Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Khamis, 15 Jun 2017

Seludup Ganja Guna Durian

Bangkok - Seorang penyeludup dadah menyangka ideanya untuk menyeludup 306 kilogram ganja ke Hatyai di selatan Thailand dari bahagian timur laut negara ini pasti berjaya dengan menyoroknya dalam timbunan durian yang dibawa dengan sebuah pikap.

Lelaki berusia 30 tahun dari wilayah Umnartjaroen yang ditangkap di Hatyai semalam itu juga menyangka bau durian yang kuat tentu tidak menarik minat pihak berkuasa untuk melakukan siasatan rapi terhadap pikap tersebut dan barangan yang dibawanya.

"Tetapi, ketika pikap itu ditahan polis, empat pegawai kami berasa curiga dengan kelakuan lelaki berkenaan ketika disoal siasat dan akhirnya, helahnya terbongkar apabila ganja tersebut ditemukan disorok di bawah timbunan durian," kata ketua polis Hatyai Kol Kittichai Sangkhataworn kepada Bernama, Selasa.

Lelaki itu kemudian ditahan polis untuk siasatan lanjut dan pihak berkuasa percaya ganja terbabit dirancang untuk diseludup ke Malaysia, sama ada untuk kegunaan tempatan atau dieksport semula ke negara ketiga.


Menurut Sangkhataworn, ganja yang dirampas itu dianggar bernilai 5 juta Baht (kira-kira RM625,000) dan dibungkus rapi, menunjukkkan ia adalah untuk penghantaran ke pasaran asing.

Semasa siasatan awal polis, lelaki itu mengaku bahawa selepas tiba di Hatyai bersama durian yang dibawa, dadah berkenaan akan diseludup ke seberang sempadan untuk dieksport ke negara ketiga.

"Dia juga menyatakan bahawa itu adalah cubaan kali keduanya untuk menghantar dadah ke selatan Thailand," kata ketua polis Hatyai tersebut sambil menjelaskan bahawa kejayaan dalam cubaan pertamanya mendorong lelaki itu untuk membuat penghantaran kali kedua.

Sangkhataworn berkata kebelakangan ini, penyeludup dadah menggunakan pelbagai taktik dan cara untuk menyorok kegiatan mereka daripada pihak berkuasa.

"Kali ini mereka guna durian pula dalam helah mereka," katanya. -Bernama

http://www.kualalumpurpost.net/seludup-ganja-guna-durian/

Tiada ulasan: