Gambar hiasan : Luruskanlah cara kerja Jabatan tanah khususnya PPHT dan kakitangan yang berkenaan seperti lurusnya jalan raya ke Kunak seperti dalam gambar di atas!
Setahu aku jalanraya tidak semua lurus, hanya beberapa tempat saja, dan kadangkala bengkok atau berliku. Apakah manusia sanggup ditakrifkan dengan kebengkokan hati dalam menempuh kerjaya mereka sehingga melalaikan tanggungjawab untuk berkata benar?
Surat Terbuka ini saya tujukan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman, agar dapat memperbaiki sistem pengurusan semua Jabatan Tanah di Sabah.
Di mana kesilapannya PPHT (Penolong Pemungut Hasil Tanah) Sabah?
1. PT (Permohonan Tanah) yang di keluarkan dari Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT) Daerah disimpan dalam fail atau di stor tidak diproses dengan segera.
2. PT yang dikeluarkan dari PPHT Daerah banyak pertindihan.
3. PT yang dikeluarkan dari PPHT Daerah tak di bawa ke Mesyuarat LUSC Daerah.
4. PT yang dikeluarkan dari PPHT Daerah ada campur tangan ahli politik.
Faktor-faktor di atas menyebabkan Pekebun-pekebun Kecil tertinggal dari segi hak dan kepentingan mereka sebagai rakyat Sabah untuk mendapatkan kelulusan Tanah.
PT-PTpemohon ada yang sampai 20 tahun disimpan di dalam stor PPHT tak diproses.
PPHT harus ingat, gaji anda semua Rakyat Sabah yang bayar, jadi jangan berlagak, jangan jadikan PPHT umpama Syarikat anda sendiri. Sampai masa anda juga akan pencen itupun kalau diizin Tuhan persaraan anda sampai pencen!?
Jangan ubah Slogan PM, 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan,... Jangan pulak PPHT ada slogan sendiri, Taukey-taukey didahulukan, Rakyat dibiar gigit jari.
Semua masalah di atas mengakibatkan permasalahan Rakyat untuk mendapatkan Geran Tanah secara adil dan saksama .
Masalah di atas lah yang menyebabkan pergaduhan di antara Pekebun-pekebun kecilTingkayu dengan Samseng-samseng yang dilantik oleh Taukey-taukey yang mendapat Geran Tanah melalui pintu belakang Jabatan Tanah !.
Rakyat Sabah berharap, sebelum PRU ke 13 Pengurusan Jabatan Tanah Sabah harus diperbaiki agar dapat Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.
'Janji manis perlu ditabur dengan tindakan yg positif bukannya hanya ditepi bibir tebal'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan