Ahad, 13 September 2009
Astro Hanya Pentingkan Keuntungan Tapi Menindas Pengguna
Saya adalah seorang pelangan Astro amat kesal dengan Syarikat Astro yang hanya mementingkan keuntungan, tanpa memikirkan pelanggan. Pada tanggal 12/08/09 telah menaikan tarif pembayaran Astro di Semua Restoran di Malaysia dengan caj Rm1,500.00 setiap bulan, kepada semua Restoran di Malaysia yang menggunakan siaran Astro. Saya mencadangkan kepada Kerajaan Malaysia agar Lesen Astro di bekukan untuk sementara waktu. dan tambah hingga 2-3 Syarikat lagi untuk bersaing dengan Astro secara sehat. Memanglah kalau sebuah Syarikat sahaja yang di beri lesen beroperasi seperti Astro sewenang-wenangnya menaikkan caj pembayaran seperti sekarang ini. Suka2 sahaja menaikan caj pembayaran kepada pelanggan. Saya berharap Kerajaan harus mengambil tindakan terhadap syarikat Astro agar tidak sewenang-wenangnya menaikkan pembayaran sesuka hati. Jika Kerajaan tidak menambah persaingan Astro, maka, Saya menyarankan kepada Semua penguna Astro di Malaysia, agar memotong siaran Astro sebagai pengajaran kepada Syarikat Astro. Suara Keramat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan