Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Isnin, 2 Ogos 2010

4.38 Juta Remaja Di Malaysia Belum Mendaftar Sebagai Pengundi, Di Mana Silap Nya?


Salam kepada semua Ahli Parlimen Malaysia.

Di sini SRK nak buat cadangan untuk di usul dan di bahas di dalam Parlimen kelak, kerana Remaja yang berumur 21 tahun ke atas yang layak mengundi sejumlah 4.38 juta orang masih lagi belum mendaftar mengundi.

Mengapa kah perkara ini boleh berlanjutan sehinggah sekarang, sedangkan didalam Parlimen Malaysia bertapa ramai Paguam, ahli pemikir dan ahli Penyibuk.

Jumlah Pengundi berdaftar di Malaysia 15.4 juta orang, dan yang belum mendaftar mengundi 4.38 juta orang, apa kah kerja SPR, apakah SPR hanya menunggu PRU dan PRK sahaja baru nak buat kerja?

Oleh kerana SPR pun tak dapat selesaikan masallah ini, maka kerja ini kita serahkan kepada Ahli Parlimen Malaysia untuk di Usul dan di Bahas.

cadangan SRK, setiap Remaja yang berwarga Negara Malaysia yang berumur tepat 21 tahun ke atas, secara Automatic telah terdaftar menjadi Pengundi.

Kerjasama ini yang memainkan peranan JPN dan SPR, agar tak ada lagi Remaja Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas yang tercicir dari tak mengundi.

Demi menegakan Demokrasi, SPR perlu berkecuali dari Kementerian yang sedia ada sekarang, apa pun yang SRK cadangkan untuk menyenangkan semua pihak, jika cadangan ini menyalahi Undang Undang dan Perlembagaan Malaysia maka teruskanlah yang sedia ada. Wasslam




5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SALAM TUAN SRK.....
BOLEH TANYA KAH, DI KUNAK NI SELAIN PEJABAT POS DIMNA LG TEMPAT YG BOLEH MENDAFTAR SBG PENGUNDI, KRN ADALAH DLM 20 KALI AKU MAU DAFTAR DI PEJABAT POS KUNAK...TAPI ALASAN YG SAMA SAYA TERIMA "COMPUTER OFFLINE" DIORG BILANG....HAIRAN SAYA DRI TAHUN LEPAS SAMPAI SKARANG ASYIK OFFLINE KAH?...KNAPA NDAK KASI BAGUS...

Tanpa Nama berkata...

SORI ORG PEJABAT....SAYA NI KERJA DI LUAR DAERAH KUNAK, JADI BILA ADA MASA BALIK KG. SAYA PUN CUBALAH MAU MENDAFTAR....ADA JUGAK KAWN KASI CADANG NAPA XDAFTAR DI DAERAH SAYA BEKERJA...SAYA CAKAP.."KESIAN AKU TENGOK DAERAHKU TU...BEGITU2 JUGAK"....

MutiaraBah berkata...

Salam,

Pada hemat saya pendaftaran secara automatik bagi warganegara yang telah mencapai usia 21 tahun memang akan menyelesaikan permasalahan dari segi pendaftaran pengundi. Namun ia bukanlah jaminan bahawa matlamat pendaftaran pengundi itu akan tercapai.

Tujuan pendaftaran pengundi dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti serta menentukan hanya mereka yang layak dan berdaftar saja dibenarkan memberi suara melalui undian pada setiap pilihanraya. Ini untuk mengelakkan berlaku penipuan seperti pengundi membuang undi lebih sekali, bukan warganegara turut mengundi dan sebagainya.

Bagaimanapun, nama yang telah didaftarkan di dalam daftar pengundi bukanlah jaminan bahawa penama tersebut akan turun mengundi. Sekaligus memberi gambaran bahawa pendaftaran secara automatik mungkin tidak mampu mencapai matlamat pendaftaran pengundi. Jika mendaftar diri sebagai pengundi yang boleh dilakukan tanpa banyak karenah atau dalam bahasa ringkasnya mudah dilakukan, namun masih lagi ramai yang tidak mahu melaksanakan tanggungjawab tersebut. Apakah mungkin kewajipan membuang undi yang memerlukan lebih banyak komitmen berbanding mendaftar diri sebagai pengundi akan dilaksanakan oleh golongan ini? Justeru apa yang lebih utama ialah mewujudkan kesedaran kepada warganegara kita akan peri pentingnya setiap undi dari mereka.

Wallahualam

SUARA RAKYAT KUNAK berkata...

Salam, hanya di pejabat Pos saja ada daftar undi, Tapi tunggulah, munkin apa yang saya usul ini akan di percepatkan, saya pun ada e.mel kepada Ahli Parlimen Pakatan agar di Usul di Parlimen.

SUARA RAKYAT KUNAK berkata...

salam Mutiara Ba, Kita hanya memohon, tapi Parlimen juga yang menentukan nya, tapi itulah jalan yang terbaik untuk bagi yang berumur 21 tahun ke atas, sebab budak budak sekarang malas p mendaftar undi.