Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Isnin, 1 Mac 2010

KRITERIA YANG PERLU ADA PADA BAKAL CALON DUN KUNAK?


Berikut adalah beberapa kriteria yang dirasakan perlu ada pada bakal calon DUN Kunak pada PRU13 akan datang.

01. Faham dan jelas apa itu maksud "Wakil Rakyat"
02. Jujur didalam segala percakapan dan perbuatan yang dilakukan untuk rakyat
03. Amanah terhadap jawatan yang telah diberi oleh rakyat
04. Ikhlas didalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh rakyat
05. Berfikiran terbuka apabila menghadapi teguran dan kritikan oleh rakyat
06. Berpengetahuan yang luas mengenai DUN yang di pimpin.
07. Mempunyai idea yang bernas didalam membangunkan kawasan
08. Mampu berkomunikasi dengan masyarakat setempat.
09. Mampu mengesan dengan cepat dan tepat permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.
10. Mampu menangani permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat.
11. Sentiasa mendampingi masyarakat dengan mengadakan Klinik Dun atau program-program bersama rakyat.
12. Bersedia bila-bila masa untuk bersama rakyat apabila diperlukan.
13. Mengeluarkan visi dan wawasan terhadap kawasan yang dipimpin.
14. Menyediakan sistem pentadbiran yang telus dan mesra rakyat
15. Mempunyai perhubungan yang baik dengan semua Ketua Pentadbiran/Ketua Masyarakat dan peringkat negeri seterusnya pusat.
16. Sedia dan bekerjasama dengan pihak media dalam memberi penjelasan dan kenyataan yang hendak disampaikan kepada masyarakat kerana Media adalah perantara rakyat dan kerajaan.
17. Faham undang-undang dan tidak cepat melatah dengan teguran atau pandangan sinis masyarakat sekeliling yang mahukan perubahan/pembelaan.

Ini adalah sebahagian kriteria yang perlu ada pada bakal calon, dan saya berharap masyarakat Kunak dapat tampil dengan memberi kriteria yang perlu ada pada bakal-bakal calon kita.

7 ulasan:

kunakpress.blogspot berkata...

Menarik tajuk ini, tetapi saya enggan mengulas di ruangan komen ini. Sila layari Kunakpress.blogspot.com - KUNAK PRESS

Thank you,

SUARA RAKYAT KUNAK berkata...

Kriteria se se orang Calon memang amat susah di dapati pada senarai di atas, tetapi, Tuhan tidak akan mengubah sifat2 se se orang, melainkan mereka sendiri mengubah nya. Pemimpin dan rakyat biasa amat jauh Perbedzaan nya, Pemimpin harus menjaga di setiap aspek pada diri nya, tetapi Rakyat terlalu ramai menjaga se orang Pemimpin.

Tanpa Nama berkata...

Saya rasakan Abdul Rahim Wahab antara yang layak dicalonkan oleh BN PRU13
Abdullah M.
SIFU Kunak

SUARA RAKYAT KUNAK berkata...

T.kasih Abdullah M, atas pandangan anda.

GURANGGAK berkata...

calon yg sesuai ialah Jasa Rauddah

Tanpa Nama berkata...

Dalam 18 Orang yang tersenarai Bakal Calon,hanya se Orang sahaja yang menepati Kateria di atas dan beliau se Orang Guru Kanan di SMK Kunak Jaya, dan mempunyi Ijazah Politikel. Saya berharap kepada DSN beri lah peluang kepada Guru ini sebagai Calon BN dalam PRU ke 13untuk memajukan Daerah Kunak ke tahap yang lebih maju.

Guru Bersarah

hakimdanial123 berkata...

Seorang pemimpin yg baik mestilah bersikap jujur,amanah dan sedia untuk mendengar permasalahan rakyat tidak memntingkan semangat assabiyah atau klompok2 tertentu sahaja...salam