di Sabah sepanjang hujung minggu ini. Pertama daripada Dato Sri Wahid Omar, Menteri Jabatan Perdana Menteri yang berkata peruntukan kewangan untuk kerajaan negeri Sabah sebanyak RM11.2 bilion pada 2012, iaitu jumlah perbelanjaan mengurus, perbelanjaan pembangunan dan geran daripada kerajaan Persekutuan telah melebihi daripada 20% daripada royalti petroleum. Kenyataan itu dipetik sebagai jawapan daripada soalan Senator DatukChin Su Phin yang bertanya kepada perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak samada kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan kenaikan royalti minyak kepada 20% untuk negeri Sabah dalam Dewan Negara. Soalan daripada Timbalan Presiden LDP itu sudah tentu ada hubungannya dengan komitmen Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri untuk mengkaji permintaan Sarawak menambahkan royalti minyak kepada 20% Dua minggu lalu, dalam majlis Hari Gawai di Sarawak, Datuk Seri Najib memberi jaminan, kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan permohonan menaikkan royalti minyak untuk Sarawak berikutan usul mengenai perkara itu telah dibawa dan diluluskan Dewan Undangan Negeri itu bulan Mei lalu. Awal minggu ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin juga dalam pertemuan dengan pemimpin-pemimpin negeri, memberi jaminan, kerajaan Persekutuan akan memperhalusi isu kenaikkan royalti dan mengangap isu berkenaan sebagai prioriti sebelum pilihanraya negeri yang dijangka pada 2016. Berdasarkan kenyataan Wahid Omar, berkemungkinan besar kerajaan Persekutuan cuma akan mempertimbangkan pertambahan royalti untuk negeri Sarawak kerana menurutnya Sabah telah menerima peruntukan melebihi RM3.8 bilion iaitu jumlah anggaran kadar royalti pada 20%. Pendekkata menteri JPM itu merumuskan semua perbelanjaan untuk negeri Sabah mewakili royalti minyak. Saya selalu berhujah, rakyat Malaysia tidak tahu sejarah sebenar penubuhan Persekutuan Malaysia kerana perkara itu tidak diajar di sekolah dalam semua peringkat, rendah, menengah mahu pun diperingkat pengajian tinggi. Sebab itu ramai yang tidak faham, termasuk ahli parlimen dan menteri-menteri kabinet Persekutuan tentnag asas penubuhan Malaysia dan Perjanjian Malaysia 1963 serta status sebenar Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan. Kenyataan Wahid Omar adalah bukti jelas betapa dangkalnya pengetahuan beliau mengenai status Sabah bila gagal mengasingkan isu royalti minyak dengan peruntukan perbelanjaan pembangunan dan grant. Wahid dalam jawapannya juga mendakwa Sabah menerima peruntukan 2.6 kali ganda lebih tinggi daripada daripada jumlah RM4.3 bilion cukai yang dipungut dari Sabah. Walhal dalam Perjanjian Malaysia, negeri Sabah berhak menerima tambahan selain daripada perbelanjaan pembangunan dan grant Sabah juga berhak menerima peruntukan tambahan sebanyak 2/5 daripada jumlah lebihan hasil bersih yang didapati kerajaan Persekutuan di Sabah. Peruntukan khas itu dihentikan pada 1974 tanpa sebarang alasan setelah Akta Pembangunan Petroleum diluluskan. Yang menjadi kemusykilan kenapa semua peruntukan perbelanjaan, pembangunan dan grant untuk negeri Sabah dijumlah sebagai jumlah yang mewakili royalti minyak sedangkan semasa Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai 1963 antara Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura, minyak dan gas asli di Sabah dan Sarawak belum diterokai? Perbelanjaan Persekutuan di Sabah adalah tanggungjawab kerajaan Persekutuan. Memasukkan perbelanjaan "expenditure" yang disebut Wahid Omar sudah tentu termasuk gaji dan penyelenggaran anggota Keselamatan, askar dan polis di Sabah. Takkan jumlah gaji itu juga dianggap sebagai peruntukan kepada negeri Sabah dan sebahagian daripada royalti minyak, sedangkan soal keselamatan adalah tanggungjawab kerajaan Persekutuan? Berita kedua yang menarik perhatian ialah kenyataan Profesor Emeritus Datuk Shad Saleem Faruqi tentang Perkara 20 dan Perkara 18. Menurut Profesor itu kedua-dua dokumen tiada signifikan undang-undang kerana ia bukan dokumen undang-undang dan tidak termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu undang-undang tertinggi negara ini. Menurutnya, "Bila bercakap mengenai undang-undang ia mestilah merujuk perkara yang terkandung dalam perlembagaan. Dokumen-dokumen lain seperti Perkara 20 dan 18 bukan undang-undang walaupun ada signifikan dari segi sejarah". Saya bersetuju dengan Profesor tersebut bahawa Perkara 20 dan 18 cuma sekadar memorandum daripada parti-parti politik dari Sabah dan Sarawak diserahkan kepada IGC (Jawatan Kuasa Antara Kerajaan) yang kemudian sebahagian besarnya kandungannya dibawa ke Parlimen Britian dan diluluskan dalam IGC Reports dan menjadi asas Akta Malaysia 1963. Persoalannya, kenapa perlu Perkara 20 dan Perkara 18? Profesor itu harus melihat kronologi penubuhan Malaysia. Setelah cadangan gagasan Malaysia dikemuka Tunku Abdul Rahman di Singapura, pemimpin Sabah dan Sarawak tidak bersetuju dengan gagasan itu. Bukan sahaja pemimpin Borneo tidak bersetuju, malah Presiden Indonesia dan Filipina menganggap gagasan Malaysia hanya memindahkahn pejabat kolonial dari London ke Kuala Lumpur. Tentangan begitu hebat dari Borneo diketuai Presiden SUPP, Ong Kee Hui, Donald Stephens (UNKO), Sedomon dan GS Sundang (Pasok Momogun) dan lain-lain parti yang munubuhkan United Front. Perkara 20 dan Perkara 18, adalah idea dan ilham daripada Lee Kuan Yew setelah berjumpa dengan pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak di Singapura . Perkara 20 dan 18 merupakan jaminan kedudukan Sabah dan Sarawak lebih terjamin. Tanpa Perkara 20 dan 18, tidak akan ditubuhkan Suruhanjaya Cobbold. Kesimpulannya, tanpa Perkara 20 dan Perkara 18, tidak akan ada negara Malaysia kerana cadangan Gagasan itu akan ditolak rakyat Borneo. Oleh sebab itu pemimpin Persekutuan tidak boleh manipulasi keadaan dengan alasan dokumen Perkara-Perkara 20 dan 18 sebagai dokumen yang tidak ada signifikan undang-undang. Rakyat Sabah dan Sarawak selama 51 tahun mengharapkan kepimpinan yang jujur dan ikhlas daripada kerajaan Persekutuan. MUSLI OLI Suara Rakyat Kunak

Tiada ulasan: