Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Ahad, 28 Februari 2010

BAKAL-BAKAL CALON BN DI DUN N.51 DALAM PRU KE-13?



Salam perjuangan kepada ahli-ahli politik. Didalam kesempatan ini, Suara Rakyat Kunak ingin pendapat-pendapat penduduk dan Blogger Kunak memberi pendapat yang bernas dan yang membina, siapakah Calon Dun N.51 Kunak sebagai memecah tradisi 'pemonopolian kuasa yang berlaku sebelum ini? Adakah mereka ini memenuhi aspirasi jelas kepada rakyat jelata masakini dari sudut pemikiran?,perancangan?,perhubungan awam? ,gaya personel? dan dapat menaikan standard serta kualiti yang boleh dipertaruhkan ke peringkat yang lebih tinggi diperingkat negeri dan kebangsaan?, dan beberapa lagi kriteria yang difikirkan sesuai?.. sila kemukakan pendapat/ulasan anda sebagai ratapan kita bersama..1Malaysia "rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan"
Semestinya, Perdana Menteri mahukan calon BN pada PRU 13 nanti yang mempunyai ciri-ciri atau karisme kepimpinan yang tinggi dan boleh diharapkan untuk memberi perkhidmatan berkesan dan terbaik kepada rakyat Kunak.

Senarai Nama-nama bakal Calon Dun N.51 Kunak PRU Ke 13? Barisan Kemungkinan yang akan dinilai?

1. Datuk Nilwan Kabang : YB masa sekarang di Dun N.51 Kunak.

2. Datuk Jasa Hj Rauddah : Mantan YB Dun N 51 Kunak.

3. Tuan haji Mohd Yusof Haji Afdal : Mantan Ketua Umno Bahagian P 188 Silam.

4. En Azman Hj Asiman ADDO Kunak.

5. En Abd Rahim Wahab : Pejabat Kesihatan Kunak.

6. En Industan Lumantang : Pesara Majlis Daerah Kunak.

7. Cikgu Zahari Lorong : Guru SMK Kunak.

8. Hj Hussien Ibnu Hassan : Mantan CDO Kunak.

9. En Eyuki Ugi : Jabatan Kesihatan Hospital Kunak.

10. Cikgu Herman Rahim : SK Skim Kokos.

11. En SH Shamsuddin SH Sagaf: Pesarah Pengetuah Pendidikan.

12. En Arifin Chai : Ketua Bahagian PBS Kunak.

13. Cikgu James Lakim : Guru di SK Gading-gading.

14. En Sahing Taking : Mantan Calon Parti Setia Dun N.51 Kunak.

15. En Halid Harun : Pemimpin Kemajuan Rakyat Kunak.

16. Hj Salsidu Bin Ibrahim : Mantan Presiden MP Tawau.

17. Cikgu Gabra Shafiee : Penolong Kanan SMK Madai Kunak.

18. En Arif Datuk Salim : Mantan Calon Bebas Dun N.51 Kunak.

72 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagi saya, Datuk Jasa sudah kurang layak.
Datuk Nilwan pun mungkin tidak layak.
He.he..

Zamdulkirh - PENDUDUK KG KUNAK TIGA.

SUARA RAKYAT KUNAK berkata...

T.Kasih Zamdulkirh, atas komen anda.

Tanpa Nama berkata...

YB Nilwan macam gagal menterjemahkan kemahuan rakyat Kunak kerana mungkin disebabkn kakitangan bawahannya di DUN Kunak masih ada yg amalkan stail lama sewaktu Jasa perintah Kunak masa lalu.

AWEK - Penduduk Bagiang.

SUARA RAKYAT KUNAK berkata...

T.kasih Awek, munkin komen anda dapat di perbaiki oleh YB kita sebelum PRU ke 13.

darkis berkata...

Bagi saya...dari 18 calon mungkin 4 darinya sahaja yang berpotensi,lupakan mantan-mantan sebelumnya, beri peluang kpd muka-muka baru, sebaiknya yang lahir dan temuninya ditanam di Kunak, kalau tidakpun yang sudah tinggal lebih 30 tahun di Kunak pun boleh juga, sebab hanya penduduk sejati Kunak sahaja yang mengetahui apa dan bagaimana kunak sekarang ini ...itu pendapat peribadi sahaja..maaf kalau terlebih bahasa sekian.

SUARA RAKYAT KUNAK berkata...

T.kasih En, Darkis Omar atas pendapat anda yang membina, demi untuk kemajuan Daerah Kunak, semuga Daerah Kunak akan lebih di kenali dari kaca mata Dunia, dari hadir nya se orang Pemimpin yang Berjiwa Rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Syabas saudara SRK kerana berjaya mengeluarkan senarai nama-nama bakal calon PRU13 yang belum pernah dibuat dari mana-mana DUN sebelum ini.

Saya berharap dengan pendedahan awal nama-nama ini dapat memberi satu pembaharuan dan kesedaran kepada masyarakat kunak tentang pentingnya memilih calon bagi DUN kawasan mereka.

Masyarakat kunak harus bijak didalam memilih dan membuat keputusan kerana seperti yang kita faham kuasa memilih dan menentukan siapakah pemimpin adalah kuasa mutlak rakyat.

Harapan saya agar masyarakat kunak dapat membuat pemilihan dengan tepat, kerana kesilapan memilih pemimpin akan menyebabkan masyarakat kunak sendiri yang akan mengalami kerugian.

Saya berharap agar para blogger dan masyarkat kunak dapat menyenaraikan kriteria2 yang perlu ada pada bakal pemimpin di DUN Kunak.
Ini supaya bakal2 calon faham dan tahu bahawa adakah mereka layak untuk menjadi pemimpin di kawasan DUN Kunak kerana kriteria yang dikeluarkan adalah atas kehendak masyarakat di kunak sendiri.

Akhir kata, pemilihan pemimpin adalah kuasa rakyat maka dengan itu pemimpin harus sedar bahawa kuasa yang ada pada mereka itu sebenarnya adalah KUASA MUTLAK RAKYAT.

1MALAYSIA "Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan". Jangan jadikan wawasan ini janji tinggal janji.

Salam daripada saya..
SYAH

Tanpa Nama berkata...

Saya lihat dari kateria Calon, dari 18 orang yang tersenarai, hanya ada 4 orang bakal memenuhi kateria sebagai bakal Calon PRU ke 13. cuma kekurangan yang 4 orang tadi, kurang menonjol kepada Myasarakat Kunak, mereka harus prokektif pada kekurangan ini.

Daripada, Pengenalisis Politik.

Tanpa Nama berkata...

Jika di lihat Daerah Kunak dan Daerah lain di Sabah jauh lebih mundur, di mana silap nya Pemimpin Kunak? Pasal senarai 18 orang kalau saya lihat, hanya 2 orang sahaja yang ada ketokohan bakal YB, dan berjiwa Rakyat? tepok dada, tanya selera.

Guru Kunak

Tanpa Nama berkata...

Pendapat saya, Calon BN untu PRU ke 13, yang paling layak, se orang Guru dan Se orang Doktor, Kerana mereka ber 2 mempunyi Kerateria yang tersenarai di atas.

Daripada,

Bakal Calon PKR dalam PRU ke 13 Dun N 51 Kunak

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa bekas Pesarah Guru yang paling layak menjadi Calon BN dalam PRU ke 13, Kerana Beliau bersih dari segi Moral, dan menepati dari segi Keteria Calon.

Daripada,

OKMDKK

putera berkata...

hai srk...salam kpd semua saudara dan saudari pada saya dan mungkin juga ada setuju hanya yang bernombor 4 yang mempunyai kelebihan potensi...kerana beliau walaupun muda tetapi matang walaupun kelihatan agak terbatas pergerakan namun lihat serba sedikit tentang keperibadiannya dan jgk perancangannya yang kita mungkin tak sedari..krn setahu saya beliau ini bergiat cergas dan aktif dan jwtnkuasa yg penting dan sering mendahulukan kepentingan umum berbanding dirinya...ini hanya pengamatan saya selama ini kerana saya telah berbual dengan ke semua cacatan 1-17 ini sejak 10 tahun lepas.

panah sakti berkata...

as salam kepada semua...terutamanya kpd SRK.tahniah atas usaha anda memberi ruang terbuka untuk kita bertukar pendapat demi masa depan kunak.saya ingin fokus kepada pemikiran...kalau kita lihat dari sudut ini kita perlu sangat pemimpin kita itu mempunyai cara pemikiran yang tajam dan tidak hipokrit.byk kalau kita amati cara pemikiran ini harus kita membaca cara PM malaysia kita sekarang dan membawa halatuju negara sesuai dengan demad masakini? lihat byk yg telah dirancang dan di laksanakan dlm tempoh yg singkat ini telah mula membuahkan hasil..spt contoh: slogan 1malaysia,Juara Rakyat,Jkpbn,progarm sabah sarawak,makmal2 MOsti,dsbnya yg ko kwn di sana baca dan teliti melaui medium media..tapi di kunak ni sepatutnya telah lama maju,cuma sehinga kini kita masih tercari-cari siapakah yg mampu mengalas job ini?dari dulu lagi kerajaan usno,berjaya,pbs dan kini sebagai contoh tinggalan legasi mrk di kunak ni masih lagi kelihatan tinggalan tugu-tugu yg menyakitkan mata yg seharusnya telah lama berganti..umpama tunggul2 kayu yang di makan anai-anai iaitu kedai papan satu tinggalan sejarah yg tak harus kita banggakan.lihat saja la pekan2 lain dah mula membangun walaupun satu ketika dulu jauh ketinggalan spt sipitang,kinabatangan dan papar kota belud, marudu dan lain-lain..kita di kunak?kaya sumber laut dan darat tapi ramai sangat yg miskin merempat tak ada tanah ..kenapa?saya juga pernah ke satu tempat sebuah daerah di sarawak satu ketika dulu mundur tapi kini telah jauh memintas dari keadaan fizikal kita di kunak..apa sebab ha?ada pegawai di hantar untuk membantu mengurus kunak sampai sekarang tak ada pun yg patut di syukurkan malahan tabiat2 pegawai yg berkhidmat di kunak ni macam singgah melepaskan tahi kemudian sampai masa cau pindah tempat lain..ada tanah di kunak pula tu...tak semua la..hisss!jadi semua ini kerana pemikiran dan cara bertindak dari awal lagi. ada juga kedengaran bertugas di kunak ni bagus senang cari makan sbb org2nya lemah dan tak suka membantah mcm pak turut saja..ini kata mereka..baikalah saya sentuh ni krn perkara ini telah lam berlaku dan menjadi warisan tradisi bagaimana mentadbitr kunak sama ada politik ataupun sebagainya.sila beri komen yg jujur agar kita dapat membuka mata dan bertindak krn kita di kunak ni bukannya bodoh ramai yg terpelajar tapi masih ada sikap anti orang terpelajar..satu hal lagi mcm mana nak tadbir kalau yg cuba mengajar ni rendah pemikiranannya bak buaya menganggakan mulutnya bila lapar..tau makan saja berfikir malas..bejalan mcm firaun tgk ke langit.....

kunakpress.blogspot berkata...

Salam buat semua,
panah sakti punya komen boleh pakai dan sy tahu 'panah sakti' tentu mampu menilai seseorang yang boleh dipilih sebagai pemimpin berjiwa rakyat.

Saya faham, panah sakti bukan berniat mengkritik semata-mata tetapi menyayangi Kunak.

SUARA RAKYAT KUNAK berkata...

T.kasih Putra, PanahSakti dan KP, Saya hargai Komen dan Ulasan anda semua, tetapi jika ada nama2 di atas tersenarai, kena lah, bagi sebab nya mengapa anda pilih dia? apa kehebatanya bakal Calon BN PRU ke 13?

Tanpa Nama berkata...

1Kunak, 1 Malaysia, 1keluarga (masyarakat) BUKANNYA 1kroni saja yg maju dan untung bila sudah menjadi YB!
Budak-budak Mostyn atau pengundi muda berjiwa pejuang moden

sentuhan kalbu berkata...

salam semua.saya sangat berminat dengan forum ini.kalau panah sakti ada komen ttg pemikiran saya ingin kongsi mengenai perancangan.sy rasa masih awal untuk kita kpd individu di atas..saya anak kunak.setiap tahun kerap juga saya balik ke kampung sekiranya ada kelapangan.nampak memang ada sedikit perubahan terutama dlm lanskap dan keceriaan bandar namun ini sebenarnya tidak mencukupi.saya tak nampak apa sebenarnya perancangan utama daerah kunak dalam segi infra sbb mana-mana saya jabatan di daerah ku ini lansung tak nampak pelan pemnabgunan jabatan itu sendiri apa lagi pej daerah langsung tak ada carta organisasi saja yg kelihatan tu pun ada yg tak ada gambar,pun saya pergi ke pej upkr.langsung tak mencerminkan tempat itu atau menunjukkan sebagai pusat rakyat jgnkan sehelai kertas yang terpampangmengenai kegiatan atau pelan induk saya masih melihat seolah-olah di zaman 80an.itu tak apa tapi bila saya lepak kat kantin pun saya mendengar cerita-serita yang berkisar ttg projek saja and story about yb bila dtg? langsung tak kedenganrn pemimpin2 jkkk atau k.k @ seumpamanya bercakap mengenai education,moral,jenayah atau memngenai modal insan anak bangsa.persoalannya di singkatkan di sini sapa2 yg berminat nk jd calon tu mesti ada fikir ke hadapan. masa depan anak bansa terletak kepada perancangan yg teliti dan kita harus agresif meniti arus globalisasi yg semakin pantas dan cepat.pada saya calon yg layak perlu mantap dari pola ini dan tgk2 ada 2 saja yg layak menjadi calon di kunak ini.tapi masih terlalu awal untuk memberi skor krn saya mahu rakanrakan di luar sana bersama-sama kita menghurai saranan bloger..so kawan-kawan yg ada di sana komen la mengenai lain-lain yg di bangkitkan.saya ulas mengenai ini cukup la dan kalau dah abis baru lah kita kpd ulasan indiviidu dari satu hinggalah ke 18 itu.apa macam?harap saudara bloger bersabar kita panjang-panjangkan lagi agar kita dapat satu kesimpulannya nanti..pada panah sakti syabas dgn luahan itu jgk kp dan putera kita ajak kunakian kita rancakkan forum ini.selamat maju jaya.

koboi berkata...

kalau jasa tak perlu la nk jadi yb lagi dah kaya tak perlu lagi lagipun masa ni tiba dah kepada orang-orang muda pula.tp yg penting jgn kroninya sama juga kalau kroni-kroninya jadi yb.tengok la kalau boleh kunak ni mau di penuhkan dengan suku-sakatnya saja lihat saja di majlis daerah,pej rela,pej daerah pej upkr mereka menguasai.jangan marah jwt tukang sapu kutip sampah keja petrol pam,kerani,tu saja lah yg kita mampu bersaing bukan tak ada sijil tapi peluang bukan kita yang menconggaknya,. berhenti lah!berhenti lah! jangan kembali ke kunak bagi peluang keseimbangan kepada kami di sini.nasib kerajaan sedar sabah aset penting kerajaan kalau tidak alamat tak berturap la jalan2 di kunak ni.nak buat stadium pun tak dapt dah kena ceroboh ya allah!

SUARA RAKYAT KUNAK berkata...

Shabas kepada semua Pengomen dan Pengulas, Bloger2 yang di Rahmati Allah, Saya angap anda semua Pejuang Demokrasi, terus kan mengomen dan mengulas, agar kita dapat mengupas di penghujung nya nanti, SRK menjemput semua Bloger2 dari dalam Daerah Kunak dan dari luar Daerah Kunak, memberi pandangan2 yang bernas untuk tatapan kita bersama.

Tanpa Nama berkata...

yb kunak banyk tipu, kasi kono jink, tangki sama jkkk tpi tak smpai sama orang kmpung.
Pucuk pimpinan tk perlu pilih dia jdi calon balik dan kuncunya pun sama juga.

sy tinggl dkt laut pun tak dibagi jink dan tangki air. yg sy nampk tangki hanya berlmbk di stor atau rumah Jkkk atau dijual pula sma org kmpung yg memerlukan.

Tanpa Nama berkata...

DEKAT LAUT.

mau saja publisisti kono panggil WARTAWAN RTM buat liputan lah, sama wartawan surat khabar dan tukang gambar si orang tua itu pun sy tengok tadi pagi di dewan masa majlis penyerahan lantikan Jkkk Kunak .

Mau publisisti tapi tipu sma rakyat.Kono iklas becakap tapi dibelakang tak ikhlas.

panah sakti berkata...

salam.kita kena ker ja kuat untuk memastikan ada yg terbaik kali ini.tgk la jkkk yg di lantik tu kalau tgk kualitinya jauh asyik bodek saja. merancang tak pandai asyik2 nak bagi cadangan tu pasal projek saja.orang miskin tak dipeduli fail pun tak ada.apa lagi kalau meeting jkkk di kg2 tak pernah buat asyik tunggu yb saja.ni la penting nya memilih pemimpin tak kira la dari atas hingga la ke akar umbi

Kontraktor Pencen berkata...

KONTRAKTOR PENCEN
Kalau Pengerusi JKKK, tak reti buat kerja dan peruntukan Adun disalahguna, jgn salahkan Pengerusi JKKK, sebab mengkali Adun nya pun sama jugak.

Jangan ajar anak buah kencing duduk sedangkan Ketua kencing berlari.
Ndak ngam itu...

Tanpa Nama berkata...

Saya lihat semua 18 bakal calon, yang paling layak, Hj Yusuf Apdal

Tanpa Nama berkata...

PEMERHATI SARDIN CAP BOLEH LAH!

Hj.Yusof Apdal pun mungkin tak layak jadi calon Kunak, dia sudah kaya bah. Takkan Umno Kunak nak dijadikan organisasi keluarga orang-ornag kaya?... kalau boleh pucuk pimpinan Umno Pusat beri orang Kunak untuk DUN Kunak, kalau Yusof nak jadi Adun sekalipun , minta dia lobi di Semporna dan tambah kawasan DUN Semporna lagi satu.

Jangan lah tak dapat di Semporna, dia nak pula di Kunak., mana ada adilnya kpd orang Kunak.
Pikirin sendiri?....!!!

Lagipun dia dah ada rekod di Bahagian Silam pernah digantung keanggotaan.

Tanpa Nama berkata...

Bagi saya Chigu Gabra paling layak menjadi YB.

Tanpa Nama berkata...

Salam SRK, tolong keluarkan bakal Calon dari PKR, untuk di Nilai Rakyat Kunak, T.kasih.


Mat Rempit

TUPAI EMAS berkata...

TUPAI EMAS
saya sokong Klu yg nak jadi calon tu org yg selalu dekat sama masarakat. Bukan yg sudah menang kemudian jarang tengok mukanya

Tanpa Nama berkata...

Saudara SRK...
Diantara mereka saya berpendapat yang paling layak ialah saudara halid bin harun, pemimpin kemajuan rakyat kunak bagi menggantikan datuk nilwan sekiranya bersara kelak. Yang lain tu ok juga tapi kurang pengalaman.

Anaktimur - Madai.

Tanpa Nama berkata...

Bagi sya calon number4 dan number3 la yg pling lyak,selain muda dan sederhana dr segi harta bendanya,mereka juga sgat lyak,kerana di zaman moden ini pemimpin yg terpilih adalah dr kalangan org berpelajaran sahaja yg layak memimpin dan menjadi ketua kpd msyarakat budi pekerti yg bleh di percayai berbanding dgn calon2 yg lain yg lebih menyerupai wajah2 penjenayah,maafkan sya kalo sedikit terkasar tp itu cuma pndangan ikhlas,tepuk dada tnya selera akhir kata jgnlah pilih yb dr klangan mereka yg mcm PTI,Kaki smuggle,ataupun Gangster.biarlah YB kali ini dekat dan prihatin dgn rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Salam senua..
Nak komen sedikit pandangan di atas. No3 tu ok juga,tapi bukan menetap di kunak. kalau ada pemilihan baru timbul, lepas tu bulu mata pun tak nampak. Macam mana nak bela orang kunak.

No4 pula tak boleh dicontohi. Nak jadi pemimpin yang baik ni, kenalah belajar jadi pengikut yang baik. Datuk Nilwan yang bagi jawatan, umur belum setahun jagung sudah mau lawan ketua. Dulu belum ada jawatan, siang malam di bawah ketiak datuk. Sekarang jarang turun kerja, makan gaji buta. Gaji haram tu! Maaf bukan nak mengata, tapi sekadar mengingati.. Kadang ada yang terlupa. Disangka intan rupanya kaca. Disangka sedekah, rupanya rasuah.

Jauhari - Pengkalan Kunak.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah SRk..
Ko memang ada idea. Aku sokong jauhari. Kasi buka kepala orang kunak. Jangan terus mau dijaja. Tengok apa jadi pejabat daerah kunak, apa mo jadi majlis daerah kunak. Itu semua peninggalan penjaja. Ini kalo masih mau orang semporna jadi yb, Do pun kasi angkat juga. Mana lagi mau cari makan, ada sisa baru orang kunak ampit la. Kasian.

2K/Keling Kecewa.

Tanpa Nama berkata...

Sokong..sokong...sokong............

Keratang

Tanpa Nama berkata...

Gua sokong anaktimur. Itu halid pkr memang sasuai jadi yb ganti nilwan pasal dia sudah jaga 2yb. Itu olang cemburu mising2 samua keluarga yb pasal mau juga pkr. Lain olang mana ada mising. Kasi try sama jainah jadi pkr la, 3 hali tabakar kunak ooooo.. itu olang putih bole mali datang angkat alang batu pasal itu batu pun sdh jadi arang. pasal itu mulut atas ada api banyak musat oooo... kluar bur...burr....

NAGA8TELOR

Azmi berkata...

Abdul Rahim Wahab bah yg layak, orang nya sentimental man.

Tanpa Nama berkata...

Salam Semua. Tidak kira daripada parti mana yang akan menjadi Wakil Rakyat pada hemat saya ,orang yang paling sesuai untuk menjadi Wakil Rakyat Kunak hendaklah seorang yang berlatarbelakangkan pendidikan Politik atau dilahirkan dalam keluarga politik. Beliau juga mestilah seorang yang berkemampuan dari segi kewangan dan telah memberi sumbangan yang besar ke atas Daerah Kunak. Di samping itu juga beliau mestilah seorang yang bermoral. Kita tidak mahu Wakil Rakyat yang akan dilantik nanti seorang Y.B yang direka-reka, seorang Y.B yang meminta-minta dan seorang Y.B yang melindungi penjenayah dan mementingkan keluarga dan kroninya sahaja.

Azri- KAMPUNG KUNAK JAYA KUNAK

Tanpa Nama berkata...

sokong....sokong...sokongggg...
yg penting org kunak. jgn lg impot pemain semporna. nnt mcm pak pandir, menang sorak kampung tergadai.

Keratang.

Ranjau Kunak berkata...

sy suka baca blog Kunak Press, ada fakta dan gambar.

Tanpa Nama berkata...

akum,pada semua yg telah mengomen sya berpendapat kita kena lah berhemah dalam menuturkan kata kita.jgn jadikan medan ini sebagai ruang untuk mengata berlebih-lebihan,pada saya kesemuua yg di senaraikan itu baik-baik belaka,tapi kekadang ada semacam nak mengenakan sasaran kpd seseorang boleh menimbuulkan fitnah.soal yang layak biarlah kita berbicara dgn sopan dan beertukar pendapat dengan lebih tertib.

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dengan komen di atas

Tanpa Nama berkata...

Apapun rakyat sudah moden, celik dan tau menilai. Mana mau rakyat diperbodohkan selama2nya. Jgn fikir ini masih jaman penjajah british lg. Jaman sekarang janji mesti di kota, sumpah mesti dilaksana. Barulah rakyat sayang. Dan kita juga harus bersukur, kerana kunak tidak ketandusan pemimpin. Cuma nak tanya SRK, mana senarai calon PKR kunak, keluarkan la supaya rakyat juga boleh menilai. Jangan main buyuk ba.

2K/Keling Kecewa.

Tanpa Nama berkata...

Salamualaikum dan salam sejahtera…

Setiap perjuang harus jelas arah tuju dan kpimpinan. Rakyat memberikan undi yg cukup besar dlm pru 12 harus difahami maksud yg tersurat & tersirat. Rakyat mahukan suatu perubahan yg begitu jelas & deras bagi mengimbangi kepincangan sruktur sistem yg sedia ada sebelumnya.

Dgn kelebihan 4115 undi, rakyat mahukan suatu perubahan dlm SISTEM pentadbiran dan pengisian kakitangan baik di pejabat daerah, majlis daerah, unit upkr, mahkamah anak negeri & seterusnya sruktur jkkk & ketua kampung, yang mampu membangunkan daerah kunak seiring dgn kemajuan arus perdana.

Dengan kelebihan 4115 undi, rakyat mahu melihat pelbagai agenda dan perancangan yg sistematik mengeluarkan masyarakat subsidi keluar dr garis kemiskinan, pergerakan ekonomi yg mantap, rakyat hidup dlm suasana yg harmoni dgn semua kaum diberikan hak & peluang yg sama rata, adil & saksama.

Dengan kelebihan 4115 undi, rakyat mahu sistem pendidikan di daerah ini dpt diberikan perhatian sewajarnya agar dpt berfungsi & melahirkan generasi pintar & berintelektual yg mampu melahirkan pelapis kepimpinan d masa akan dtg, tanpa bergantung lagi dgn tenaga mahir dr luar daerah. Dimanakah salahnya jika suatu hari nanti pejabat daerah kunak & majlis daerah kunak dipimpin oleh anak tempatan kunak? Dimanakah salahnya nanti jika ketua polis kunak adalah terdiri drpd anak tempatan kunak? Begitu juga disemua jabatan2, ketua dan kakitangannya adalah anak watan kunak? Salahkah suatu hari nanti kunak melahir ramai peguam2 yg boleh menjadi pembela, melahirkan engener2 yg blh membangunkan kunak@negara?

Dengan kelebihan 4115 undi rakyat mahu juga menikmati agihan sumber kekayaan yg ada di daerah ini yg terkenal dgn pengeluaran kelapa sawit. Berpuluh2 ribu ekar@hektar tanah d buka utk penanaman kelapa sawit tapi adakah memberi manfaat kpd rakyat kunak? Tnyalah syarikat gergasi tersebut apakah sumbangan mrk kpd rakyat kunak atau mrk kemari hnya mengaut kekayaan sumber yg ada. Datang tanpa dijemput, pergi tanpa bicara, Jadilah kita spt pak pandir,menang sorak, kampung tergadai. Berpuluh2 kapal lengkong yg datang, tp yg jelas rakyat kunak yg melopong.

Persoalannya… Adakah semua ini sudah terjawab atau masih merancang dlm rancangan yg terancang atau memang tidak ada perancangan…. Semua akan terjawab dlm PRU13.

PRU13

Tanpa Nama berkata...

Kepada 2k/keliling kecewa,

Saya mohon maaf kerana lambat menyenaraikan Bakal Calon PKR, di sebabkan, pada 28 bulan ini baru di ada kan mesyuarat agung PKR Silam, jadi selepas mesyuarat agung baru lah senarai nama2 Bakal calon PKR akan di pamirkan, t.kasih

Tanpa Nama berkata...

Siap kata Halid Harun layak jadi calon Bn pru 13 ganti Nilwan.?
Mana buleh Halid jdi calon BN, dia banyak tipu punya urang.

TILIK JAGUH KAMPUNGAN

Tanpa Nama berkata...

Wahai PRU13..
Siapakah anda...tampilkan diri anda yg sebenarnya. anda telah dapat mengupas dan mengulas keinginan rakyat kunak yg sebenarnya dgn lembut, tepat dan berani.
tahniah!!!!

Pak Runa berkata...

Yang memiliki kriteria ini: "Seseorang yg apabila berada di antara suatu kumpulan dan tidak ada pemimpin, maka dia kelihatan seolah-olah pemimpin mereka...dan apabila dia berada di antara mereka sedangkan dia adalah pemimpin, maka dia kelihatan seakan-akan dia adalah seorang daripada mereka".

Tanpa Nama berkata...

Tq kunakian atas respon yg anda berikan. Saya hnya memberi suatu pandangan yg blh membuka minda kpd suatu cetusan arus perubahan yg terancang sebelum terlambat utk mengubahnya.

Hakikatnya jelas rakyat mahukan perubahan. Itu sinopsis yg ringkas tapi jelas terjemahan dr PRU12. Hanya org yg buta hati cuba pura2 utk tdk memahaminya. Jadi jgn tunggu sampai rakyat mengubahnya atau tuhan yg menjatuhkan hukum karma Nya.

Tak pernah ada penyesalan itu lahir d hadapan melainkan selalunya hadir di belakang. Sekadar mengingati, bukan menyakiti..jgn jadi mcm bak kata pepatah "Pandai tak blh diikut, bodoh tak blh diajar".."lurus pula mcm bendul"..."mudahlah orang tikam belakang"

Salam hormat.

PRU13

Tanpa Nama berkata...

TILIK JAGUH KAMPUNG lu jangan ckap itu macam. Pasal itu cakap tidak bagus. Lu cakap itu macam lu apa ada bukti ka itu halid ada tipu sama lu atau lu punya kawan? Lu cakap la tapi mesti kasi bukti ma. Atau lu olang sentili memang panipu. Itu macam cakap aa, lu kasi rosak olang punya masa dapan. Wa tau itu halid bagus punya, lia janji kasi wa jing sama tangki sutah kasi ma, tada tipu punya. Apa pasal lu cakap itu macam.. Wa manyak tlima kasi, itu lulu aa, wa tada tangki, wa sama mini mandi turjun laut oooo. Hayya, manyak sangsala wa cakap lu. Wa titun malam sama mini, lia cakap gua ada gatah, ayya dia pun lagi ada gatah… ayya wa mau titun, mini sutah panggil, gatah gatah la…

NAGA8TELOR

Tanpa Nama berkata...

Silamat pagi semua lakyat malaysia.
Wa senang hati baca PRU13. Itu kunakian lu tak paya ajar sama dia orang. Meleka itu mcm apek cina tua lalam wayang p.lamli. Apek lompat! apek lompat!Hayya apek lompat! itu apek lompat juga pasat amoy cantik sulu sama dia lompat.. Amoy sulu tutup mata pun lia mau, pasal amoy maaaa. Belakang apek suda tandang lalam longkang.. Itu apek masih mole ketawa lalam longkang, pasal itu amoy cakap sama dia, hayya apek lu memang hansom lan belani..

Tanpa Nama berkata...

Pembaca yg budiman..
Sy meminati ruangan ini utk kita sama2 membuka minda dan fikiran. Apa kata kalau kita sama2 mencadang Tn. Hj. Hussien Bin Ibnu Hassan sebagai calon akan datang. Beliau merupakan seorang yg tegas, berani dan berwawasan. Bapa beliau En. Ibnu Hassan juga merupakan pemimpin masyarakat kunak di masa lalu. Terima kasih.

Bujang Senang

DUNDUN berkata...

Bah OK bah kalau kau..

Tanpa Nama berkata...

ABANG ZUL
Dalam senarai 18 org yang kono bakal-bakal calon Kunak itu, ada juga bah yg suka janji dan tipu. Tak tau lah kalo terlupa janji atau sengaja lupa janji manisnya...

Sedangkan pegawai kerajaan, wartawan pun sy dengar pernah ditipu dan janji saja bah.
Kalau pegawai kerajaan dengan wartawan pun diurang pernah tipu, apa lagi sama rakyat biasa.
Cakap saja depan jujur tapi belakang lain cerita.
Ini mau kono jadi calon atau pemimpin lagi.

Sory lah kalau Perdana menteri kita, datuk seri Najib pilih jenis org macam ni.

ROCKERS VOTERS KUNAK berkata...

betul tu abang Zul, yang saya tengok semua YB-YB yg pernah bergelar wakil rakyat tahu banyak janji saja...
Tipu... lagilah teruk, dari peringkat pegawai hingga kuli dan tukang sapu pernah ditipu? Hoo.hoo..

Tanpa Nama berkata...

Salam SRK.. bagi saya la kan,ciri -ciri penting yang perlu ada dalam seorang pemimpin adalah dia haruslah berpelajaran dan mempunyai wawasan serta kewibawaan bagi pembangunan daerah Kunak. Antara penama calon dari 1 hingga 18,bagi saya dan kebanyakan suara - suara orang kunak,saya setuju En Industan adalah seorang yang layak untuk jadi PRU 13 kerana beliau masih muda dan mempunyai idea - idea yang bernas untuk pembangunan, berpengalaman dari segi pembangunan daerah kunak (Pesara Majlis Daerah Kunak)lagi pun beliau sering membantu dan memudahkan pengurusan- pengurusan semasa beliau berkhidmat di Majlis Daerah Kunak dan ini adalah tidak mustahil beliau adalah yang terlayak dari kalangan 18 calon PRU ke -13. Sekian dan terimasss...

Tanpa Nama berkata...

Tn. Hj. Hussien dan En. Industan boleh masuk pusingan seterusnya sebab sudah tidak minta makan lagi sama kerajaan@berdikari. Ertinya sudah ada ketahanan mental. Yg lain2 tu kalau ada hasrat nak jadi calon dan masih sbg penjawat awam, letak jawatan dulu, baru rakyat boleh nilai kekuatan fizikal dan mentalnya. Jangan main curi ayam dgn macam2 alasan dan ulasan. Itu baru gentleman. Rakyat mahu tengok boleh hidup kah kalau sudah tidak ada gaji. Disini rakyat sudah boleh menilai adakah bakal2 pemimpin ini berani dan pintar, atau pengecut@pembuyuk. Klu mrk boleh tunjukkan contoh mampu berdikari, rakyat juga mampu berdikari. Wasalam.

Bujang Senang.

Tanpa Nama berkata...

Salamat pagi Malaysia. Wa manyak sokong itu mulut bujang senang. Wa fikir mau nyadi calon aa, musti belenti lulu keleja sama kelajaan. Nanti lu punya keleja manyak kacau, pasat suta campur lain keleja. Lu suta tipu lakyat, tipu sama kelajaan. Kelajaan bayar lu punya gaji, tapi lu mikin lain keleja, mana ngam oooo. Lagi aaa, mana mole kawin kalu masi minta makan sama bapak. Mikin malu oooo.. Lu kalau mulum rasa susa, mana lu tau lakyat susa. Itu mutut, msti belenti lulu. Nanti lu jadi yb, macam itu pirana, semua hantam tulang pun tatak kasi tinggal. Lakyat lu nyanji nyanji… lakyat suta bodo, lu tamba kasi bodo. Kasian lakyat oooo. Itu keleja sama kelajaan pun jaga lakyat juga, napa mau nyadi yb balu jaga lakyat ka?

NAGA8TELOR

Tanpa Nama berkata...

Itu Naga8telor bukan bekas kakitangan awam ka yg pernah kejoo dgn pemimpin?
Hee.he.. kalau you org melayu guna lah bahasa melayu , jgn pakai loghat cina.

Bujang separuh senang

Tanpa Nama berkata...

Salam SRK, Bila agak nya tutup penelian Calon PRU ke 13, sebab saya rasa banyak pengomen lebih daripada mengondem daripada mencadang?


Suara Suara Pilu

blueboy berkata...

Ada kejutan dalam beberapa bulan ke depan.....???????????????????

SUARA RAKYAT KUNAK berkata...

Suara Suara Silu, Saya akan tutup Pemilihan Calon PRU ke 13 setelah kita sudah dapat Calon2 yang layak ke pusingan ke 2, terus kan mengemukkan bakal Calon pilihan anda, yang memenuhi Kareteria di atas, T.Kasih

Tanpa Nama berkata...

Salam SRK . Aku ni lebih suka maninguk calon PKR bah....sapa yg paling hansam , jangan kau bagagal , istidi kau .

Ulat .

Tanpa Nama berkata...

Silamat pagi malaysia...
wa mau celita lagi.. kemalin wa jual kepala sawit.. tala manyak, 5tan saja. Wa 3 mini tada hal punya. belakang latang kawan mau minta blanja minum.. wa blanja.. wa tnya apa keleja.. tada keleja.. apa mcm makan.. lia cakap ada tuhan. Belakang latang lia punya mini sama botol mala2 hantam lia punya kepala picca ooo. wa tnya kenapa mala.. mini jawap anak sutah mati tita makan, sulu keleja lia jawap ala tuhan.. ala tuhan....mini mala pun jalan. Blakang kawan mala sama wa, apasal lu titak tolong tangkis ... wa jawap wa mau tunggu tuhan tolong tangkis sama lu.... belakang lia minta tolong wa antar hospital mau jayit kapala, wa cakap " tak payah hospital, lu tunggu sini sampai tuhan latang jayit lu punya kapala"

NAGA10TELOR

Tanpa Nama berkata...

Salam Apek, saya cadangkan kepada yang ada istri 3 tadi cuba suruh tambah lagi 1, kasi cukup 4 orang, baru lah ikut sunah nabi.

Tapi jangan2 c Apek ni yang 3 bini kot, munkin dia juga yang kenaq pukul oleh bini nya, tadi aku tengok dia ada di hospital, kepala nya bebalut, macam orang baru pulang dari naik Hj.

Keromok

Tanpa Nama berkata...

kah..kah...kah... ayyoyooo.. urang kunak takut sudah mau jadi yb. PKR lagi penakut.. Simpan calon dlm lobang cacing.. kasi taru la :
1. Hj. Beddu - juara tara tahan.
2. Jupri k. - xxxxx
3. Hj. Pele - 60xxxxxx
4. Negros - ?!,% xxxxxx
5. Wahid satay - 18xxxxxxx
apa mau tunggu meting...
ini baru aci...

2K/KELING KECEWA

Tanpa Nama berkata...

Betul itu Apek, cuma mana nam c Citra, ok ba, kepala sudah bai kah Apek, jangan tunggu Tuhan kasih baik, saya lihat kau semalam sampai pukul 4 pagi minum di simpang 4, jangan2 kena pukul lagi kepala mu Apek sama Bini mu.

Keromok

Tanpa Nama berkata...

Apek, cuba ulas sikit pasal itu Blog Zenja Liza, apa kau punya komen?

Keromok

Tanpa Nama berkata...

Hayya kelomok.. apasat lu hantam wa. Wa tata kacau olang. Wa memang 3 mini tapi tata gaduh, kici2 ada ma. Wa mini nomol satu keleja sekolah, nomol lua keleja hospital, lan nomol tiga keleja bank. Wa tak manyak masala. Wa sakit ada jaga, wa punya luit ada jaga, wa punya anak2 pun sinang pasal luma ada sikola. Wa sekalang mau cali mini nomol ampat kalaja kapal tarbang supaya wa sinang makan angin. Hayya kelomok lu mau ka celita lakyat?

Tanpa Nama berkata...

Selamat Pagi Malaysia. Wa mau sampung celita… lulu2 ada sabuah negeli nama ku nak kesian. Satu pemuda tengok lakyat sengsala. Samua takut sama hulubalang lan menteli. Semua menteli muncit2 macam babi. Pasal meleka suka makan lakyat. Ada hantam kaki, ada hantam pulut, ala juga hantam buntut. Itu olang muda pigi jumpa laja mau kasitau manyak hal ini menteli punya keleja. Lia fikir raja tatak tau punya hal. Mulum lia cakap, laja suluh menteli lan hulubalang tangkap itu olang muda. Laja bilang, kasi wa kepala, itu lain lu olang bagi2… Kesian olang muda, mulum cakap suta mati.

NAGA10TELOR

Tanpa Nama berkata...

Salamat pagi Apek, Ngua lengak lu pun mau masuk jadi Calon, ala mutut ka? tapi mukan Calon Parti, tapi Calon Mentua, he he.

Kelomok

Tanpa Nama berkata...

Ayya kelomok.. lu ada dingar ka apa suta nyadi sama itu laja ku nak kasian?!!!

PIPIT berkata...

aca mau kasitau semua, jangan sibuk2 lagi pasal mau calon. PIPIT bilang 10 yb konfom kekal lah... sekarang dia punya pkr, cdo dan addo bole trus bgaduh hantam projek. Kenapa klu kunak ni kamu telan semua. Apa takut sama SPRM, yb bole cover ba. Klu pun datang SPRM, btapuk la ba dlm celana yb.

ANAKELING

Tanpa Nama berkata...

Pemantau berkata......

kami ni pendatang dengan izin dan pemantau. di tempat kami ndak da bah begini. kamu2 ni saja yg bergaduh-gaduh pasal berebut kuasa.... mungkin kamu kurang sedar, yang kamu lakukan ini ibarat menepuk air didulang. ada baikya jika kita memikirkan bagaimana mau memajukan diri sendiri dulu daripada memikirkan calon2 yang belum pasti. semua calon ada sejarah yang tersendiri.......... kura2 dalam perahu.. dah garu cendana pula, sudah menggaru, ndak bercelana pula.... hidung ndak mancung, pantat goyang2..... cuba kita fikirkan dan renungkan di mana kedudukan kita, bangsa kita berbanding dengan bangsa lain, agama kita juga.... lebih baik dalam diam kita memajukan diri sendiri daripada kita memikirkan sapa calonnya. sudah2 lah kamu. kamu pikir kunak jak ka yang mau dipikirkan?