Perjalanan Politik UBN setiap kali pilihan raya kecil di adakan, bagi pendapat saya, cara ini dah tak boleh di guna pakai lagi.
Rakyat semakin bijak memilih Calon yang boleh membela nasib Rakyat, saya rasa lebih baik UBN mengunakan cara yang di buat oleh PR, Pilihanraya bersih.
Cara UBN gunakan, seperti janji sana, janji sini, Calon yang di lantik baru lawati seluruh Kg, cari masallah Penduduk Kg, cari orang Lumpuh, Rakyat dah muak cara ini.
Dah lagi tu, janji Projek sana, janji Projek sini, tangkap sana, tangkap sini, ada lagi tu, cari yang nak masuk UBN, TV yang main peranan, c bodoh pulak ni, dah menerima habuan, bendera PKR di pijak pijak, DSAI di aibkan nya seperti Ezam, tak sedar diri, jadi lah manusia yang punya harga diri, Ezam, kerana Politik anda dan Katak Katak yang lain dah tamat tempoh.
UBN pulak guna Media sana, guna media sini, Guna TV 1 hinggah TV 100, ini cara Politi Kanak Kanak gunakan, kanak kanak kata dalam pergaduhan, jangan kawan dia, dia tak banyak wang, Bapa saya banyak wang.
Saya sebagai Rakyat malaysia amat kesal dengan cara Politik yang sangat Kotor dan keji di gunakan setiap kali Pilihan Raya kecil di adakan, malu lah dengan Negara luar.
Tak ada gunanya Demokerasi di war warkan, jika tidak di gunakan cara yang betul, jangan angap jika kita dah duduk di kerusi empok kita dah selesa, ingat, Rakyat Hakim Negara.
Jadi lah pemimpin yang selalu tahu masallah Rakyat, jika Rakyat dah beri duduk di kerusi empok, jangan se sekali kacang lupakan kulit.
31 ulasan:
By-election in Hulu Selangor, PKR candidate be defeated in a contest.
Hello SRK . Apa pandangan anda tentang kekalahan PKR di HULU SELANGOR . Pada saya ungkapan " Rakyat Hakim Negara " adalah jelas walau siapa pun mereka .
Pasal kemenangan UBN di Hulu Selangor, Rakyat Hakim Negara, kadang kadang Kehakiman Rakyat, boleh gugat denga di luar jangkaan, seperti di Perak, Rakyat dah menjadi Hakim, tetapi telah di tarik balik oleh pihak yang gila Kuasa. Pendapat saya, Negara Malaysia perjalanan Demokerasi masih pincang.
"Rakyat Hakim Negara" jika rakyat 2 bijak dan tidak mudah diperkotak-katikkan terutamanya dengan godaan wang!
Tlalu byk penipuan yg dilakukan oleh BN dlm PRK hulu selangor...untuk dapatkn keadilan yang sebenar2nya,kembali kepada ajaran ISLAM, bagimana pemilihan dan ciri2 seorang pemimpin...inilah kesan sekular y damalkan oleh pentadbiran negara...
Buat semua warga Kunak, pilihla pemimpin yg benar2 layak,bukan krn bangsa atau pn kepentingan diri sendiri jika hendak lihat daerah anda maju...Kemajuan bukan diukur dari sudut ekonomi semata2!
buat yg bakal bertanding, jdilah pemimpin yang baik...sesungguhnya amanah 2 sgt berat dan akan dipersoalkn kelak, jd lah pemimpin yg benar2 boleh memimpin...jgn jd pemimpin seperti lembu yg dicucuk hidung...
Saya setuju dengan komen Saudara, tetapi kadang kadang Rakyat dah cukup memperjuangkan hak mereka untuk memilih Pemimpin yang boleh membela nasib mereka, tetapi ada Pihak yang gila kuasa menyebabkan kemenangan sudah di tentukan milik mereka, seperti yang terjadi di Hulu Selangor, Pengundi ada 15 Ribu alamat tempat mengundi nya di tukar? jadi tak hairan lah, kemenangan dapat di tentukan lebih awal.
Ada lagi yang saya ingin tekankan di sini, bagi Pengundi Pos pulak, Jika SPR benar benar ikhlas, mengapa kah kertas undi Pos masih ada lagi serial Number, jika saya Pengundi Pos pun, saya mesti takut mengundi Parti Pembangkang, takut kena kirim kat Pulau atau turun Pangkat.
http://www.youtube.com/watch?v=rbA0X5wbdN4
sila buat penilaian anda sendiri...
Bila kalah jak, BN tipu, habis yang PR menang beberapa PRK sebelum ini PR tipulah ya. Cuba belajar menerima kekalahan dengan hati yang terbuka.
Kalau nak komen, bagtahu nama sebenar, jangan lempar batu sembunyi tangan, jadi senang kita berbincang Bro.
80% pengundi Cina di Hulu Selangor telah memilih PR. Pilihan mereka bukan kerana pentadbiran BN lemah pada pandangan mata fikir mereka. Bukan pula kerana mereka fikir BN tidak mampu membangun ekonomi Malaysia. Buktinya ekonomi negara dikuasai hampir sepenuhnya oleh mereka. Lalu apa yang membuat mereka tidak menyokong BN? Jawapannya kerana mereka telah menguasai ekonomi negara maka mereka sedang berusaha untuk menggapai misi yang kedua = menguasai politik. Orang Cina yakin jika PR menang, orang Cina akan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri, suatu hal yang tidak mungkin tercapai selama mana UMNO-BN menguasai kerajaan. Mereka akan terus berusaha untuk naik setingkat demi setingkat meskipun terpaksa bertatih sehinggalah Malaysian Malaysia mereka tercapai seperti yang berlaku di Singapura dan sedang berlaku di P Pinang.
Kesedaran masayarakat Cina ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang aneh, cuma sokongan orang Melayu-Islam terhadap mereka untuk mencapai cita-cita mereka itulah yang aneh.
Mereka percaya bahawa ekonomi yang sekarang ini dalam penguasaan mereka masih boleh digugat oleh kuasa politik. Mereka yakin bahawa ekonomi mereka dapat diperkukuhkan dengan penguasaan politik. Mereka mahu kuota bumiputera dalam pelbagai aspek perekonomian, pendidikan dan sosial dihapuskan supaya mereka boleh membolot lebih banyak peluang tanpa sebarang masalah. Mereka tahu bahawa Melayu mudah ditewaskan dalam persaingan ekonomi kerana Cina boleh saja dan bersedia pada bila-bila masa menghalalkan segala cara untuk mencapai hasrat dan cita-cita mereka. Cuma terdapat segelintir lagi orang Melayu yang tidak sedar permainan ini.
Latif Sabtu
Lahad Datu
Saya setuju dengan komen saudara latif . Hanya berapa kerat sahaja pemimpin Melayu dalam PR . Jika PR menang pun dalam PRU akan datang tentunya siapa lagi kalau bukan Cina sebagai Perdana Menteri . Fikirlah semasak - masaknya nasib Melayu ketika itu , apa yang telah berlaku di Pulau Pinang adalah amaran awal untuk umat yang dinamakan Melayu .
Apa kah Pemimpin melayu kita telah memperjuangkan nasib kita orang Melayu? kita tak payah ke Semenanjung, cuba kita beralih ke Sabah, Negeri Kita, dah berapa pengal Pemimpin Melayu menjadi ketua Menteri, ada kah dia membela nasib Melayu di Sabah? saya rasa tidak, Melayu di Sabah dah hampir pupus, ini kah yang di sebut Pemimpin Melayu, membantu melayu? kita juga tak payah pegi jauh tentang soal melayu, kita pegi ke Lantikan Ahli Majlis Daerah Kunak, Cina ada lebih Kurang dalam 700 orang sahaja tetapi 4 orang wakil di lantik menjadi Ahli Majlis, tetapi sebenar nya kita tak perlu persoal kan pasal suku kaum, kerana Negara malaysia dah di iktiraf semua suku kaum dah menjadi 1 Malaysia.
Setuju dgn SRK..sejauh mana pemimpin Melayu membela nasib org Melayu? Majoriti pemimpin Melayu yg ada sekarang hanya menjaga perut mrk shj...jgn nak salah kn org2 Cina y maju dr aspek ekonomi...cuba lihat sikap org Melayu sendiri. Maaf sy cakap, mentaliti org Melayu berharap dgn bantuan kerajaan,sikit2 nak bantuan n subsidi..Kurangnya usaha tuk memajukan diri sendiri hanya menunggu bantuan sehinggakan tertindas di negara sndiri...
Kpd en. Latif...
Cuba buat kajian apa kejayaan yg telah dicapai oleh PR dlm tmpoh 2 tahun memerintah di Selangor dan Pulau Pinang..apa beza PR yg dianggotai oleh PAS, PKR N DAP dgn BN yg tdiri drp UMNO,MCA N MIC? kedua2nya ada wakil drp kaum CINA..
GST y dperkenalkan oleh kerajaan sekarang ni,bukankah memperlihatkan penindasan kerajaan terhadap rakyat?
Saudara SRK . Pada saya , sebilangan besar usahawan Melayu yang berjaya pada hari ini adalah hasil kepimpinan pemimpin melayu . Tanpa usaha mereka tentunya masih ramai masyarakat melayu merepat di bumi sendiri .
Anda katakan hanya 700 orang kaum cina di kunak namun 4 orang dikalangan mereka dilantik sebagai ahli majlis daerah , itu manandakan adun kunak rasional dalam perkongsian kuasa secara adil .
jika anda katakan konsep 1
malaysia telah diiktiraf oleh semua kaum , adalah mustahil hanya penyokong pas sahaja yang sanggup
mengibarkan bendera dap sedangkan penyokong dap melihat pun tidak
bendera pas dalam prk hulu selangor .
penyokong anda menyokong katanya jangan salahkan orang cina yang maju dalam bidang ekonomi , tiada siapa pun yang menyelahkan mereka , namun harus difikirkan , jika melayu tiada kuasa politik , kuasa apa yang melayu ada...
manakala mentaliti melayu mengharapkan bantuan kerajaan , kerajaan bn sememangnya perihatin dengan permasalahan rakyat dan sentiasa membantu dalam semua keperluan rakyat kecuali mereka - mereka yang tidak tahu menilai dan tahu erti bersyukur ....
bezanya antara pas , pkr dan dap mereka tidak mampu duduk semeja serana pas sibuk dengan dakwah dimasjid dan surau , dap sibuk dengan teknologi cara bagaimana menakluki bulan dan pkr adalah anda sibuk mengkritik tanpa asas , bukti dan identiti .
adakah anda tahu apa itu gst ..cuba anda jelaskan penindasan kerajaan terhadap rakyat melalui gst...jika hanya untuk mengemukakan komen tidak tahu hujung pangkal tak payahlah nak komen ...kata orang kalau tak tahu diam - diam lagi bagus...
Kejayaan yang PR telah capai di Selangor ialah membenarkan penjualan arak di kawasan majoriti Melayu. Datuk Hassan Ali yang cuba menentang telah dihadapkan ke jawatankuasa disiplin PR. DAP lebih berpengaruh dlm kerajaan Selangor berbanding PKR dan PAS. PKNS hampir saja diterajui oleh bukan Melayu jika tidak mendapat bantahan rakyat Selangor dan banyak lagi yang telah membuka mata rakyat dan dijelmakan melalui keputusan PRK Hulu Selangor.
Latif Sabtu
Lahad datu
Sekadar lontaran pandangan dlm perbincangan yg hangat ni...
Tertarik dgn isu GST y dibangkitkn...bg sy, GST tiada beza dgn kenaikan harga brg...mengapa perlu kenakan cukai barangan dan perkhidmatan. Bukankah ia membebankan rakyat y bpendapatan rendah terutamanya? Mana perginya slogan rakyat didahulukan, pencapaian dutamakan. GST seolah2 dperkenalkan tuk menutup masalah ekonomi y dihadapi negara dgn meletakkan beban pada rakyat.
Sekadar pandangan,sesiapa y xsetuju bleh beri komen...
Tp Tanpa Nama 2010 April 27 21:58 mgkin bleh jelaskan kebaikan GST kpd rakyat....
Saudaraku ...sistem gst telah pun dihapuskan dan telah diganti dengan mekanisma baru yang tidak membebankan pengguna khasnya itu pun masih dalam perancangan...yang anda katakan kerajaan menindas rakyat tu buat apa... Perbandingan harga barangan pengguna di malaysia berbanding dengan harga barangan pengguna di negara - negara jiran jauh lebih murah di negara ini .
sebab itu saya katakan jadilah umat yang tahu berterima kasih dan bersyukur , cuba anda fikirkan kenapa ratusan ribu rakyat dari negara jiran berlumba - lumba datang mencari rezeki di negara ini , sanggup mati karam di lautan , ditangkap , pulang dan datang kembali...kesanggupan mereka mempertaruhkan nyawa hanya untuk datang ke negara ini ( lu pikirlah sendiri ) .
ULAT .
Saya ucap kan shabas kepada pengomen, munkin ada di antara komen anda akan cuba Pemimpin perbaiki di dalam kesibukan setelah bergelar Yang Berhormat, biar kita cuba kupas sehinggah kulit yang terakhir, dan gunakan lah pendapat anda untuk membina, cuma saya nak komen di sini pasal Melayu Berjaya hasil bantuan kerajaan, yang saya ketahui, kebanyakan melayu yang maju bukan bantuan Kerajaan, kalau di Kunak, mereka maju hasil usaha mereka sendiri, cuma yang saya kesalkan Negeri kita Sabah, hasil Bumi nya sunguh luar biasa, tetapi malang nya, jatuh Negeri ke 13 termiskin di Malaysia, di mana kah tangung jawab Pemimpin yang mentadbir negeri Sabah sehinggah Sabah jadi papa kedana? di waktu Usno dan PBS mentadbir Negeri Sabah, ada juga tempias hasil Bumi yang dapat rakyat Sabah rasakan, kalau sekarang ini jangan cakap tempias, Rakyat dah menanam sawit pun di rampas kembali.
Munkin anda pernah dengar Benta Wawasan, untuk pengetahuan, Benta Wawasan tergolong dalam Hutan Simpan Kelas No 1. mengapa hutan ini boleh di jadikan Ladang? jika Rakyat menanam sawit pulak, terus di ambil tindakan, sawit di tumbang lah, pekebun di masukan ke penjara lah, terus di kenakan Seksen 68, kesalahan memasuki Hutan Simpan, mengapa orang Melayu begitu kejam sekali? sedangkan dia sendiri duduk di kursi empok, Rakyat yang melantik mereka. untuk pengetahuan anda, Negara kita sekarang telah di landa Tsunami Ekonomi, tak percaya tanya semua Jabatan Kerajaan, Peruntukan yang dahulu nya penuh, masa sekarang hanya dapat sebahagian dari pada peruntukan yang terdahulu, kesimpulan nya di sini, berjimat cermat lah sebelum Tesunami Besar datan melanda, Wallahu Allam.
Jgn bandingkan kemampuan rakyat negara sendiri dgn negara luar...kesannya akan memakan diri sendiri...setiap negara daya beli rakyatnya tidaka sama.
Mmg benar sekarang negara dilanda tsunami ekonomi...GST merupakan salah satu cara menutup masalah ekonomi y dihadapi negara..kos hidup semakin tinggi..
Jgn kerana kita menyokong sesuatu pihak,kita hilang pertimbangan sehinggakan menerima apa sahaja...
Buat semua pengomen,jgnlah memberi komen yg dipenuhi dgn emosi...
Saudara SRK . anda katakan perjalanan demokrasi dinegara ini masih pincang , saya tidak pernah nampak anak saudara bersekolah sebelum ini disekolah swasta , pemilikan harta , rumah , kenderaan oleh ahli - ahli parti pembangkang dan saya tidak pernah nampak ahli pembangkang membina rumah diatas pokok .
saya juga tidak pernah nampak ahli pembangkang berkaki ayam kerana terhalang menggunakan kemudahan prasarana kerajaan bn seperti jalanraya , bekalan air dan letrik ...bahkan..ahli pembangkanglah teriak sana sini complaint itu dan ini ...
jika negara ini tidak cukup baik , hebat , kuat dan Dato'Seri Najib tidak cukup hansam pada pandangan anda , mohonlah menjadi warganegara Israel mungkin Benjemin Nitanyahu seorang tokoh yang hebat untuk anda bergurulah denganya....
ULAT
saudara ulat,komen anda tidak memperlhatkan kematangan anda...cuba chek apa itu demokrasi perlembagaan..sebagai rakyat kita ada hak untuk menegur kepincangan y berlaku...
Jika anda org yg peka dgn isu semasa, anda akan dapat lihat kepincangan y berlaku..tp sebelum itu anda perlu keluarkan diri dan minda anda dari kepompong BN...
Ramalan saya tepat sekali, BN menang bukan dengan cara yang mudah. Secara teknikal calon yang diturunkan oleh PR terlalu kontroversi kerana beliau bukan orang negeri selangor, keperibadian beliau dan kelancangan beliau dalam isu perkauman yang sangat sensitif serta sebabnya DSAI menurunkan calon seorang peguam terkenal ialah kerana beliau memerlukan seorang ahli parlimen untuk menggegarkan persidangan di parlimen. BN pula sebaliknya meletakkan calon yang baik. Walaubagaimanapun, selepas ini Kalamanathan terpaksa berhempas pulas untuk memuaskan hati rakyat hulu selangor. Keputusan yang sebegini menunjukkan rakyat hulu selangor masih berbelah bahagi. Tidak mustahil PR boleh merampas kembali parlimen hulu selangor. Ramalan saya yang seterusnya BN akan terus memenangi pru13 sekiranya jentera BN dirombak dan prinsip rakyat didahulukan dikotakan. Sebabnya PR mendapat sokongan rakyat pada pru12 kerana rata-rata orang di semenanjung mengatakan tiada pilihan lain dan untuk melepaskan kemarahan kepada BN. Tetapi sekiranya tidak, pru14 akan melihat senario yang berbeza, rakyat akan memilih calon dan bukannya parti maka.... banyak calon bebas akan menang kerana RAKYAT HAKIM NEGARA!
BEST OF LUCK TO ALL POLITICAL PARTIES
Hanya 1 cara Demokerasi dapat di rasakan Ulat, jangan kau terperam saja di dalam batu, walau pun kau tak kerja kau dapat makan, perbezaan di antara Demokerasi dan dan kemudahan awam, pasal semua yang di sebut si Ulat, itu dah kewajipan Kerajaan menyediakan semua keperluan awam.
Rakyat lantik mereka untuk mentadbir Negara dan membangunkan Negara serta menyediakan segala kemudahan asas.
Jika Demokerasi di gunakan dengan betul, seperti, Penyiaran, Akbar, SPR, Kehakiman dan SPRM semua ini di berikan 1 badan NGO di bawah Yang Di Pertuan Agong yang memegang nya, baru lah Rakyat tak memberontak.
Seperti di Perak, Kuasa PR telah di rampas, itu bukan kehendak Rakyat, itu ada lah kehendak Kuasa yang menentukan UBN memerintah.
Yang perlu juga di ambil perhatian, Katak Katak yang melompat Parti, cara mereka tidak sihat, SPR harus membut 1 undang undang baru, jika ada Katak yang melompat Parti, terus di ada kan Pilihan Raya kecil, dan Katak tersebut di senarai hitam kan dari terus bertanding dalam PRU.
Kertas Undi Pos harus tak ada Serial No, jadi lah Pemimpin yang punya tangung jawab, agar Rakyat sebagai Hakim Negara melantik YB yang benar benar membela nasib Rakyat, longar kan lah kebebasan bersuara dengan penuh tangung jawab, kerana Suara Rakyat Suara Keramat. Wallahu Allam.
Betul apa y diperkatakan oleh SRK...
Katak2 y melompat parti ni sepatutnya sedar diri, rakyat mengundi mereka bukan krn diri mereka. Tapi krn parti y mereka wakili...
Jd kalau betul la katak2 ni ada maruah dan mempunyai keberanian sbg pemimpin,sudah tentu mereka akan buat pilihan raya kecil...tp perkara sebaliknya berlaku..jd buat warga kunak,gunakan kebijaksanaan anda dlm memilih pemimpin yang benar2 mahu membawa suara anda bukannya pemimpin yg hanya mahu kepentingan dirinya dijaga...
He...he.... siapa dulu yang kata akan ada wakil rakyat BN melompat (jadi katak) lalu orang itu akan ke Puterajaya konok menjelang September 2009, siapa namanya tu..... lupa sudah aku..... Kalau sendiri mau buat ndak salah, tapi bila orang lain buat wuina... macam-macam tuduhan.
Dulu DSAI mmg idolaku. Tp apabila ia dibebaskan, kita melayu mengharapkan ia kembali ke persada politik memimpin melayu. Tp apa yang terjadi adalah sebaliknya.
DSAI telah mengubah seluruh senario dan sejarah politik Malaysia akn datang dgn malaysian malaysia nya. Melayu dah berpecah belah. Kenapa?
Sebab KEADILAN bukan parti melayu tp ada melayu, DAP bukan parti melayu tp ada melayu, dan PAS parti agama majoritinya melayu, Andai ah him masuk islam boleh ba tanding jadi pengerusi PAS, menang jadi pengerusi. Ah meng blh tanding dan jadi pegerusi DAP, dan Ah wan sdh jadi pengerusi KEADILAN, masa tu DSAI sdh kalah pemilihan atau sudah masuk perut bumi, agak2 ketika itu sapa jadi perdana menteri malaysia?
Aku sokong la pandangan c latif sama c ulat. Kaum cina dah menguasai ekonomi, jadi sekarang mereka mau apalagi, kuasa la !!!
SRK berketurunan asal nenek moyang dari indonesia, cuba periksa negara indonesia adakah kaum cina dibenar berpolitik? Jadi demokrasi apa tu namanya, pegi lah kutuk indon kalau berani. Bimbang nanti belum sempat cakap perut sudah tembus buluh runcing.
Orang melayu malaysia cukup bagus. mau kompromi, sanggup berkongsi kuasa. Tp jgn lah sampai mau injak kepala. Itu ba yg mesti kita jaga.
Kalau dilihat apa yg tersirat, aku berandaian DSAI hnya mau berkuasa utk balas sama Tun Mahathir. Ya lah klu terbalas, klu tak jadi tapi negara hancur dan kucar kacir macam thailand, apa jadi dan sapa yg rugi?
Aku bukan racist. Tapi akui la ba hakikat bangsa melayu dan tanah air ini hak org melayu. Buka lah buku sejarah. Kenapa wujud Raja-Raja Melayu, Dan kenapa Melaka asal sistem beraja akhirnya tiada raja. Sebab segelintir org melayu pd ketika dan sampai hari ini ada penyakit hasad dengki(phd) sanggup hancurkan bangsa dan negara sendiri asal puas hati. Tak kan kerana DSAI marah dgan 1 orang, sampai perlu hancurkan 1 malaysia????
Sekarang melayu dan lemah dan berpecah belah. Senang la bangsa lain kentutkan kepala kita. Melayu sama melayu berentam, kaum lain tepuk tangan. Tak bodoh ke tu?
Memang tanggungjawab kerajaan menyediakan frasarana utk kesejahteraan rakyatnya. Tp jadilah...didiklah... diri kita jadi manusia yg tahu bersyukur dan berterima kasih.
Sampaikan salam aku dgn DSAI, balik la k pangkuan UMNO, selamatkan lah bangsa melayu... Tak rugi mengalah sedikit, tp kebaikannya untuk negara MALAYSIA. dan ORANG MELAYU.
1KUNAK 1MALAYSIA
Saudara 1KUNAK 1MALASIA . saya sokong komen anda cukup raional . Tentunya Saudara SRK dan penyokongnya tahu bukan.. ULAT dalam batu masih boleh berdikari sendiri , namun tetap bersyukur dan berterima kasih dilahirkan diwarganera ini .
Kuburan nenek moyang saya berdekatan SESB kunak masih saya bersihkan sehingga hari ini , supaya saya tidak lupa diri , wasiat dan amanat mereka masih saya patuhi katanya " jangan kamu melawan arus selagi pemimpin mu tidak cuba meruntuhkan agama dan bangsa mu " .
Bertitik tolak dari itu , ULAT merasa kecewa hanya sedikit kesilapan pemerintah telah di kutuk habis - habisan seolah - olah langsung tiada keberhutangan budi . Cubalah anda SRK dan penyokong anda itu ...periksa dulu dimana kuburan nenek moyang anda ...sebagai tempat muhasabah diri dan tidak salah..jika sekali dalam sehari tunduk ke bumi dimana bumi dipijak....
ULAT
Rileks kau ba Ulat, kuburan nenek moyang akupun di tempat yang sama, bila kita mau gotong-royong bersihkannya. Dengar ceritanya tempat itu sudah tidak terurus terutama bahagian belakang.
Apa kata kalau kenkawan di Kunak arrange semua orang Islam Kunak tidak kira dari PR atau BN sama-sama buat kerja amal bersihkan kuburan. Panggil semua yang bagi komen: C Latif, C Good Luck, SRK, KP, C Ulat dan semua Tanpa Nama pun ajak sekali..... kalau nak aku join, ha tunggu raya haji aku balik, amacam kenkawan setuju tak?
Sambil gotong-royong kita jerit.... Hidup UMNO, Hidup PKR, Allahu Akhbar!!! Lepas tu salawat ramai-ramai....
Sekurang-kurangnya lepas takbir dan selawat kita sedar tempat ke mana arah tuju terakhir kita, sekaligus kita boleh tengok pula ada tak yang membezakan batu nisan dan arah menghadap kubur penyokong PKR dan BN yang muslim....
Jangan marah aaa.....
Bahri Lakile
Kt Damansara
Betul kau bahri... aku sokong cadangan mu tu. Biar kita tau diri selepas ini kita akan kemana. Dan sedar siapa selama ini membuat kita bangsa melayu@rumpun melayu di bikin jadi kuda tunggangan@di laga2 sesama kita.
Cuma nak komen sikit. Jangan sebut hidup UMNO,jangan juga sebut hidup PKR, tapi sebutlah HIDUP MELAYU !!!! itu lebih demokratik dan patriotik.
1KUNAK 1MALAYSIA
tanpa nama berkata..komen mengenai nak pujuk DSAI masuk Umno balik?kalau kita imbass kembali rentetan DSAI di hukum penjara 6 tahun dan kemudian dibebaskan kerana bukti2 yg dikemukakan diragui dan pihak pendakwa berkali-kali memohon meminda butir2 tuduhan.Perlu di ingat DSAI di sumbat kerana tuduhan liwat dan bukannya krn akta hasutan,jenyah kolar putih or what so ever..hakikatnya pendakwa tak berani nak dakwa DSAI yg sememangya tak ada bukti.
Hanya 1 cara untuk memantapkan Melayu, Umno kena di bubarkan, kerana dah pencen.
Biasa lah kalau dah tua, dan dah pencen mesti lali dah, cari nama baru, saya percaya jika Umno di bubarkan di tukar dengan nama baru, dan gantikan kepimpinan baru, tentu ramai peminat, biasa lah kalau barang baru.
Tafsiran politik adalah berbeza apabila individu yang berfahaman dalam sesuatu parti menafsirnya mengikut persepsi masing-masing.
Ada yg boleh diterima akal dan ada pula yg mungkin memerlukan kita utk menaakulnya secara bijak...
Catat Ulasan